24 December 2014

Stoking dan Hujan

Stokin ke stoking?
Ok, kalau mengikut ejaan dalam Kamus Dewan, ejaan yang betul - stoking.
Anyway, itu bukan point utama entry aku.

Kisahnya, hari ini hujan lebat - mencurah ke ladang gandum.
Aku pulak dengan berselipar, berpayung, redah hujan lebat untuk pi beli makanan.
Tengah aku sibuk fikir nak makan apa, tiba-tiba ada sorang lelaki around 30s - lalu sebelah aku, dengan penuh sinis dia cakap, "pakai selipar, pakai stoking. hujan-hujan pun nak pakai stoking ke? basah laaaaaa."
So, I was like tak tau nak buat reaction apa. 
First time orang yg tak dikenali tegur depan muka aku.
Nak je aku jawab, "Aurat tetap aurat bro. Tak kira la hujan ke panas ke."
But I managed to shut my mouth up.
Malas nak balas since I don't even know him.

The thing is, aku tak kisah kalau perkara yang dia tegur tu adalah something yang salah and aku kena betulkan.
Persoalannya, salahkah aku berselipar dan berstoking dalam hujan lebat?
I know. Stoking tu basah, pastu nanti menimbulkan bau masam, etc.
But, macam la aku tak reti nak basuh kan?
I was thinking to myself.
Ini adalah zaman di mana, orang yang berusaha nak tutup aurat elok-elok dipandang sinis.
As if kita buat benda yang tak elok.
Aku yang still in process nak memperbaiki diri.
Orang lain tend to mengkritik rather than nak support.
What a weird world.
:) 

Short entry.
Untuk kita renungkan.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu kelemahan aku sendiri.

10 November 2014

Mimpi

*take a deep breath*

Assalamualaikum everyone.

Ini macam mimpi.
Tinggal lagi 5 minggu before study week, and then final exam -- which is my last final exam to finish my undergrad study here! InshaAllah.
I don't have much things nak tulis.
This mixed feelings nak cepat habis sebab stress dengan kerja bertimbun, fyp and all.
But at the same time, sedih pun iye jugak.
Thinking what a new life I'll have to face after this.

Time flies.
Terlalu pantas sampai tak sedar dah nak habis study. 
*cry*

Plan after this?
To be honest, nothing.
I just go with the flow.
Semoga yang baik-baik saja lepas ini.
Rabbi yassir wala tu'assir :)

13 June 2014

T E R H A R U

lately.
aku adalah manusia yang paling taching.
bila melibatkan family.

study week yang sudah ni aku balik.
seminggu.
awal masa balik tu actually aku sakit.
since kat UM lagi.
sebab teruk sangat tak baik-baik even dah makan ubat.
melarat sampai dekat seminggu.
aku skip kelas and balik terus sambung study week.

aku terharu.
semua orang risau.
kak yang ambik aku kat bus stand Kulai especially.
dia yang jaga makan minum masa aku sakit lagi time balik tu.
bila family lain tau lagilah.
aku rasa nak menangis sebab family aku risaukan aku.

masa balik kampung pulak,
Aishah (anak sedara umur 5 tahun).
dia tanya kat aku,
"kenapa Cik Nana dah lama sangat tak balik?"
kak ipar aku pulak cerita, masa minggu sebelum tu akak abang aku ramai balik kampung.
tapi aku takda.
si Aishah sibuk tanya mana aku.
aku rasa terharu.
anak sedara sendiri tanya soalan camtu.
you know that feeling?
rasa appreciated by your loved one :)
eventhough dia kecik lagi, tapi dia faham.
bila aku kata aku sibuk sikit.

then Alhamdulillah.
aku rasa macam teruk sangat masa sakit tu.
lama.
tak larat nak bangun.
pegi kelas.
tapi macam zombie.
aku dengan dunia aku sendiri.
sorry to teammates subjek Professional Ethics especially.
minggu aku sakit tu rasa banyak susahkan diorang.

in short.
study week tu aku banyak spend masa dengan family and anak sedara.
bila aku dah sihat.
akak aku yg jaga aku tu pulak sakit.
kena Chickenpox.
maka aku jadi babysitter tak bertauliah.
jaga anak sedara umur 3 bulan.
bila sampai masa nak balik KL.
akak aku yg sakit tu mintak maaf.
dia cakap jangan serik datang umah dia.
aku rasa nak nangis.
awat cakap lagu tu.
aku takdak pun rasa serik ka apa.
aku cium pipi baby dia.
sambil kontrol macho duk tahan ayaq mata.
masa tu dah rasa rindu kat semua orang.
sangat-sangat-sangat.
rasa tak nak balik KL. 

ada lagi beberapa siri cerita family aku.
yang buat aku terharu.
nak menangis.

aku cuma mampu doa.
semoga Allah jaga keluarga aku.
limpahkan rahmat dan kasih sayang DIA untuk keluarga aku.
murahkan rezeki diorang.
beri kesihatan.
dan semoga sentiasa kekal dalam nikmat iman dan Islam.
InshaAllah Ameen.

untuk keluarga.
yang selalu ada untuk aku.
walaupun jauh di mata.

untuk keluarga.
yang paling aku sayang!
:')




22 May 2014

FBL Interview



Assalamualaikum and hai hai hai.

Tak nak cakap banyak.
Just nak ucap welcome to all Bewerbers yang apply course kat Fakulti Bahasa & Linguistik UM.
Esok Jumaat.
Which means adik-adik (adik-adik la sangat. rasa tua suda.) akan diinterview!
Yeay!
Aku teruja sebab tinggal satu sem ja kat sini. Heh.

Well actually kitorang senior third year Department German ni tak tau pon esok ada interview.
Tau secara tak sengaja sebab ada sorang lecturer ni bagitau.

Teringat few years ago - tahun 2011.
Dapat call and surat intebiu untuk course Bachelor of Languages and Linguistics (German Language) kat UM.
Terus terang cakap aku tak teruja pun.
Sebab aku apply sama-sama dengan kawan aku time kat matrics.
Tapi aku sorang yang dapat call interview.

Tapi kak aku suruh pi ja try nasib katanya.
Aku tak expect apa-apa pon.
Dah la tak prepare, pastu bagi jawapan pon merapu-rapu.
Sampai interviewers tu (skang nih diorang da jadi lecturers aku) tanya kat aku, actually aku prepare ke tak untuk intebiu tu.
Aku jawab la yes.
Tapi sebab neves aku lupa semua jawapan.
Kena gelak ja.
Malu aihhh.

Paling kelakar bila ingat balik.
Bila orang lain semua excited dapat result UPU.
Aku pulak sedih sebab dapat course yang aku tengah belajar sekarang ni.
Padahal kalau tak pi intebiu dah trang tang tang la takkan dapat kan.
Yang gatai jugak pi intebiu sapa suruh. Mihmih.
Rezeki masing-masing.

Dalam pada tak minat and stress tu.
Still jugak i manage to survive till this day!
Weeee~

Paling tak menahan.
Kitorang sekelas berlima pi makan dengan Herr Volker semalam.
Dia pi tanya sorang-sorang cane intebiu kitorang nak masuk UM dulu.
Ich habe es schlecht gemacht kot!
Aku gelak ja cakap tak mau dah ingat.
Tanya ibu negara German pon aku jawab salah :p

Btw, sekarang ni minggu-minggu kritikal untuk semua uni students.
Paham-paham je la minggu 13 and 14.
Segala keja hat dateline esaimen presentation test sekali sedebuk haaa.
Tapi aku dah abis dah.
Sebab lecturer terlampau berdedikasi bagi dateline minggu 11 and 12 =.=

Sekarang ni fikir nak rehatkan otak je.
Sobs.

Untuk adik-adik semua.
Jangan neves-neves k.
Good luck naa!

22 April 2014

In-te-bi-u dan Ri-si-ko

cc gugel yg berjasa

Kisahnya.
Hari tu, sebelum cuti mid sem.
Masuk-masuk je dalam kelas -- German Speaking Skills II
lecturer dengan riang gembiranya membawa perkhabaran - naik cuti mid sem ada Career Day kat faculty.
So, depa pilih 3 orang dari kelas aku untuk diintebiu oleh TalentCorp.
Sapa noob tak tau TalentCorp tu menatang apa sila google. Ahah.

Satu malam pulun update resume and job application letter -- kekonon nak apply job tu.

Aku paling hambar betul.
Bila orang tanya minat aku apa.
Ke arah mana.

Kata lecturer lagi, kalau boleh cuba cari job advertisement yg tak berkait dengan German Language.
Kiranya, tak semestinya translator, yg jelas-jelas memang pakai bahasa tu. 

Kawan-kawan sekelas aku yg berapa kerat tu je, laju je jawab --
Journalism.
Business-related.
Reporter.
etcetera.

Aku terkebil-kebil.
Satu malam godek JobStreet dan yang sewaktu dengannya.

Part yg paling best.
Lecturer bilang - list kan 3 kekuatan and 3 kelemahan korang.
But jadikan kelemahan tu satu kelebihan - which is kau kena change kelemahan kau tu to positive form.

Masa tengah diskusi tu, sampai satu point; "Gehen Sie gerne Risiken ein?"
Dalam bahasa yg mudah - "Hangpa suka ambik risiko dak?"

Maka yg tak suka dengan laju jawab tak suka - sebab nak stay dalam environment yg secure gitchew.
Yg gebang jawab suka - dia cerita cemana dia survive kat oversea sesorang.
Pendek kata masing-masing dah ada idea dalam kepala otak.
Sampai turn aku, aku tak jawab pun aku suka ke tak suka.

Aku cakap --
Risiko tu adalah bila mana aku tak tau apa outcome and result something tu in future.
And it's like gambling.
Aku tak tahu apa akan jadi at the end; once aku take this certain decision.
Aku bagi contoh paling senang kat lecturer tu, aku bagitau dia --
Course major yg aku tengah ambik currently, the moment aku decide untuk ambik and stay dalam jalan ni, saat tu aku dah ambik risiko.

Lecturer tu gelak-gelak je.
Entah.
Lame agaknya.
Ataupun dia faham apa yg aku cuba sampaikan.

Risiko tu semudah macam.
Kau rasa satu makanan pelik.
Bila kau pegang makanan tu --
kau tak tau pun apa rasa dia.
Kau pun ambik dan masuk mulut.
Bila dah rasa baru kau tahu sedap ke tak.
Pahit ke, manis, masam.

Risiko.
Entah.
Aku pun tak tau nak define.

Tapi yang pasti.
Selalu dikaitkan dengan something yang boleh meletakkan kau kat tempat yg bahaya.
And at the same time, if u're lucky enough, perkara yg sebaliknya berlaku.
Jadi selagi kau tak cuba --
kau takkan tahu.

Dan aku.
Kembali pada topik tadi.
Sampai sekarang aku tak tahu.
Apa yg aku nak sebenar-benarnya.

Entah.

Baru perasan.
Nak pergi intebiu minggu ni.
Sijil semua aku tinggal kat rumah.
Dasar bijak.
=.='

29 March 2014

GEMUK dan DOSA

cc : Google

Kau tahu tak kaitan gemuk dengan dosa?

Kisahnya.
Dia tak ubah macam analogi di bawah ---

Aku belek-belek gambaq lama zaman matrikulasi 3 tahun lepas.
Gemuk.
Chubby.
Berisi.
Dan yang seangkatan dengannya.
Zaman tu aku punya saiz badan --
macam perlu tambah 10kg dari berat aku yang hari ini.
Bermakna aku memang sangat gemuk masa tu.
And aku adalah manusia yang sangat pesimis dan rendah diri dengan kegemukan aku.

Maka, bila hari ini aku dah berjaya kurus.
Aku tengok balik gambaq zaman gemuk aku.
Aku pesan kat diri sendiri,
"jaga makan, jaga perut, jaga semuanya. aku tak mau dah jadi gemuk. seksa oi. baju sendat belaka."

Analogi mudah.
Kau yang dulu, yang semalamnya teruk.
Buat dosa.
Lupa dunia.
Maka hari ni bila kau dah sedar dan celik mata untuk lihat salah kau.
Perlu kau pesan kat diri sendiri jangan ulang dosa yang sama.
Tak nak ulang silap yang sama.
Sebab manusia itu sepatutnya belajar dari kesilapan.
Jangan jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali!

Itu definisi manusia yang bijak.
Belajar dari kesilapan.
Belajar dari dosa semalam.
Memang yang namanya manusia tu takkan pernah sempurna.
Tapi kita ada akal untuk fikir baik dan buruk.
Jadi, manfaatkan.

Fikirkan balik tujuan Allah jadikan kita.
Nescaya kau akan rasa betapa kerdilnya diri kau.
Diri kita semua.
Tidakkah rasa diri itu hina bila kita terus-terusan bermaksiat di muka bumi milik DIA?

Semua yang aku tulis.
Peringatan untuk diri aku sendiri.
Dan kau juga.

Yang baik itu semuanya daripada Allah.
Yang buruk itu adalah khilaf aku sendiri.
Semoga kita mampu jadi manusia yang lebih baik seiring dengan hari yang mendatang :)

p/s : biar gemuk badan, jangan gemuk dosa. tapi kalau badan kurus, dosa pun masih menggemuk tak guna jugak. T____________T


22 March 2014

M A A F

cc : Mr. Google

[post lama yg di-repost]

these three things.
maaf. memaafkan. dimaafkan.
semua tu necessary dalam hidup kita as a normal human being.

forgive and forget.
senang je suruh and cakap nak suruh orang buat.
tapi sangat susah kot nak buat.
forgive tu maybe yes.
but when it comes to forget?
for a certain case. 
kadang-kadang rasa macam impossible.

"aku bukan malaikat."
yes, i know.
manusia tak perfect.
but ingat.
at least kau dah cuba.
itu pun dah memadai.

maaf.
lafaz maaf tu senang kot nak cakap.
but quite hard bagi manusia yang ego tinggi.
satu kata maaf tu mampu selamatkan at least a friendship status.
yang sangat tinggi value-nya.

memaafkan.
setiap malam sebelum tidur, maafkan semua dosa orang lain kat kita.
inshaAllah nanti bangun tidur pun rasa tenang je.

dimaafkan.
mesti kau pun harap orang lain maafkan kau atas salah silap yang kau buat kan?
kalau jawapan kau tak.
hmmm. i don't know what to say--

hidup ni bukan sorang-sorang.
walaupun in fact for the whole life; for example la kau ni takde kawan and forever alone tak berteman.
or kau jatuh sakit tergolek; susah senang pun still sorang-sorang takde orang ambik peduli.

lepas tu buat muka seposen. 
cakap dekat orang sekeliling, "takpe Allah selalu ada dengan aku."
eleh. padahal?
pada hakikatnya kau cemburu yang teramat tengok orang lain ramai kawan.
heh. mengaku je.

sendiri tu sendiri jugak.
forever alone--
or whatsoever la terms yang bersangkut paut.
kau kena ingat satu perkara.
walau macam mana pun kau akan tetap perlukan orang lain satu hari nanti.
esok-esok kalau dah mati, kau tak kebumikan mayat kau sendiri.
masih harapkan orang lain jugak kan?
or kau masih harapkan diri sendiri?

"......"
*krik krik krik*

so live your life well.
berkawan.
musuh jangan dicari.
be yourself tu tak salah, tapi kalau sampai jadi hipokrit a.k.a talam dua muka pun tak proper kan?
but still. 
once again i would emphasize here, kita bukan hidup sorang-sorang atas muka bumi ni.
buatlah sesuka hati kau but at the same time consider other people as well.

bila orang lain senang hati dengan kita.
kita pun rasa gembira kan hidup?
rasa tenang aman sentosa je.
rasa bahagia.
sampaikan boleh jalan senyum sengih sorang-sorang gitu.
kebahagian dari dalam hati sampai terpancar kat wajah gitu haa.

kalau ramai enemies rasa macam tak tenang.
jiwa kacau bilau.
kusut je rasa.

oh. the main point is?
that thing.
maaf. memaafkan. dimaafkan.

that's all.
ikhlas dari aku.
aku tulis untuk diri sendiri.
as well as for you.
semoga Allah redha.
:)

21 March 2014

Dua Puluh Dua



07 Mac 2014.
Genap usia 22 tahun.

Alhamdulillah. 
Dengan nikmat kasih sayang Allah aku masih bernafas.

Alhamdulillah.
Dengan nikmat iman dan Islam yang aku kecapi.

Alhamdulillah.
Terima kasih atas doa kalian.

Semoga Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapaku.
Semoga Allah limpahkan rahmatNya ke atas ayahku.
Dan.
Semoga roh arwah ibuku tenang di alam sana.

Aku rindukan kamu duhai ibu. 
Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih-----
Lafaz yang tak sempat aku ungkapkan kepada engkau duhai ibu.

Untuk keluarga yang sentiasa menyokong dan menyayangi aku.
Rakan-rakan yang bersama saat susah dan senang.
Guru dan pensyarah.
Dan untuk kau yang mungkin aku tak kenali.
Terima kasih.
Aku tak pandai nak bermadah.
Tapi aku cuma mampu ucap terima kasih.
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Aku yang hari ini.
Takkan jadi seperti apa adanya aku yang kini--
Tanpa kalian.

Maafkan segala salah laku aku.
Aku manusia khilaf.
Tak lari dari kesilapan.

22 tahun.
Aku lihat dunia dari kaca mata aku sendiri.
Mungkin berbeza dari kaca mata kau.
Bermacam yang aku lalui.
Buat aku sedar hidup ni sarat dengan ujian dan cabaran.
Tapi itu bukan alasan untuk kau jatuh tersungkur.
Tak bangkit lagi.
Pilihan di tangan kau.

Aku tahu jalan hidup aku masih panjang.
---Insha Allah kalau dipanjangkan usia.
Aku tak tahu apa yang akan aku tempuh.
Hidup ni sangat misteri.
Kadang-kadang perkara yang tak terjangkau dek akal.
Tak mustahil terjadi.
Dengan kuasa DIA.

Semoga aku terus kuat.
Jalani hidup.
Semoga aku bisa.
Jadi hamba DIA yang bersyukur.
Semoga kau pun bisa juga.

:)



03 March 2014

K O P I



Aku tak suka.
Kopi.

Tak suka.
Bukan bererti tak minum.

Tak suka.
Bukannya aku tak cinta.

Tak suka.
Pada ruang definisi aku sendiri.

Secangkir kopi.
Hangatnya menyamankan -- rongga tekak.

Dalam pahitnya pada deria rasa.
Ada manisnya.
Dalam hitam pekat zahirnya. 
Tetap signifikan pada lidah yang merasa.

Aku benci.
Kopi.
Benci.

Biar pun bencinya aku pada kopi.

Tetap jua.
Aku hirup.
Tika detik perit kelopak mata.
Menahan lelap.
Menghalau kuap.

Biar aku bencikan kopi.

Tetap jua.
Aku tak pernah.
Tak jemu.
Menghidu aroma kaffeinnya.

Saban hari.
Kau buat aku rindu.
Aromamu.
Kepahitanmu.
Kemanisanmu.

Ah enak.
Tanpa lelah.
Saban pagi.
Terus jua menghirup.

Ini kisah--
Aku dan kopi.
Kau pula?


p/s : aku tengah mengantuk. ini cuma repekan semata. harap maaf kbye.

26 January 2014

Jual Ikan


cc: google

Ahem. Serius.
Memang ada ke manusia lain yang seangkatan macam aku.
Idea aku.
Most of the time --- banyak mencurah-curah.
Tapi. Heh. Tiba masa nak menulis terus blur ---- blank.
Lesap hilang cenggitu je idea yang mencanak banyak tadi.

Okay.
Jual ikan.
Ataupun dalam bahasa canggihnya selfish.

Aku bukan nak cakap orang.
Aku tuding jari kat diri aku sendiri.
Sebab aku rasa aku selalu pentingkan diri sendiri.
Dalam waktu yang aku tak sedar.

Sebagai contoh.
Aku call family aku.
"Abang, bank in duit 4k boleh? Desperately nak guna untuk flight ticket. Nanti-nanti kalau aku dah ada duit adik ganti balik."
Walaupun tujuan aku mintak duit itu baik.
Means bukan aku nak guna untuk tujuan yang bukan-bukan, aku tetap rasa aku pentingkan diri.

Kenapa baru sekarang aku sedar, kot time aku mintak duit tu abang and akak aku tengah sibuk fikir duit nak bayar hutang bank.
Atau.
Kenapa aku tak fikir, mungkin time tu diorang ada kegunaan lain.
Belanja rumah, sekolah anak-anak.
Atau.
Tetibe anak-beranak jatuh sakit and nak pakai duit.
Atau.
Other possibilities yang aku tak pernah terfikir.

And aku.
In this situation;
tau-tau yang tak pernah call nak tanya khabar.
Tiba-tiba call mintak duit bebanyak sedebuk.
Baru sekarang aku fikir.

Betul.
Memang aku tak sangkal.
"Duit boleh dicari."
Tapi bila fikirkan balik, aku rasa aku kejam.
Sebab pentingkan diri sendiri berbanding orang lain.

Aku tak sedar.
Entah.
Memang keperluan dan kemahuan diri kita sendiri tu nak taknak kena dipenuhi tanpa fikirkan orang lain ke?

Kenapa?

Apa kata.
Bukan apa kata.
Let us begin.
Mulai hari ni.
Cuba.
Fikirkan hati dan perasaan orang lain yang kau sayang.
Bila melibatkan diri kau.

Sebab.
Jangan harap orang lain nak jaga hati dan perasaan kau.
Bilamana kau tak reti nak jaga hati dan perasaan orang lain.
What you give you will get back.
Kan?

Heh.
Till then.
Fana's rant.
Yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu adalah kelemahan aku sendiri.
:)

02 January 2014

Anthem


Novel Anthem written by Hlovate
Assalamualaikum.

err. hai.
curi masa study kejap.
korang dah baca novel Anthem?
kalau belum, mohon baca.
one of the best novel yang aku rasa best.
written by Hlovate.
kalau nak ikutkan semua novel dia best.
tapi yang this one the latest.
please baca :)

Anthem.
macam biasa-biasa je kan tajuk dia?
but.. believe me - best.
best yang bukan kosong punya.
bukannya yang sekadar kau cakap, "ahhhhh bestnye!"
tapi bila aku suruh kau cerita apa benda yang best sangat, kau diam.
best yang kosong - takde makna.

for me, Anthem ni best yang ada makna.
SYAHADAH.


“if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. don't curse those who calling you ignorant and stupid. find ways to prove them wrong. that, is satisfaction. much more satisfying than cursing them all the way to hell and back” 
― HlovateAnthem



“Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik 'je' sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa.” 
― HlovateAnthem



“Apabila buku tu cakap tentang kita meletak label dan stereotaip ke atas bab agama. 
Yang membuatkan orang bukan Muslim itu sendiri jauh daripada Islam. 
Bukan yang bukan Islam aje, yang Islam tapi tak berapa nak faham Islam pun terasa nak jauh daripada Islam. 
Sebab bab label-melabel dan stereotaip tu la. 
Dan ironi apabila kadang-kadang penyebab tu adalah yg namanya Muslim yang faham Islam itu sndiri.” 
― HlovateAnthem



“yes, life is a beautiful journey
no one knows what the future will be
death will befall us one day
the soul will depart one day
why worry about such things
who knows what the future will be” 

― HlovateAnthem



We are defined by what we believe in. Identity is shaped by what we believe is right. Culture is cultured, pun intended; by what we believe is right.'

Kita diertikan dengan apa yang kita percaya sebagai benda betul. Dan budaya serta nilai itu sendiri, memang dibentuk dengan benda yang sama juga, apa yang kita percaya sebagai benda yang betul baik. Cuma yang membezakan antara manusia tu ialah apa yang difahami sebagai benda yang betul dan benda yang baik.

Contoh, 'Westerners' percaya minum wain merah baik untuk kesihatan jantung. Tapi kalau untuk orang Islam, sah la benda tu haram.

Contoh lain, 'Englishmen are all about tea, and Americans are all about coffee.” 
― HlovateAnthem



No judging on one's past
because it might be YOUR future

Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future.


[Anthem] 


btw, esok my first paper for my 5th sem ; final exam.
doakan aku mudah menjawab.
Rabbi yassir wala tu'assir.
Ameen.
kepada yang tengah final exam, semoga Allah permudahkan urusan korang.
study, study jugak. 
solat jangan tinggal.
:)

01 January 2014

2014



sudah terang lagi bersuluh. 
orang kita ni lagi terkinja-kinja.
lagi suka nak sambut tahun baru 2014.
rather than sambut tahun baru Maal Hijrah.

dan aku juga.
dulu.
tak terkecuali.

tahun berganti. angka umur bertambah taubat tak lagi bila nak berubah?

2014.
sekadar angka.
yang cantik.
untuk kau berazam itu ini.

hakikatnya, setiap hari pun boleh berazam.
berazam untuk jadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik.
azam.
dan buat.
bukan sekadar azam.
hangat-hangat tahi ayam.


"Apa bezanya tahun 2013 dengan 2014 jika solat subuh masih kau langgar?" - Mono Poji, 2014


usia kita atas muka bumi semakin pendek.
tapi~ 
amal kita bertambah atau tak?

semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.
semoga Allah menerima taubat kita.
semoga Allah menerima segala amal ibadat kita.
semoga Allah sentiasa memberi hidayah, petunjuk dan bimbinganNya dalam kehidupan kita.
Insha Allah. 
Ameen.

Alhamdulillah atas segala nikmat dan limpah kurniaNya.

Allah masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini.
peluang ini.
jangan siakan.
selagi nyawa dikandung badan.
menyesal sekarang.
jangan menyesal di hari kemudian.
"di sana" nanti.

:)