01 September 2016

Cats : of Dayang and Tam Tam

gambaq hiasan kredit to google
Berat hati nak tulis entry ni. Sobs. Sebelum tu meh nak bagitau, sapa dia Dayang dengan Tam Tam? Dedua ni kucing. Dayang ni nama anak kucing kami. Muka hitam, badan hitam, mata ja biru. Masa dia lahir few months back, kak aku kata dia ni hitam sangat macam Dayang Senandung. Sooo tu yg melekat nama Dayang.

Dayang ni badan dia kurus sesangat. Kalau dia jenjalan kan, tetiba abang dia ka kak dia mai terkam ajak gaduh, memang dia akan kalah. Masih menyusu, tapi mak dia ni jenis tak reti duduk diam. Dia masih menyusu tapi dah kurang. Kalau dia haus lagi, aku bagi dia minum air kat penutup botol. Hat len dia takmau. Pastu, dia ni suka makan ayam. Sama macam kak dia - Noni.

And then, aku rasa normal kot anak kucing ni taik mata tebal. Tiap kali bersihkan, pastu dia tido and bangun nanti tiap kali tu la mata dia melekat. Sebagai makcik-makcik yg berkaliber, aku selalu jugak membebel kat Dayang; "awat hg ni banyak sangat taik mata?"

Sampai la 4 hari lepas, aku nak keluar pi warung kak, aku perasan si Dayang ni pulak tido macam tak sedar langsung. Aku pegang, angkat dia. Pastu dia macam lemah sesangat. Aku pun alihkan dia letak atas bantal. Tak lama pastu anak buah aku balik sekolah, dia habaq kat aku, Dayang dah nak mati. Aku pun masuk dalam, tengok dia bernafas macam tercungap. Try bagi minum air. Pastu nak bersihkan mata dia. Masa bersihkan mata dia tu aku perasan taik mata dia tersangat la banyak berbanding hari yg selalu. Dan tak lama pastu mata dia terbuka camtu tak berkedip dah. Dah la masa tu memang aku tengah bersihkan mata dia.

Sedih tu toksah cakap la. Menangis jugak la aku. Walaupun aku ni luar nampak garang, tapi dalam hati ada taman oooo. Masa maghrib tu, jasad dia dah selamat bersemadi kat tepi rumah.

Cerita pasal Tam pulak, 4 hari lepas kematian Dayang, Tam dilanggar motor. Orang tu bawak motor laju baq hang. Lewat nak pi keja ler tuu. Sebab waktu kena langgar tu pagi dan jalan depan umah sibuk sikit. Udah ler langgar kucing orang, blah camtu ja. Aku harap hang tidoq malam tak tenang biaq mimpi kucing langgaq hang pulak.

Dan masa tu keadaan jadi kelam kabut. Anak buah yg form 5 dah nak pegi sekolah. Pastu nampak pulak kucing kesayangan kena langgar. Menangis la dia. Dah la hari ni budak tu exam. Semoga tenang je hendaknya dia menjawab exam.

Akibat dari eksiden tu, aku syak Tam patah kaki. Tak pasti kena langgar and damage kat organ mana. Sebab najis Tam kerap sangat keluar. Yg paling merisaukan, sebab tak nampak langsung luka kat luar. Luka kat luar boleh jugak sapu ubat. Luka dalam, emm kena jumpa doc le jawabnya.

Kesian Tam. Beberapa jam lepas eksiden, nampak dia cuba bangun nak gerak. Tapi badan dia senget sebelah dan nampak dia sakit bila cuba nak jalan.

Tam seekor kucing yg sangat hyperaktif dan playful, suka duduk luar rumah dan tak suka duduk dalam. Sangat suka bermain dan kacau Teh. Siapa pulak Teh ni? Teh ni kucing kami yg suka duduk luar rumah jugak. Dia jauh lebih tua dari Tam. Teh ni jenis pendiam dan pemalu sikit, pastu hobi Teh? Tido. Nama dia Teh disebabkan dia punya warna badan yg putih.

Oh ya, aku teringat masa memula Tam datang rumah ni. Masa tu dia kecik lagi. Ada orang buang dia kat sini. Dia duduk bawah kereta dan mengiau sampai beberapa malam. Dia takut dengan orang. Pantang tersentuh sikit badan dia, dia akan marah dan mengiau seolah-olah kita terpijak ekor dia; maksudnya dia mengiau dengan sangat marah. Pastu, kucing lain tak suka dia sebab Tam dah macam pendatang. Bila dah besar dia rapat pulak dengan Teh. Tu la teman dia makan, teman dia main. Tam ni sangat suka mengusik Teh. Pantang nampak Teh baring ka berehat, mula la Tam nak ajak main.

Baru semalam, Tam panjat pintu kat dapur warung. Dapur warung ni baru lagi. Tam dengan Teh suka lepak kat sini sebab sejuk dan banyak makanan. Oh ye, sambung cerita pasal semalam. Aku usik Tam yg tengah duduk kat atas palang pintu warung, ajak dia main sampai dia terjatuh ke lantai. Tinggi la jugak kan. Nasib baik dia sempat landing elok dan takde pape. Hehe. Tapi..hari ni aku rasa macam nak nangis tengok dia terbaring macam tu. Makan tak lalu, minum pun tak nak. Mata dia pulak bergerak ke kiri dan ke kanan tak berenti. Kami paksa jugak dia minum air. Bg minum pakai syringe je, senang sikit kan. Haih. Semoga Tam cepat sembuh cepat sihat. Sedih bila tengok Tam yg hyper tu sakit macam tu. T_________T


warna Tam lebih kurang cenggini ler.
dan dia suka regangkan badan dia macam ni jugak  :(
kredit gambaq google
Aku habaq kat kawan aku, anak kucing yg aku jaga dah mati. Kata dia, lumrah hidup. Semua makhluk yg bernyawa pasti akan mati. Aku tau. Tapi kita sebagai manusia yg ada hati dan perasaan, takkan pernah terlepas daripada rasa sedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang. Semalam nampak sihat walafiat. Hari ni jatuh sakit. Semalam orang tu masih hidup, hari ni kita boleh ke jamin orang tu hidup lagi ke tak? Wallahua'lam.

p/s : gambaq Dayang aku tak pernah ambik. gambaq Tam ada kat fon. tapi emm sedih takmau la upload. kalau dia sihat nanti baru aku buh kat blog.doa-doakanlah :)