17 July 2011

My Extravaganza UPU's Result

Assalamualaikum.







Berakhirnya satu lagi debaran yg tak sudah2. Alhamdulillah. I'm going to pursue my study masa raya Aidilfitri nanti. Siapa lagi yg join aku masuk U bulan 9? T_T

Aku nak cerita. Tentang dua hari lepas, hari Jumaat. Duduk kat office kak aku sorang2. Dalam kegelapan sebab malas nak pasang lampu. Hujan lebat di luar. Kilat sabung menyabung. Ditambah dengan kesejukan kipas yg berpusing laju. Jam dah menunjukkan jam 12.00 tengahari. Nervous kian memuncak!

Nak check result upu online. Dah taip dah no I/C. Sejuk2 camtu la terlupa no matrik.. Menaip macam orang tak pernah jumpa keyboard pulak tu. Terkial-kial. Nak pegang mouse pun tangan dah menggigil-gigil. Macam nak tercabut jantung sebab takut to the power of infinity. I just wonder what's the result.


Dah tekan button send. Tutup mata sebab tak sanggup nak tengok. Bila bukak mata, skrin komputer putih je. Alahaiiii....tak dapat nak masuk pulak. 3-4 kali jugak. Then, last2 baca Bismillah banyak2 and try lagi. Tak sempat nak pejam mata result dah terpampang kat skrin. Then aku check kat the specific university. Result nye tetap sama. Ini dia.



Nak lagi clear sila klik image..


Perasaan bercampur-baur. Aku harapkan dapat course yg aku apply kat UPM.. Ada rasa sedih. Memang aku ada apply ni. Tapi aku cuma just nak cuba nasib org kata sebab pointer aku kat matrix tak ok sangat..


Tapi, frankly speaking, after that interview, aku rasa tak nak ambik course tu.
I don't expect to get this, you know? Kufur nikmat? Syukurlah wei. Say Alhamdulillah~

Tak minat-----mohon------dapat interview----pergi sebab nak cuba nasib-----the chance to succeed is not so 50-50------i get that offer to pursue my studies.


Btw, aku tak rancang lagi apa aku nak buat lepas ni. Just pray that everyhing akan berjalan dengan baik dan lancar. Tak ramai yg tahu aku dapat UM taking Bahasa German.

Wow, budak Science melompat ke bidang bahasa. It's not so weird these days. Afterall, we can't predict our future. HE arranged everything smoothly. In a way that you don't even know. So, be grateful on what you get ya.

Ini pulak kes kawan aku kena prank. Kesian dia. Hihi..





Sementara itu,kekecohan melanda di fb. Masing2 buat status pasal upu result. Message kat bawah berderet-deret. Masing2 menegur aku. Wow, dalam sejarah. Ramai betul. Dah tutup satu, muncul lagi lagi satu. Last2 aku pun offline kan kat chat to be invisible from people. Dapat result exam pun tak se'havoc ni kan?

Timbul jugak kerisauan, tak banyak peluang kerja yg boleh di apply.
"Selain translator, lecturer atau cikgu, apa dia yg lain?"
Kata kawan yg bijak pandai, " Kau kerja kat negara diorang je lah. Tak pun kau jadi cikgu tuisyen ajar bahasa tu anak aku esok2 nanti.."
Amboi....macam2 diorang ni.

Dalam pada tu, ada yg dapat course yg diorang mintak. Ada yg dapat course 'lelong'..Tak kurang juga yg gagal menempatkan diri dalam mana2 IPTA. So, kena buat rayuan. My advice, jangan give up. Rezeki Allah ada kat mana2. Yg penting usaha dan ikhtiar. Doa banyak2.

HE knows what's the best for you guys. Aku doakan korang semua; semoga berjaya selalu. All the best!


Sekian, wassalam.


Mood : Tengah pening kepala. T__T. Jom komen. Bagi cuci sikit otak aku nih.

11 July 2011

A Thought For Today #1

"Jangan bangga menayangkan gambar kamu dan pasangan berpegangan dan bersentuhan antara satu sama lain tanpa ikatan yang sah kerana setiap mata yang memandangnya akan menjadi saksi pendakwaan dosa kamu di akhirat.. Tak takutkah tangan dibakar api sehingga menyebabkan tubuhmu hancur sama sekali?"
 
Regards; 
Ana Farha 

03 July 2011

Banana's Secret!

Assalamualaikum.












Let us talk about banana today.. Erm..what do you know about banana? Tell me. Tell me.. Alright, since people said 'sharing is caring', let me share to you about what I've read recently.  


Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.


Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas."




Khasiat


Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi. Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.


Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.


Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.


Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.


Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.


Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.




Ini petikan yg diambil dan di edit daripada Kosmo! Online. Aku terbaca hari tu masa nak update buletin.. So, hari ni baru aku dapat cari balik and share la kat dalam blog ni.


Banyak sangat kebaikan dan khasiat makan pisang bagi yg tak tau. Lagipun ada orang yg memang tak suka makan pisang langsung. Anda pernah dengar tak, 'mencegah lebih baik daripada merawat'? Lebih kurang analogi makan pisang la juga. Disebabkan banyak khasiat dia, kita makan. Secara tak langsung, dapat juga la nak atasi beberapa masalah kesihatan walau tak banyak mana. Kan??


Dear readers, tak rugi pun sebarkan something yg bawa kebaikan untuk kita. So, jangan segan silu untuk sebarkan pisang, ok! Aiseyh, maaf. Bukan sebarkan pisang, tapi sebarkan khasiat pisang.  ^__^




Note : Lepas ni 24 jam makan pisang. Hidup pisang! Err..jangan2. Mau pengsan nanti... Berpada-pada sikit makan tu.  >__<