03 July 2011

Banana's Secret!

Assalamualaikum.












Let us talk about banana today.. Erm..what do you know about banana? Tell me. Tell me.. Alright, since people said 'sharing is caring', let me share to you about what I've read recently.  


Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.


Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas."




Khasiat


Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi. Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.


Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.


Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.


Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.


Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.


Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.




Ini petikan yg diambil dan di edit daripada Kosmo! Online. Aku terbaca hari tu masa nak update buletin.. So, hari ni baru aku dapat cari balik and share la kat dalam blog ni.


Banyak sangat kebaikan dan khasiat makan pisang bagi yg tak tau. Lagipun ada orang yg memang tak suka makan pisang langsung. Anda pernah dengar tak, 'mencegah lebih baik daripada merawat'? Lebih kurang analogi makan pisang la juga. Disebabkan banyak khasiat dia, kita makan. Secara tak langsung, dapat juga la nak atasi beberapa masalah kesihatan walau tak banyak mana. Kan??


Dear readers, tak rugi pun sebarkan something yg bawa kebaikan untuk kita. So, jangan segan silu untuk sebarkan pisang, ok! Aiseyh, maaf. Bukan sebarkan pisang, tapi sebarkan khasiat pisang.  ^__^




Note : Lepas ni 24 jam makan pisang. Hidup pisang! Err..jangan2. Mau pengsan nanti... Berpada-pada sikit makan tu.  >__<

9 comments:

  1. terbaik! tiap2 pagi mesti ad pisang ats meja, then semua kena makan sampai habis,hehe

    ReplyDelete
  2. @amir aizat : yup! terbaik dari ladang~ jgn pandang rendah dengan buah yg bernama pisang. ^__^

    ReplyDelete
  3. ala...rugi la saya..saya memang suke makan pisang mentah, rasa melekit..kalau dah jadi kerepek je saya makan..

    Terhangat
    Jambu desu ne?

    ReplyDelete
  4. suke giler makan pisang! =)
    but org yg ade kncing manis xboleh makan banyak.pisang tinggi dengan gula.

    ReplyDelete
  5. @umi asura : nape rugi pulak? makan,jangan x makan.

    @katie jamaluddin : tau takpe.. ^__^

    ReplyDelete
  6. pisang mmg bnyk khasiat kan?? rugi la org yg x mkn.. hehehe

    ReplyDelete
  7. @diary of mine: terpulang pada mulut and perut masing2.. ^___^

    ReplyDelete
  8. wah mengkaji pisang plak,,,hehe

    ReplyDelete
  9. @muez : hidup kena sentiasa belajar wei.. (;

    ReplyDelete