28 May 2011

GEMPAR! Misteri Dua Orang Guru Tidak Bertauliah.





Batu Pahat : Berita tergempar! Dua orang bekas pelajar perempuan MRSM Batu Pahat melaporkan bahawa maktab tersebut dikunjungi dua orang guru yg tidak bertauliah pada hari Khamis bersamaan 26 May 2011 sekitar jam 10.00 pagi hingga menjelang waktu tengah hari.. Difahamkan lagi, pada hari berkenaan, juga merupakan hari terakhir para pelajar menduduki peperiksaan akhir Semester Satu sebelum mula bercuti pada keesokan harinya.

Namun, ternyata kedatangan mereka disambut baik oleh para guru, staff serta para pelajar di situ. Ini disahkan sendiri oleh mereka apabila para pelajar Tingkatan Satu yg bertemu mereka di laluan kaki lima menyapa mereka dengan "Assalamualaikum cikgu.." beserta senyuman yg manis lagi menyejukkan hati dua orang 'guru' misteri itu.

Mereka menambah, sewaktu 'guru' tersebut singgah di kafe untuk meninjau suasana di situ, terdapat seorang lelaki yg mengatakan sesama mereka " Sape tu? Macam mak budak je.."
Namun, terdapat juga wanita disitu yg menyanggah kata-kata lelaki itu dengan mengatakan
" Ish, cikgu baru ni rasanya.."

Namun, apa yg lebih mengejutkan ialah, 'guru' MRSM terbabit salah seorang daripada mereka baru saja menamatkan pengajian dalam program matrikulasi manakala seorang lagi masih menuntut dalam asasi Sains Fizik di UIA. Mana mungkin mereka layak untuk mengajar di situ!








                            


















                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - -
                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - -












Jeng3...gempar tak?? Sangat2 kan?? Maafkan aku. Ini hanya gimik semata-mata.
Dua orang guru misteri itu adalah aku beserta kawan aku, cik Atiqah Ariffin yg datang ke sekolah untuk ambil sijil SPM sambil melepaskan rindu kat sekolah. (=
Ya...aku tak sangka ada budak panggil kami cikgu hanya dengan memakai baju kurung yg lengkap dengan beg segala. Thanks la ye adik2 tu.. hoho..
Tak kurang juga yg memanggil kami 'kakak' memandangkan wajah kami ni muda2 belaka.
perasan.



Maka, dipendekkan cerita rata2 yg menegur adalah budak2 form 5 yg kenal dengan kami sebelum kami tamat pengajian di maktab yg tercinta~ lol..
Tak termasuk berjumpa dengan cikgu2 yg mengajar dulu. Dari Jabatan Sains, Bahasa, Maths dengan Sains Sosial. Nasib baik cikgu2 ingat lagi kat kami kan.
Wahhh...rindunya dengan zaman sekolah dulu~


Paling best?? Berjalan2 di keliling maktab sambil mengimbau kenangan waktu dulu..cewah~ =.=  Then, kami singgah ke kooperasi yg dah nampak maju sikit. Benda first yg aku cari adalah air Justea dalam tin punye yg ade buah. Favourite waktu sekolah..


Lalu pula depan dobi yg penuh dengan bakul baju. Teringat waktu dulu selalu gaduh sape nak hantar and ambik bakul baju dari dobi. Sungguh aku rindu dengan roomate2 aku especially time form 5.
Termasuk junior yg sebilik time tu~
Sangat sporting semuanya~


Kemudian melayan pula cik Atiqah yg mengada-ngada nak lalu depan kelas budak2 form 1 and form 2 yg belum habis exam lagi sambil menayang muka beliau.. Aku jalan dah tak pandang kiri kanan. Segan la beb! Budak2 dalam kelas tu pandang kami macam pelawat yg tak kenal dengan maktab nih.. Meh le tegur senior ni adik2.. Busy sungguh jawab exam sampai tertidur2 gamaknya. Ustaz yg menjaga dua kelas sekali yg kat luar terpaksa masuk untuk kejut diorang~ ^_^


Lalu pula depan kelas 5 Begonia : kelas kami dulu.. Tapi sekarang dah jadi kelas form 1.
Budak2 yg bising dan kecoh tu senyap bila kami berdiri dekat dengan pintu masuk kelas.
Muka pula da pelik sambil tak kurang juga yg berbisik2 sesama sendiri. Agaknya ingat kami nak masuk kat kelas tu~


Rindu waktu sekolah!

"Cikgu, saya nak sekolah balik..sekolah lagi best banding sekarang. Dah la susah nak kena manage duit. Dulu kalau kat sini makan kat Dewan Selera tu. Free je~"

"Memang la, waktu kat sekolah semuanya nak cikgu yg fikir. Cikgu lagi penat! Awak cuma kena blajar je.."

Itu kata cikgu waktu kami meluahkan perasaan. Cehh..dulu masa sekolah tak sabar sangat nak cepat2 keluar sebab tension dengan peraturan kat hostel yg pelik2 dan terlalu banyak pantang larang tu. Tambah2 pula dengan warden yg aku memang tak sehaluan sangat. Sekarang?? ^_^



Disebabkan kami tak dapat support sapa2 untuk bawak kenderaan sendiri, kami terpaksa naik bas untuk datang ke maktab khamis lepas. Waktu nak balik tu sungguh sebal sebab lama betul tunggu bas Maju yg tak maju tu.. Last2, Cikgu Zaiton yg diambil oleh suaminya yg otw nak balik telah menumpangkan kami hingga ke bandar. Terima kasih!!

Kisah ini belum berakhir. Kami hampir saja dilanggar kereta sewaktu tergesa2 nak melintas jalan raya yg sesak. Gara2 ada orang kurang siuman yg entah dari mana yg cuba mendekati kami!  Ya Allah.. Bak kata Atiqah : " Aku lebih rela kena langgar kereta tu tadi daripada kena tangkap dengan orang gila.."  Errr...no comment~ Kau nak ke kena langgar and at the same time juga orang gila tu datang juga kat kau juga?


Eventually, sempat la juga kami menghabiskan masa bersama2 sambil makan KFC sambil bertukar2 cerita yg tak seberapa..
Bye cik Atiqah! Minggu depan dah nak balik UIA daaa dia nie... 
Lain kali kita terjah lagi maktab okay~






Homeroon Berlian 5~ lol.. budak2 nakal~




SPM week~ Saadiah terbang kegembiraan.. credit to Wanie~



Gambar hari graduasi~ Credit to wanie once again~



Photo : credit to qeyla zainal's fb album~





Sekian~ (=



21 May 2011

Nikmat Makan Makanan Segera~



 

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Kurasakan seperti terdengar bunyi pelik lagi aneh..
Dari manakah datangnya??
Ohh...baru ku sedar. Bunyi perutku menyanyikan lagu Super Junior M-Perfection..
Alahai..banyak ragam betul perut aku ni sejak dua menjak ni..
Rasanya baru makan 2 keping roti bakar, tak cukup2 lagi agaknya.

Dengan perasaan riang gembira aku pun pergi ke ruangan dapur.
"yummy2..nak makan!" bebelku sendirian.
Tanpa diduga, bila ku angkat tudung saji rupanya lauk dah nak habis..
Tinggal sepotong tempe goreng dengan sepotong telur goreng..
Wahh..kuat makan rupanya orang dalam rumah ni.
"Ada sape belum makan lagi ke?" aku menjerit saja dari dapur.
"Mak suruh masak maggi!!" balas anak saudara aku pula.
Eh, lain yg ditanya lain yg dijawab?


Maka, aku pun dengan berat hatinya memulakan projek memasak maggi~
Disebabkan tak puas hati kena makan maggi, maka aku pun bereksperimen dengan maggi tu.
Yeah, masukkan semua perencah kari. Potong pula cili padi beberapa biji.
Campak semua dalam kuali dengan air yg dah mendidih bersama maggi..
Letak kicap sedikit sebagai penambah perisa..
Dan tidak lupa, tuang lebih2 sos cili sekali. Sayur? Takde la pulak. Abaikan..
Masa untuk merasa pula : "Brrrrrr...pedas!"
Kepedasannya meresap perlahan2 ke segenap urat nadi hingga ke ulu hatiku sebelum
menyerang cerebrum dan cerebellum.. takde kaitan ^_^
Bila habis makan je dah tak boleh bercakap. Guna bahasa isyarat je.. 
Dah lama tak makan makanan sepedas ni~


Ok.. Ada apa dengan maggi?? Maggi merupakan salah satu makanan segera yg sangat sinonim
especially student yg duduk hostel. Dan aku pun tidak terkecuali juga.. ;p
Walaupun diakui banyak keburukan makan maggi, tapi ada beberapa reasons yg menjadikan ia pilihan utama untuk diisi ke dalam perut. (:

Murah..
Convenient..
Senang nak masak..
Jimat masa, tak payah turun ke kafe.
Banyak perisa dan pilihan.


Cehh! Ada ke macam tu.. Jadi di kesempatan ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat tentang keburukan makanan segera. Bukan maggi saja, termasuklah makanan lain seperti french fries, burger, KFC, dan yg sewaktu dengannya dicompile menjadi satu kategori.


Pengambilan satu hidangan makanan segera sudah cukup membekalkan kalori, sodium dan lemak untuk tempoh sehari dan beberapa hari selepas itu. Mengambilnya secara kerap mengakibatkan berlakunya bermacam masalah kesihatan, tidak kira sama ada fizikal dan psikologi.

Pengambilan sodium dan garam yang berlebihan dalam hidangan seharian boleh menyebabkan punca kepada penyakit kardiovaskular. Persatuan Jantung Amerika Syarikat (AS) menyarankan orang dewasa sepatutnya mengehadkan 1,500 miligram (mg) sodium setiap hari dan jangan melebihi 2,300mg.

Kajian Unit Kesihatan New York mendapati 6,580 hidangan yang dibeli di restoran makanan segera mendapati 57 peratus hidangannya melebihi 1,500mg tahap sodium harian. Namun, seberapa banyak pun maklumat disebarkan mengenai keburukan makanan segera ini, kita masih tewas dengan godaannya dan mahu atau tidak kaki pasti melangkah laju ke restoran-restoran itu tanpa mempedulikan kesannya pada tubuh untuk jangka masa panjang.


Walaupun bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.


Wahh...tengok2. Banyak kan keburukan!
Sedap di mulut saja tapi hakikatnya memberi effect pada kesihatan sendiri.
Haruslah diingati bahawa walaupun kesan negatifnya tidak timbul pada hari ini, namun kita akan dapat melihatnya di kemudian hari seiring dengan bertambahnya usia kita~
Salah satu yg paling ketara adalah obesiti.


Ok, untuk info tambahan bolehlah klik di sini.
Tapi, biasalah kan kalau dah namanya tu orang.. Kalau dinasihatkan ibarat masuk telinga kanan
keluar telinga kiri~
Tapi, ok la juga daripada masuk telinga kanan, keluar telinga kanan juga. Means, mantul..
Nway, ape2 pun pengguna bijak faedahnya banyak. Betul tak? (=

Sekian, wassalam~ 

16 May 2011

Selamat Hari Pendidik!

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum..

Wahh..actually tengah malas nak mengupdate blog..sebab last entry aku kalau ada yg perasan, lain sikit dari yg asal..malasnya nak edit balik. Ade technical probs sendiri lepas yg time sehari tak boleh bukak blog tu..
Last2 aku biarkan je..

Nway,pejam celik, pejam-pejam..celik-celik.. terpejam dan tercelik..dah 16 Mei..
Di kesempatan ni aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI PENDIDIK' buat semua warga pendidik..







Kenapa pendidik pulak?? Yela..abis tu kalau cakap 'hari guru', nanti yg mengajar kat sekolah2 je la
dapat ucapan tu..
Yg pensyarah kat kolej, kat universiti tu, ape cer??
Amboiii...time skolah dulu bukan main rajin bagi hadiah..
Bagi kad and etc~

"Aku suka cikgu ni!! Best.. Nak bagi hadiah la.."
"Aku menyampah sangat cikgu XXX tu..tak nak aku wish kat dia.."
Ni antara situasi pilih kasih dalam kalangan student namanya. Pernah alami benda ni??
Sekarang ni da besau berlagak pula dengan cikgu/lecturer yg mengajar tu..
Toksah buat gitu ye..dop elok deh.. ^_^


"Eh?? Parents aku walaupun bukan cikgu tapi diorang tetap cikgu tau..
Cikgu yg dah banyak mengajar, mendidik aku sampai aku da besau ni.."
Nanti ada pulak yg cakap camtu..
Ok lah..tak kisah macam mana pun..
Silakan wish pada sesiapa yg layak dapat ucapan tu..pada kawan2 yg mengajar kita time kita stuck waktu tengah jawab soalan tutorial..
Kawan2 yg explain certain topic bagai nak rak time study week..pun boleh.. (:
Paling utama of course la cikgu2 yg mengajar kita dulu dan sekarang, ye KANAK-KANAK sekalian..


                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


"Awak la student perempuan first yg pecah rekod tak siapkan kerja saya! Memang layak dapat medal la ni!"

"Awak nak saya bentangkan karpet purple untuk awak baru awak nak jejakkan kaki kat unit tu ke?!"

Wah3..ni antara ayat yg paling aku ingat sampai sekarang..
Ayat yg memang ditujukan khas untuk budak nakal waktu form 4 : aku la.. (;
(from one of my ever fierce teachers..)
Aku rasa 3-4 buah kelas sebelah2 tu boleh dengar suara cikgu tu marah aku.. 
Padan muka aku!


Aduhh..bukan tak nak buat..
Tapi malasnya melampau-lampau..bila nak buat pulak, tibe2 je cikgu terjah masuk dalam kelas..
Dan memandangkan aku student 'baik' yg duduk kat seat depan, maka cikgu pun check handout aku dulu.. Haa..bagi lagi alasan banyak2 ye.
Malas cakap malas je la..


Dan sekelip mata aku jadi famous di mata cikgu tu dan juga dalam kelas..perasan.. ;p
Tapi, biasalah.. Garang2 dia, yg penting hati dia baik~ 
Bila cikgu tanya kenapa tak buat, senyap~ sunyi sepi~
Pandang cikgu pun tak nak..


"Awak takde mulut ke nak jawab??"
....
.......
..........
"Hah, saya tanya ada mulut ke tidak pun tak boleh nak cakap???"
 (tambahan : dengan effect suara seperti halilintar membelah bumi.. ^^)

Ahaha..bila ingat2 balik, rasa nak tergelak pun ada. Boleh pulak aku jadi patung time tu..
Itulah dia ye,, cikgu kimia waktu upper form dulu..
Aku sangat berterima kasih sebab dia garang..sebab dia marah aku..!!
Sebab, hasilnya adalah A dalam SPM..
Subjek tu je la..

Juga pada cikgu-cikgu lain yg mengajar aku dari sekolah rendah, cikgu sekolah menengah dan lecturer kat matriks..
Tak larat la nak mention nama satu-satu..

Ada  satu perkara nak pesan lagi ni..
INGAT!! SEBAGAI STUDENT KITA KENA HORMAT CIKGU!!
Haa...aku ingatkan diri aku jugak la ni..





Note: Tahun lepas ada org wish slamat hari guru kat aku,, taun ni takde.


















14 May 2011

Tanda-Tanda Kematian Dalam Husnul Khatimah


KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.
Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.
Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat. Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:


1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.


p/s :
Semoga kita sama-sama dapat top-up ilmu dengan perkongsian ini..
Jom tingkatkan amal dan berusaha perbaiki apa yg terkurang..
Juga semoga kematian kita, para muslimeen dan muslimat sekalian di dalam husnul khatimah..
Ameen..

 

09 May 2011

Al-Fatihah Untuk......



Tajuk tergantung...al-fatihah untuk siapa??
Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, di sini aku ingin memohon kalian menghadiahkan bacaan ummul kitab buat insan yg ku rindui selalu..
Untuk arwah ibu~
Al-Fatihah....







Sana sini cerita pasal hari ibu... Bukak fb pun masing-masing letak status pasal hari ibu...
Aku buat tak nampak je status tu..
Banyaknya artikel pasal ibu...everything pasal ibu~
Tau tak air mata ni nak jatuh bila teringat insan bernama IBU..?
Masya 'Allah... Rindunya kat arwah mak..
Hanya doa yg dapat ku titipkan buatnya kala ini..









"Hello, mama nape call?" suara Adi bertukar nada menjadi keras sebaik menjawab panggilan telefon.

"Balik ni nak makan masakan mak puas-puas..!" ujar Nadia penuh bersemangat.

"Weekends ni mak aku datang..dah lama tak jumpa aku katanya." kata Ima dengan penuh gembira.


Ouh... Cemburu dengan awak..!!
Cemburu dengan orang yg masih ada insan bergelar ibu dalam hidup mereka..
Dalam masa yg sama geram dengan manusia yg tak tau nak menghargai ibu bapa yg masih hidup..
Jangan macam tu...tak baik..!
Nanti kalau orang tua dah tak ada baru nak appreciate diorang ke??
Waktu tu baru nak menangis dan meratap atas kubur diorang..
Meraung minta maaf and etc~ Macam tu ke..?


Tahun 2000 adalah tahun keramat dalam hidup insan bernama Ana Farha..
Bulan Jun 2011, genaplah 11 tahun  ibu pergi meninggalkan dunia yg fana.
Sedihnya tak dapat aku gambarkan.~
Hidup aku mula berubah lepas peristiwa tu sebab seingat aku hidup aku sebelum tu memang
bergantung sepenuhnya dengan arwah mak..


Waktu kat sekolah, everytime hari terbuka..
Atau hari penyampaian hadiah..
Aku nak sangat 'mak' ada..
Waktu hari mohon restu untuk exam dan semua parents datang, aku harap sangat mak ada dengan aku..
Waktu raya, lagilah sedih.

Bukan aku tak bersyukur..aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang..
Aku redha dengan ketentuanNya.
Cuma kadang-kadang aku akan cuba imbas balik kenangan aku dengan arwah mak..
Dan seingat aku, tak banyak yg aku boleh ingat waktu-waktu yg pernah aku spent dengan dia..
Nasib baik ada sekeping gambar lama aku dengan arwah ada dalam simpanan aku.
Tu je yg aku ada.
Yg korang pulak?? Masih tak tau bersyukur ada ibu...?? Terpulanglah~


Bersyukurlah kalian yg masih punya ibu..dan ayah..
Berbaktilah kepada orang tua kalian.. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati..
Aku mengingatkan kalian juga diri aku sendiri yg masih punya ayah.
Aku teringin sekali nak peluk 'mak' dan ucapkan:

                                    Sesungguhnya setiap hari pun adalah hari ibu~




NOTE:
Semoga roh arwah ibu penulis dicucuri rahmat..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau..
Semoga beliau tergolong dalam kalangan orang beriman~ bahagia di alam sana..
Aku berdoa semoga kita kan bertemu di syurga.. Insya 'Allah,, Ameen ya Rabbal 'Alameen~




08 May 2011

Michael Ballack!

Waaahhh..at last berakhirnya interview yg aku takut sangat nak lalui.. :p
Cehh...takde pape pun padahal...
Ce citer...ce citer... 
ok, mai aku cerita sikit naa... ^_^

Journey seawal jam 2 pagi from Batu Pahat ke UM membuatkan badan aku sengal2 duduk kat dalam Hilux.. Wohoo...berhimpit2 sebab masing-masing anak buah ikut..
Tak cukup tidur and rasa mengantuk bila da sampai...
Thanks to my brother in law merangkap driver aku semalam..

Ok,dipendekkan cerita... sampai UM je cari la tempat nak interview tu...
"Aik....ramainya budak Chinese..." 
Aku dah cuak je pandang kat pondok tempat duduk-duduk tu.
Melilau jugak mata aku tengok keliling...cari budak Melayu.
Then, pergilah ke tempat ramai orang tengah berkumpul.
Ade je budak Melayu...tapi still aku tengok bilangan kitorang tak seramai Chinese..

Masuk bilik menunggu tu, terus tulis nama untuk attendance..
Dalam list course interview aku tu, aku orang 4th tulis nama...
And nama akan dipanggil based on turutan dalam attendance tu.
Aku sempat tengok nama before aku and their i/c number..
Semua kira senior aku..
Budak-budak lepasan STPM la kot..
(nak bajet muda la kunun2 aku lepasan matrix. muahaha,,)

Ok, cari tempat duduk sebelah budak pmpuan Malay from Terengganu...
Budak tu pun lepasan STPM..
Nama dia Nazihah kalau tak salah.
Wah...siap tayang sijil dia lagi tu...
Yg dia dapat interview bahasa Jepun...
Kira ngam la dengan aku...
Boleh je sempat bual-bual sambil bergelak ketawa untuk hilangkan nervous aku sementara waktu... ^^

And then, budak tu punye turn agak awal...tinggal aku duduk sorang-sorang.
Bosannye.. Aku pandang depan. budak Chinese~
Pandang belakang. budak Chinese~
Kanan pulak. Chinese jugak~ nak pandang keliling segan pulak..ramai orang..
Ok,, mengantuk punya pasal aku pun tidooo....

Dalam 10.20 a.m camtu, sampai turn aku, dah relax la masuk dalam tu... 
Interviewer aku ada sorang pompuan Melayu.
Sorang lelaki dan dua orang pompuan bangsa lain.. German kah?
Ok...apa yg aku boleh cakap diorang friendly dan aku totally hilang cuak.
Cuma....awal-awal aku ok je..masuk tengah da stuck.
Haha...tanda-tanda orang tak berapa nak prepare..
Habis segala capital city kat Europe diorang tanya..
Ape yg penting aku taram je semua..dah tak tau nak jawab..padan muka aku.. :p

Aku tak nak cerita ape yg dia tanya dari awal sampai akhir.. Just sikit je nak share ape yg aku dah merapu time interview ..


She: What else do you know about German?

Me: Well, i know about.. soccer.. football..

She: Ok...tell me what.. About their soccer?

Me: (sambil tersenyum bajet cool) Michael Ballack.

She and others: (gelak-gelak) Owhh...so you like
                          Michael...what do you like about him?

Me: Basically, what i like most is his skills.. (cakap la ape pon asalkan kau jawab soalan dia weyh! XD)
 
She: (senyum) Really?? Or do you like him because he is
        good looking?

Me: (senyum sekali~)  Well,, for me..i would consider both~

She: (gelak lagi) owhh... Really..? good~

Me: ???

Michael Ballack menjadi mangsa keadaan :p

LOL~



Laugh out loud..haha... 
Diorang gelak. aku ikut gelak sekali..

Dari awal session tu start aku duduk sampai abis and nak keluar kitorang gelak tak
sudah-sudah.
Hish,,ape nak jadi pun jadilahh.... Overall, aku rasa harapan nak dapat nipis la.
Redha je dan tawakkal walau ape pun resultnya nanti...


Kalau dapat, Alhamdulillah...kalau tak, la tahzan...
Allah knows what's the best for me and for you too~  (=



02 May 2011

Hlovate

Scene 1
Latar masa: Tahun 2008
Latar tempat: Hostel sekolah


Aku memandang Iman dengan penuh minat.. Entah apalah yg menarik sangat dengan novel di tangannya itu..
Asyik sungguh dari tadi melihat teman sebilikku ini..
Ah...tak boleh jadi ni..nak kacau Iman.. Desis hatiku..

"Iman ni baca novel ape? Novel baru nampak?" tanyaku selamba sambil melabuhkan punggung di hujung katil tempat dia berbaring.

"Eh, kak Fana.. Em..novel Rooftop Rant.. Nak tengok ke?" Jawab Iman lalu perlahan-lahan duduk di atas katil empuknya.

" Hehe.. Kesian Iman.. Akak tengok kejap eh.." balasku sambil menyambut novel yg dihulurkan Iman..

" Tapi kan kak, bahasa dia rojak sikit la... Campur-campur... Hm..Iman pun baru nak baca..
Macam boring je..."

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.. Tanganku menyelak helaian novel itu sambil mataku laju meneliti tiap baris ayat dalam novel tersebut..

"Uh...bosan je...tak jadi la nak pinjam.. Thanks Iman.."


Scene 2

"Fana, dan baca novel Aa+Bb?" tiba-tiba sahaja rakanku mengajukan soalan luar topik perbualan.

"Hah? Apesal pelik je tajuk... Novel sape tu?" tanyaku acuh tidak acuh..

"Hlovate.. Bacalah Fana.. Best! Hee...cerita pasal Addin dengan Benz..
Aku suuuuka sangat dengan Benz Alif.. Waah...bestnya.."
tambah rakanku itu penuh teruja.. Aku hanya mendengar tanpa bertanya lebih lanjut tanda aku tidak berminat.


Scene 3

Aku membelek satu persatu novel di rak buku itu... Hm...ni macam best..
Aish...tak nak la.. Tengok novel lain..
Haa...yg ni lawa semacam je coner dia... Try baca sinopsis pulak..
Ugh, bosannya jalan cerita..

"Adik cari novel baru ke? Ni novel Versus baru sampai.. Ramai orang cari ni dik.." tiba-tiba aku disapa oleh abang kedai itu..

"Ye ke? Nak tengok.. " pintaku pada lelaki itu sebelum dia menghulurkan novel yg bercover jingga
dan tertera lukisan skateboard.

"Versus? Hlovate? Macam pernah dengar la nama ni.." disebabkan malas mahu memilih novel lain, lalu aku mengambil novel itu..



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Yaa...itu cerita suatu ketika dulu waktu aku mula-mula kenal karya Hlovate..
Lepas baca novel Versus, aku rasa nice sangat cerita dia..
Dengan bahasa rojak dan tak berbunga-bunga..
Yg penting adalah mesej yg nak disampaikan..
Lepas tu jugak, aku tak ambil masa yg panjang untuk pergi cari novel Hlovate..^^
Teringat pulak aku pernak kutuk cakap "tak best" dan bahasa dia yg memeningkan..

Waktu kat matrik, kalau kawan-kawan aku tengok koleksi novel aku, diorang akan tanya
"Minat Hlovate ke?"
Mana tak nye, atas meja belajar takde novel lain selain novel Hlovate..
Sebab masa tu rasa sayang nak tinggalkan kat rumah..

Dan...novel Aa+Bb aku dah pun selamat membacanya..
Yes, i had fall in love with Benz Aliff yg once upon a time dulu kawan aku pernah cerita. ^^
Tapi sampai sekarang tak jumpa dah kat mana-mana kalau nak beli..  )=


......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....





Tunas.. Nice story.. Teringat life waktu sekolah~

"Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung.
       "Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?" Dia membilang dengan jari tangan.
       "Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?"
       Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
       "Tulip ada?"
       "Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
        A-Cid berpaling ke belakang. "Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. "Pink ribbon."
        Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
        Addin jatuh rahang bawah. The-what???
       "A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu...."
       "I'm Panah Arjuna. I spread the love." Selamba dia menuturkan dengan muka toya.  






              "There're times when strangers are like family, and family are like strangers" ...


Cerita Johanna dan Along Serbia~



Ked's Story~


Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA

Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!

kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?




Touching la pulak baca cerita Schubert's Serenade dalam Gurindam Jiwa ni~

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"

there could be beauty in tragedy, anyway.





Dan sekarang ni novel latest Hlovate dah pun ada di pasaran...
Tapi aku masih belum berjaya dapatkan lagi..





                                 Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan.


                        

Inilah kawan aku waktu bosan~


Nah. Belum baca? Grab 'em now! ^^
till then. tata~