22 April 2014

In-te-bi-u dan Ri-si-ko

cc gugel yg berjasa

Kisahnya.
Hari tu, sebelum cuti mid sem.
Masuk-masuk je dalam kelas -- German Speaking Skills II
lecturer dengan riang gembiranya membawa perkhabaran - naik cuti mid sem ada Career Day kat faculty.
So, depa pilih 3 orang dari kelas aku untuk diintebiu oleh TalentCorp.
Sapa noob tak tau TalentCorp tu menatang apa sila google. Ahah.

Satu malam pulun update resume and job application letter -- kekonon nak apply job tu.

Aku paling hambar betul.
Bila orang tanya minat aku apa.
Ke arah mana.

Kata lecturer lagi, kalau boleh cuba cari job advertisement yg tak berkait dengan German Language.
Kiranya, tak semestinya translator, yg jelas-jelas memang pakai bahasa tu. 

Kawan-kawan sekelas aku yg berapa kerat tu je, laju je jawab --
Journalism.
Business-related.
Reporter.
etcetera.

Aku terkebil-kebil.
Satu malam godek JobStreet dan yang sewaktu dengannya.

Part yg paling best.
Lecturer bilang - list kan 3 kekuatan and 3 kelemahan korang.
But jadikan kelemahan tu satu kelebihan - which is kau kena change kelemahan kau tu to positive form.

Masa tengah diskusi tu, sampai satu point; "Gehen Sie gerne Risiken ein?"
Dalam bahasa yg mudah - "Hangpa suka ambik risiko dak?"

Maka yg tak suka dengan laju jawab tak suka - sebab nak stay dalam environment yg secure gitchew.
Yg gebang jawab suka - dia cerita cemana dia survive kat oversea sesorang.
Pendek kata masing-masing dah ada idea dalam kepala otak.
Sampai turn aku, aku tak jawab pun aku suka ke tak suka.

Aku cakap --
Risiko tu adalah bila mana aku tak tau apa outcome and result something tu in future.
And it's like gambling.
Aku tak tahu apa akan jadi at the end; once aku take this certain decision.
Aku bagi contoh paling senang kat lecturer tu, aku bagitau dia --
Course major yg aku tengah ambik currently, the moment aku decide untuk ambik and stay dalam jalan ni, saat tu aku dah ambik risiko.

Lecturer tu gelak-gelak je.
Entah.
Lame agaknya.
Ataupun dia faham apa yg aku cuba sampaikan.

Risiko tu semudah macam.
Kau rasa satu makanan pelik.
Bila kau pegang makanan tu --
kau tak tau pun apa rasa dia.
Kau pun ambik dan masuk mulut.
Bila dah rasa baru kau tahu sedap ke tak.
Pahit ke, manis, masam.

Risiko.
Entah.
Aku pun tak tau nak define.

Tapi yang pasti.
Selalu dikaitkan dengan something yang boleh meletakkan kau kat tempat yg bahaya.
And at the same time, if u're lucky enough, perkara yg sebaliknya berlaku.
Jadi selagi kau tak cuba --
kau takkan tahu.

Dan aku.
Kembali pada topik tadi.
Sampai sekarang aku tak tahu.
Apa yg aku nak sebenar-benarnya.

Entah.

Baru perasan.
Nak pergi intebiu minggu ni.
Sijil semua aku tinggal kat rumah.
Dasar bijak.
=.='