05 December 2016

Sharing is Caring : Panduan Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum.

Hai. Lama tak bersua kan? Hiks. Saja nak bagitau, semalam hari Ahad kan. Tapi kat Johor hari bekerja. Waktu aku buat projek menggoreng kat dapur warung tetiba mai abang posmen. Cuak tak cuak la bila dia bagi surat Utusan Seri Paduka Baginda kan. Terpampang PTPTN besau gitu. Akak aku pun sambil membebel cakap, "Surat kutip hutang dah sampai, ayokk tak tau." 


Aku pun dengan nervous dupdapdupdap bukak envelope. "Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN........" Alhamdulillah lulus pun akhirnya. Muehehe. Selama aku dah abis belajo ni rasa terbeban betul tiap kali bukak tv ke radio ke fb ke pastu terdengar atau terbaca pasal PTPTN. Rasa macam, ehhh hutang tak bayorrr. Rasa terbeban tau. Tapi tu la kan, reti pinjam takkan tak reti bayar balik. Huhu.


Cita dia, aku lambat apply exemption bayar balik ni actually. Tambah lagi lepas eksiden haritu aku take time nak recover, since tu memang dah tak jejak KL dan I kept on delay and delay. Pendek kata tiap kali plan nak pi UM mesti ada halangan. Last-last aku call UM mintak surat pengesahan kelas pertama and depa suruh tulis e-mail rasmi. Surat tu siap few days camtu. After that, kena pi UM ambik surat tu by hand. Alang-alang la kan, aku pi ambik surat tu dan mintak cop pengesahan kat salinan degree. 

Tbh, aku pi UM tu lagi 2 minggu nak cukup setahun after aku konvo. Kalau ikutkan syarat kat website PT tu, permohonan kena kemukakan dalam masa kurang setahun selepas pengijazahan (konvokesyen). Aku congak-congak pastu depa nak proses dalam sebulan lebih camtu so aku cuak gak mana tau tak diluluskan. Mati la nak kena bayar hutang tu dengan yang tertunggak bagai.

Waktu aku pi pejabat PT kat UTC KL tu aku tanya la kat officer tu, pasal kegusaran aku takut permohonan tak lulus. Dia kata, takda due date pun nak apply, apply je. Aikkk, pulak dah. Tapi bagi korang yg layak apply aku nasihatkan apply la cepat ye. Officer tu baik hati la explain memacam pastu siap printkan penyata hutang tu. Masa tu dah tertunggak berapa ribu tah. Dia cakap kalau dah diluluskan, automatik yg tertunggak tu semua clear sekali tak payah bayar la kan. Okay, thats it. Pastu, dia suruh call terus PTPTN punya HQ after sebulan lebih untuk update balik. Tup tup semalam dapat surat dah. Tak dan nak call. Hehe.

So, ni sedikit panduan untuk yg malas nak check kat website PT. Syarat nak apply pengecualian bayaran balik PT tu cemana?

1) Korang kena mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.

2) Berjaya tamatkan pengajian dalam tempoh yg ditetapkan dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN. Let's say pengajian korang tu supposedly abis dalam masa 4 tahun, so 4 tahun la. Kalau ditakdirkan korang ada kantoi subjek fail and kena extend lagi satu sem, so kira tak grad pada masanya la kan. Dah takleh nak mohon :(

3) Pinjaman PTPTN tak bertindih dengan tajaan lain. Contoh, ada buat pinjaman kat Yayasan blablabla dan dalam masa sama pinjam PT jugak. Tak boleh k.

4) Perlu kemukakan permohonan yg lengkap kepada PTPTN dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen. Yg ni aku dah sebut kat atas tadi.

5) Bagi korang yg study kat IPTS, make sure kursus yg korang ambik tu dapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.


Okay tu baru syarat dia. Dokumen yg korang perlu kemukakan pulak apa dia?

1) Akuan peminjam yg dah lengkap diisi. Boleh download online. Google je nanti jumpa la. Yg ni personal details je tak banyak pun kena isi.

2) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau yg setaraf dengannya yg disahkan. Tak boleh mintak cop ketua kg ke guru besar sekolah rendah ke apa, tak boleh k. Jangan mengada. Wajib mintak cop pengesahan pegawai yg berkenaan kat tempat korang belajar. Bagi je salinan tu nanti depa tau ler sapa yg kena cop.

3) Salinan transkrip exam yg disahkan. Yg ni transkrip for every semester tau, nanti uni akan bagi yg official punya. Result tiap sem complete dengan pointer keseluruhan. Jangan lupa sahkan jugak.

4) Bagi peminjam IPTS, kena bagi salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA. Kena sahkan jugak, jangan lupa. IPTS je kena bagi. IPTA tak payah. Jangan mengada.

5) Surat pengesahan kelas pertama, in case dalam dalam ijazah korang takde tertulis kelas pertama. Macam aku punya, dia just tulis lulus dengan kepujian. So, kena la mintak surat ni kat uni tempat korang belajo tu ye.

Okay tu je la kot. Lepas dah complete dokumen tu semua korang hantar je kat kaunter pejabat PTPTN yg terdekat. Tapi kalau rasa boring, nak travel ke office PT yg jauh pun takde hal. Duduk Perak tapi nak submit kat kaunter PT Johor. Boleh je. Hiks.

Baiklah, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu korang. Yg tak mau bayor hutang tu pulun la sikit belajor, bagi dapat pointer tinggi. Kalau takde rezeki, em nak buat cemane, bayar ler balik. Kalau tak nanti tak boleh la nak acah-acah travel ke oversea. Ye dok? Hihi. Oh ye, sis tak rajin bukak blog ni. So kalau ada soalan boleh dm ke instagram @theana.closet . Ewah sempat promote pulak. Haha. Sebab yg tu rajin on. Tanya la nak tanya apa pun. Okay, till then.

Wassalam. 

01 September 2016

Cats : of Dayang and Tam Tam

gambaq hiasan kredit to google
Berat hati nak tulis entry ni. Sobs. Sebelum tu meh nak bagitau, sapa dia Dayang dengan Tam Tam? Dedua ni kucing. Dayang ni nama anak kucing kami. Muka hitam, badan hitam, mata ja biru. Masa dia lahir few months back, kak aku kata dia ni hitam sangat macam Dayang Senandung. Sooo tu yg melekat nama Dayang.

Dayang ni badan dia kurus sesangat. Kalau dia jenjalan kan, tetiba abang dia ka kak dia mai terkam ajak gaduh, memang dia akan kalah. Masih menyusu, tapi mak dia ni jenis tak reti duduk diam. Dia masih menyusu tapi dah kurang. Kalau dia haus lagi, aku bagi dia minum air kat penutup botol. Hat len dia takmau. Pastu, dia ni suka makan ayam. Sama macam kak dia - Noni.

And then, aku rasa normal kot anak kucing ni taik mata tebal. Tiap kali bersihkan, pastu dia tido and bangun nanti tiap kali tu la mata dia melekat. Sebagai makcik-makcik yg berkaliber, aku selalu jugak membebel kat Dayang; "awat hg ni banyak sangat taik mata?"

Sampai la 4 hari lepas, aku nak keluar pi warung kak, aku perasan si Dayang ni pulak tido macam tak sedar langsung. Aku pegang, angkat dia. Pastu dia macam lemah sesangat. Aku pun alihkan dia letak atas bantal. Tak lama pastu anak buah aku balik sekolah, dia habaq kat aku, Dayang dah nak mati. Aku pun masuk dalam, tengok dia bernafas macam tercungap. Try bagi minum air. Pastu nak bersihkan mata dia. Masa bersihkan mata dia tu aku perasan taik mata dia tersangat la banyak berbanding hari yg selalu. Dan tak lama pastu mata dia terbuka camtu tak berkedip dah. Dah la masa tu memang aku tengah bersihkan mata dia.

Sedih tu toksah cakap la. Menangis jugak la aku. Walaupun aku ni luar nampak garang, tapi dalam hati ada taman oooo. Masa maghrib tu, jasad dia dah selamat bersemadi kat tepi rumah.

Cerita pasal Tam pulak, 4 hari lepas kematian Dayang, Tam dilanggar motor. Orang tu bawak motor laju baq hang. Lewat nak pi keja ler tuu. Sebab waktu kena langgar tu pagi dan jalan depan umah sibuk sikit. Udah ler langgar kucing orang, blah camtu ja. Aku harap hang tidoq malam tak tenang biaq mimpi kucing langgaq hang pulak.

Dan masa tu keadaan jadi kelam kabut. Anak buah yg form 5 dah nak pegi sekolah. Pastu nampak pulak kucing kesayangan kena langgar. Menangis la dia. Dah la hari ni budak tu exam. Semoga tenang je hendaknya dia menjawab exam.

Akibat dari eksiden tu, aku syak Tam patah kaki. Tak pasti kena langgar and damage kat organ mana. Sebab najis Tam kerap sangat keluar. Yg paling merisaukan, sebab tak nampak langsung luka kat luar. Luka kat luar boleh jugak sapu ubat. Luka dalam, emm kena jumpa doc le jawabnya.

Kesian Tam. Beberapa jam lepas eksiden, nampak dia cuba bangun nak gerak. Tapi badan dia senget sebelah dan nampak dia sakit bila cuba nak jalan.

Tam seekor kucing yg sangat hyperaktif dan playful, suka duduk luar rumah dan tak suka duduk dalam. Sangat suka bermain dan kacau Teh. Siapa pulak Teh ni? Teh ni kucing kami yg suka duduk luar rumah jugak. Dia jauh lebih tua dari Tam. Teh ni jenis pendiam dan pemalu sikit, pastu hobi Teh? Tido. Nama dia Teh disebabkan dia punya warna badan yg putih.

Oh ya, aku teringat masa memula Tam datang rumah ni. Masa tu dia kecik lagi. Ada orang buang dia kat sini. Dia duduk bawah kereta dan mengiau sampai beberapa malam. Dia takut dengan orang. Pantang tersentuh sikit badan dia, dia akan marah dan mengiau seolah-olah kita terpijak ekor dia; maksudnya dia mengiau dengan sangat marah. Pastu, kucing lain tak suka dia sebab Tam dah macam pendatang. Bila dah besar dia rapat pulak dengan Teh. Tu la teman dia makan, teman dia main. Tam ni sangat suka mengusik Teh. Pantang nampak Teh baring ka berehat, mula la Tam nak ajak main.

Baru semalam, Tam panjat pintu kat dapur warung. Dapur warung ni baru lagi. Tam dengan Teh suka lepak kat sini sebab sejuk dan banyak makanan. Oh ye, sambung cerita pasal semalam. Aku usik Tam yg tengah duduk kat atas palang pintu warung, ajak dia main sampai dia terjatuh ke lantai. Tinggi la jugak kan. Nasib baik dia sempat landing elok dan takde pape. Hehe. Tapi..hari ni aku rasa macam nak nangis tengok dia terbaring macam tu. Makan tak lalu, minum pun tak nak. Mata dia pulak bergerak ke kiri dan ke kanan tak berenti. Kami paksa jugak dia minum air. Bg minum pakai syringe je, senang sikit kan. Haih. Semoga Tam cepat sembuh cepat sihat. Sedih bila tengok Tam yg hyper tu sakit macam tu. T_________T


warna Tam lebih kurang cenggini ler.
dan dia suka regangkan badan dia macam ni jugak  :(
kredit gambaq google
Aku habaq kat kawan aku, anak kucing yg aku jaga dah mati. Kata dia, lumrah hidup. Semua makhluk yg bernyawa pasti akan mati. Aku tau. Tapi kita sebagai manusia yg ada hati dan perasaan, takkan pernah terlepas daripada rasa sedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang. Semalam nampak sihat walafiat. Hari ni jatuh sakit. Semalam orang tu masih hidup, hari ni kita boleh ke jamin orang tu hidup lagi ke tak? Wallahua'lam.

p/s : gambaq Dayang aku tak pernah ambik. gambaq Tam ada kat fon. tapi emm sedih takmau la upload. kalau dia sihat nanti baru aku buh kat blog.doa-doakanlah :)

11 February 2016

Aku dan Eksiden



this is a story of me. i am writing this in this blog, just to share and i hope one day if i re-read this post, i shall remember semua orang yg stay by my side through thick and thin :)


25th Jan 2016


pening fikir nak cari rumah/bilik sewa kat kl. last week dah dapat call. dapat placement kerja under SL1M Programme Khazanah Nasional -- at Nakiwa College, Setiawangsa. lepas kemas baju ala kadar, awal pagi ni aku keluar rumah dengan perasaan bercampur baur. esok ada interview, untuk tau what kind of position aku akan dapat. this is not going to be my first interview. in fact, interview kali yg tak terkira. 


pagi ni keluar je, hujan renyai-renyai. akak ipar tegur, "nak pegi mana? bukan pegi KL esok ke?" i answered shortly, "nope, sis. tomorrow morning interview." and then, my abang pun start motor and hantar aku kat bus stop nearby. dia sempat tanya ada duit lagi ke tak. i nodded slightly. tipu sunat. dalam hati aku cakap nanti la aku korek account bank aku.


so pendekkan cerita, aku overnight at a Guest House kat Petaling Street. menginap kat girl dormitory sebab nak save bajet. actually kalau book online normally boleh dapat cheaper price, but since aku walk in je dapat la harga around RM30. kalau tanya aku, aku okay je dengan dorm dia. ada aircond. ada plug. pastu toilet pun ada heater. satisfying la for that price. location strategic kat Petaling Street. dekat je nak jalan kaki pegi LRT pun. even pekerja hotel tu semua friendly. the man at reception counter siap ingat lagi aku pernah mai hotel depa. kalau nak save bajet lagi, tak payah la lodge. boleh tumpang bilik kawan-kawan. tapi sebab aku segan nak tumpang bilik kawan sebab dah selalu sangat mai KL, dan tak nak menyusahkan, so aku lodge je la untuk satu malam.



26th Jan 2016


to be honest, aku tak ingat apa yg jadi hari ni. bila masa aku keluar bilik pun aku tak ingat. bila aku celik mata je, aku dah terbaring kat atas katil, pakai baju patient. and i noticed that kaki kiri aku berjahit. dalam 9 ke 10 jahitan. kepala aku sakit. kepala bahagian sebelah mata kiri pun bertampal. pastu satu badan rasa sakit dan sengal-sengal. and aku tak boleh ingat apa-apa. i feel quite upset.


so i cuma tangkap cerita apa yg dah jadi dengan bukak telinga dengar orang sekeliling bercerita. bukak fon. penuh mesej, call and whatsapp masuk. bukak mesej group, baru aku tau. aku eksiden kena langgar motor masa nak melintas jalan pagi tadi. tak sempat nak attend interview. and then admit ke HKL -- masuk wad separa kritikal. tengah malam tu dah boleh balik. my elder brother and my bro-in-law yg bawak balik BP.


masa dalam kereta, tak boleh fikir apa. kaki sakit, kepala sakit. plus, tak ingat apa-apa. oh ya, masa kat HKL done with x-ray and CT scan. semua okay diorang cakap.



27th Jan 2016


bangun pagi masuk toilet terpandang cermin. ya Allah, hampir tak kenal dengan diri sendiri. mata kiri sembab bengkak. bawah mata hitam macam kena belasah (my friend yg cakap macamtu -.-) plus, ada darah beku dalam mata. ni aku ke?


lepas breakfast makan ubat. lepas tu aku muntah non-stop. and sakit kepala menyerang balik. badan aku dah lemah sesangat. dah habis muntah air, sampai dah takde benda nak dimuntahkan pun aku still muntah. pastu perasan macam keluar darah sikit. aku cuma mampu menangis sebab tak tahan dengan rasa loya, mual and headache.


abang dengan kakak aku dah start risau, so bawak pegi nearby clinic. tak mampu nak menapak sampai abang aku kena angkat masuk dalam kereta. sampai klinik je, diorang cakap better hantar pegi hospital. takut ada apa-apa. so, pegi la Hosp Batu Pahat naik ambulans. masa tu aku blank dah. nak celik mata pun payah. 


sampai hospital, yg ni aku pun ingat-ingat lupa. kena ambik darah. pastu doc cakap, maybe effect ubat tahan sakit tu yg buat aku muntah non-stop. ubat tu kuat sangat and badan aku tak boleh nak terima. masa tu aku mimpi jumpa my another abang aku. but in fact, bukan mimpi. memang abang aku datang pun time tu. see, dah macam apa dah. tak boleh beza realiti and mimpi dah.


buat CT scan for second time. doc cakap, if baru eksiden and scan, kalau ada pendarahan dalaman kadang-kadang tak boleh detect kalau baru-baru lagi. kadang dah few days baru nampak. so nak tak nak kena scan balik. just in case. result scan tu keluar dah petang sikit. semua ok je Alhamdulillah.


tengah hari tu masuk wad, kena cucuk lagi. masuk air. baru aku tau masuk air tu sakit. and then dia tak bagi pun tempat gantung air yg boleh tolak sekali bawak masuk toilet. so everytime nak pegi toilet kena cabut pek air tu dari besi tempat gantung tu, and kena ada orang tolong pegang. my sis masa tu kalut sangat, and pegang air tu rendah dari aras jantung. so keluar la darah masuk tube tu bercampur dengan air. sakit? ya, sakit. :)


and then nurse masuk cakap aku kena puasa tak boleh makan minum. diorang nak tau whether aku muntah sebab ubat or sebab makanan. masa tu aku risau sakit perut gastrik je. sebab perut aku dah kosong semua aku muntahkan. ingat lagi, celik mata je aku mintak akak aku nak minum air sebab haus sangat. tapi tak boleh. kena puasa. :(


masa dah nak maghrib kot, doc datang check. dia cakap okay dah boleh bukak puasa. Alhamdulillah lega dapat minum air masa tu. and then hospital bagi makan mee goreng. aku tak lalu nak makan sebab pedas sangat. masa aku duduk kat wad tu, ada sorang akak yg jaga patient kat katil opposite of me. akak tu kuat mengusik. dia cakap gaya aku jalan dah macam mak-mak lepas bersalin. dapat menapak walau dalam sakit tu pun aku dah bersyukur. nakal tau akak niii. 



28th Jan 2016


hari ni dah boleh discharge. doc bagi ubat baru and pesan jangan makan ubat HKL dah. ubat tahan sakit tu kuat sangat macam stok ubat chemo kata doc. so dia tukar dengan ubat lain.


rasa happy dapat balik rumah. bermulalah episod kena pantang makan. malam tu adik beradik semua datang melawat. abah pun datang jugak. so it is kinda of family gathering.

and then dah kat rumah, hospital call suruh tukar tarikh bukak jahitan. kalau ikut surat HKL, bukak jahitan 1hb Feb. but then Hosp BP tukar kepada 10hb. oh my, dengar bukak jahitan je aku rasa kecut perut tetiba.


29th Jan 2016


here i am. dah kat Kulai. my another sis beriyer ajak balik rumah dia. sebenarnya aku macam malas nak ikut. penat dah ke sana sini. tapi aku ikut jugak. 


kesian kakak aku. penat jaga anak satu hal. aku pulak tak larat nak buat apa-apa. makan pun nak kena hidang. sapu ubat kat luka tu pun aku tak berani. harapkan dia jugak. terima kasih akak. i owe you so much T.T


oh ya. lupa nak bagitau. kaki kiri aku membengkak dengan jayanya. masa bangun pagi dah tak nampak buku lali. bila jalan pun rasa berdenyut sakit luka tu and the whole kaki kiri from betis ke bawah. nak solat pun tak boleh berdiri. kena duduk kat kerusi. 



30th Jan 2016


kaki makin bengkak. risau sesangat tak tau nak cakap apa. takut tengok kaki sendiri. buku lali dah tak nampak bayang. bangun pagi je kaki rasa bisa macam kena cucuk. ya Allah, aku tak dapat nak bayangkan kalau orang yg eksiden lagi teruk sampai patah tulang riuk. yg sikit macam ni pun dah rasa sakit. masa ni aku baru rasa bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur aku. kenapa bila dah sakit baru manusia tu nak dekatkan diri dengan Sang Pencipta? :(


and then, these few days aku asyik didatangi mimpi nak melintas jalan. i was all alone and semua orang tinggalkan aku sorang-sorang kat tepi jalan dengan kenderaan yg banyak sangat. what a dream. hailah. okay sebut pasal melintas jalan buat aku jadi fobia dah sekarang ni.



4th Jan 2016


dah boleh jalan elok sikit. tapi tak boleh paksa nak laju nanti sakit tu datang balik. hari ni pegi klinik pakar mata. my sis risau tengok mata aku yg still sembab and merah. after doc check and letak ubat yg quite pedih kat mata, Alhamdulillah dia cakap semua okay je. darah beku tu cuma kat outer surface mata. tak membahayakan. cuma take time sikit nak hilang. 



7th-9th Feb 2016

off to Mersing for family day. well i guess kitorang silap timing. memang dah lama plan. so aku yg still in recovery process join jugak. cuma game outdoor like bola tampar, etc aku tak boleh nak join. paling tak best sebab masa kitorang datang tu dua hari laut tu ombak besar, air pasang and angin kuat sangat. bayangkan angin tu kuat and bertiup tak berhenti langsung. masa last day je baru angin berhenti. but still ombak tu besar. 


back to cerita pasal kaki. dah 2 minggu since aku eksiden. tak boleh jalan banyak sangat sebab kaki aku akan bengkak balik whenever kaki gatal nak jalan jauh-jauh. abang aku dah sound awal-awal. jaga makan, jaga makan. kalau tak kaki bengkak and gatal. hmmm aku punya menu makan semua diorang yg jaga. nak pantang macam mana lagi pun aku tak tau dah.



10th Feb 2016


the day! okay cuak sebenarnya nak bukak jahitan hari ni. due to my sis' concern, kitorang tak pegi hospital kerajaan, pegi klinik swasta je. cuak bukan pasal apa. sebab aku perasan luka tu ada part yg tak kering lagi. takut sakit. hehe. aku bab luka-luka ni takut lebih sikit. 


the moment doc tengok and pegang je jahitan kat kaki aku, doc tu istighfar panjang. and then he said, "maaf la saya nak cakap ni. tapi jujur saya cakap HKL jahit kaki awak ni buruk sangat. tak kemas dan ketat semacam. sebab tu kaki awak bengkak and luka lambat baik."


masa dia bukak benang tu macam take time jugak. dia cuak jugak sebab ada part yg tak boleh nak tarik sebab benang tu ketat sampai tercucuk gunting tu kat kaki aku. huhu. tapi dia boleh je melawak lagi sebab taknak bagi aku cuak. so, people asked me, "sakit ke bukak jahitan?" sakit macam kena gigit semut je. :p


lepas bukak jahitan, serius aku tak berani nak tengok lama-lama. separuh dari luka tu nampak menganga camtu, tak bercantum and the way i see the wound dah macam kena belah dengan pisau. boleh nampak terbelah memanjang and nampak la daging dengan darah kat dalam tu. sis seram okayy. 


so the doc keep on cakap jangan risau. my wound okay je. cuma parut tu nanti jadi tak cantik sebab the way jahitan tu dari awal tak kemas. doc cakap, maybe yg menjahit kaki aku tu nurse yg baru belajar jahit. so, kaki aku ni kira bahan eksperimen ke? nak cakap salah, tak cakap pun salah. hmmm.. walaupun jauh dalam hati aku rasa terkilan, upset and geram bila tengok luka yg still terbelah even lepas bukak jahitan after 16 days, tapi nak buat macam mana. tak nak salahkan sesapa. aku cuba untuk redho je. we are all human beings. and human are not perfect.



***

and ya. lepas bukak jahitan rasa sakit kat luka tu datang balik. so, still bergantung pada ubat dan luka tu tak boleh kena air buat masa ni. i do consume makanan lain yg orang cakap boleh sembuhkan luka dengan cepat jugak. and hematoma kat mata pun dah beransur hilang. my memory? i still can't recall memori hari eksiden langsung. jumpa duit dalam bag pun tak tau bila masa aku keluarkan duit. and even kawan-kawan yg datang melawat kat HKL pun aku tak ingat.


aku terpaksa mesej and tanya kawan yg ada dengan aku masa hari kejadian untuk tahu apa yg jadi. yg pasti, kata diorang yg ada dengan aku masa tu, kes eksiden aku bukan kes langgar lari. lelaki yg langgar aku tu sendiri yg call ambulans. and in fact, dia dengan mak dia tunggu aku kat HKL. my bro-in-law did asked me, "kau ingat tak kau ada salam dengan mak lelaki yg langgar kau masa kat hospital?" aku geleng. say whattt. haihhh. banyak sangat laa yg aku tak ingat. 


after all, just pray for my recovery ya? nak cepat sihat dan nak cari kerja. InshaAllah. i do believe semua perkara yg jadi tu ada hikmahnya. bersabarlah. lain orang lain ujiannya. :)