28 December 2017

Di Sebalik Nama

Sejujurnya.

Aku tak pernah bercita-cita nak menjadi warga pendidik. Cikgu jauh sekali. Pensyarah, apatah lagi. Nak sambung belajaq pun dah malas. Cukup setakat ada degree ja. Dulu, lepas SPM dapat IPG, tapi aku tak pi pun ujian untuk masuk IPG tu (dapat TESL), sebab masa tu dah kat matrik. Aku jenis malas pikiaq and just go with the flow. Disebabkan perangai aku tu jugak la: elok-elok aku SPM sampai matrik ambik sains, akhirnya time degree ambik course Language and Linguistics in German. Huhu.

Tapi aku kira, bila aku menjadi warga pendidik, ini satu pencapaian yang sangat personal bagi aku. Kenapa? Sebab aku dah berjaya keluar daripada aku punya comfort zone. Dulu, aku seorang yang nervous nak mampuih bila disuruh bercakap depan orang. Aku rasa aku ni seorang yang tak cukup ilmu, tak berani, penakut, etc. Segala fikiran yang buruk-buruk tu ada dalam kepala otak ni. Siapa sangka hari ni aku mampu bercakap berjam-jam dalam kelas? Bermula daripada part time mengajaq diploma saja, sekarang dah pun dapat kontrak untuk mengajaq student diploma dan degree. Kerja tetap? Kalau ada rezeki, adalah. :)

Aku rasa, nama blog ni salah satu penyumbang jugak. Bertahun-tahun dah aku letak nama Frau Farhana. Frau in German bermaksud Mrs./Ms. Nampak macam takdak apa pun kan? Alahhh Miss je kot. Amoi jual sayur tepi jalan pun kita boleh je panggil Miss.Tapi bagi aku, tak semua orang aku boleh panggil Frau. Setakat ni, cuma lecturer aku ja yang aku panggil dengan Frau. Akhirnya la ni masuk kelas mengajaq pun student panggil Frau jugak. Sesungguhnya memang benar, bila orang berpesan supaya meletakkan nama yang baik-baik kat anak. Bukan setakat kat anak ja, haa aku siap bubuh kat blog. Nama yang baik tu boleh jadi doa. 

Mengajar. Bukanlah minat aku. Tapi aku tahu, mungkin ini jalan yang terbaik Allah dah atur untuk aku. Tak minat tu satu. Apatah lagi tekanan kat tempat kerja tersangatlah banyak (manusia berhasad dengki ada di mana-mana), sampai ada masa yang aku menangis rasa nak berhenti kerja. Tapi bila difikirkan balik, macam mana aku boleh ada kat sini..aku rasa aku kena kuatkan semangat.

Aku pernah terbaca, bila hang doa kat Allah mintak supaya hang mampu jadi orang yang sabar, maka Allah akan bagi lagi ujian macam-macam kat hang. Kenapa? Sebab ujian tu untuk menguji kesabaran hang. Bukan ka hang yang mintak diberi kesabaran tadi? Tipu la kalau takda rasa kecewa, marah. geram tu semua bila kadang-kadang selalu ditimpa ujian. Tapi, kena la belajaq untuk sabar dan redha.

Dalam masa yang sama, aku dapat rasakan sendiri pengalaman berhadapan dengan manusia bermacam ragam; daripada yang berpangkat tinggi tapi masih rendah hatinya, sampailah yang berpangkat tinggi dan sombong diri. Nasihat buat aku dan orang lain yang hari ini masih di bawah, semoga kita sentiasa ingat asal usul diri kita. Supaya esok-esok bila kita di atas, tidak ada istilah riak dan takbur dengan orang di bawah kita. Kuasa dan pangkat tak boleh bawak masuk kubur pun..

p/s : bila dah mengajaq..baru sedar banyak cabaran bila jadi warga pendidik. Teringat kat cikgu-cikgu dan pensyarah yang pernah mengajaq aku dulu. May Allah bless all of them! :)