27 April 2011

Kisah Selembar Bulu Mata

Assalamualaikum..


Ini adalah salah satu kisah yg aku rasa bagus untuk dikongsi buat sesiapa yg belum pernah baca~

Ada apa dengan bulu mata?

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

“Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

“Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.”

“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, “Saya yang memandangi.”

Disusuli oleh telinga, “Saya yang mendengarkan. “

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”

Lidah menambah, “Saya yang mengisap.”

Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”

Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”

“Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
 “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat.

“Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”



Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
“Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata.”

Mahalnya nilai air mata ini~

Note: Dimanakah kedudukan kita agaknya?

25 April 2011

If And Only : Life Is Easy As ABC..!!

Wah3...Rajin betul aku meng'update' blog ni..
Biasalah baru-baru~ Semangat kan...huhu...
Btw, ape yg aku nak share ni agaknye?


It's all about life...
Gaya tulis macam dah hidup lama sangat je..
Padahal umur BARU 19..
Ceh~ tak perlu highlight part 19 tu pun takpe.. (=


Seronoknye jadi budak-budak..
Hidup bebas.. Means that, life diorang basically is fun!
AS EASY AS ABC! tak payah fikir masalah.
Pergi main..bebas je nak lari main kejar-kejar..
Makan pakai mintak kat mak..
Bila sedih pun ade mak yg nak pujuk~
Pergi sekolah jumpa kawan..
Belajar dengan tujuan nak dapat result yg GEMPAK~
Lawan sape paling pandai dalam kelas..
Then, kalau dapat no.1 tu mulalah rasa diri pandai + hebat..  ^^




Easy, huh??





They're breaking free~ ^^




Tapi bila kita meningkat dewasa, kita dah boleh fikir matang sikit berbanding zaman dulu-dulu..
Zaman kita masih menjadi budak hingusan..
Hakikatnya banyak sangat perkara yg kita nak capai..
Perkara yg kita nak achieve dengan hasil usaha kita sendiri..
Malah, tanggungjawab pun makin banyak..
Now i've realized that life is not as easy as what i had thought~


Mungkin dulu belajar untuk dapat result exam yg cemerlang je..
Nak buktikan kat orang sejauh mana kemampuan kita..
Tapi sekarang dah pasang nawaitu belajar kerana ALLAH s.w.t..

Sekurang-kurangnya bila kita gagal dalam pelajaran, kita akan redha sebab kita bukan belajar semata-mata nak result exam cemerlang, tapi dengan niat nak menimba ilmu..
Nak cari keredhaan Allah~

Bukan setakat belajar..dalam semua perkara baik yg kita buat pun kena pasang nawaitu..
Bila kita tersasar atau lupa diri, masa tu ingat balik tujuan asal kita..
Atau dari sudut pandangan yg lebih luas, ape tujuan kita hidup?



What do you think exactly about LIFE?


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi?" Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) "Adakah Engkau ( Ya Tuhan kami) hendaklah menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dan memujiMu dan mensucikanMu. Tuhan berfirman "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
                                                                                                                       (Al-Baqarah: 30)



Inilah yg dinamakan hakikat kehidupan.
Dalam pada tu dah fikir masa depan~
Wahh...kalau boleh tak nak fikir!
Sebab tak dapat nak imagine langsung...tapi nak atau tak nak kena NAK~
Aku fikirkan harapan family aku jugak..
As a matter of fact, aku sayang sangat kat keluarga aku!!
So, aku harap aku dapat balas jasa kakak2 dan abang2 aku yg dah banyak berkorban untuk aku since mak kembali ke rahmatullah..
And aku nak jugak berbakti kat ayah selagi hayat dia ada..



Happy family~~


Insya'Allah~
Sama-sama doakan yg terbaik untuk setiap langkah dalam kehidupan kita!
Ameen~