20 January 2012

Langweilig



People.
Kalau kau tengok tiba-tiba aku rajin update blog.
Tiba-tiba aku rajin taip panjang-panjang lebar without shortform.
Maka, kau perlu faham.
Aku kebosanan.
Boring atau 'langweilig' kalau kau bukak kamus German.
Aku blur tak tau nak buat apa selain keluar masuk dapur.
Selain bukak tutup lappy.

Lets move to the next session.
Tahukah kau?
Kadang-kadang kau rasa kau bagus.
Kau rasa kau pandai.
In fact, kau tak cukup bagus pon.
Nak kategorikan sebagai pandai pon belum tentu.

Kadang-kadang kau rasa kau baik.
Tapi, kau patut sedar there's still too many-many-many things you should improve.
Sebelum kau mengaku diri kau baik.
*tapi kan. orang yang baik pun takkan mengaku diri dia baik. So, kategori apakah orang yang mengaku dia baik dengan yakin dan bangga tu? *

Kadang-kadang kau rasa putus asa.
Masa tu kau baru nak cari DIA.
Masa senang kau selalu leka.
kau selalu lupa DIA.
Kenapa?
Pernah kau tanya diri kau sendiri?

Pergi depan cermin.
Pergi tatap muka kau yang lawa tu.
Yang dah sempurna.
Yang DIA dah bagi tapi kau masih nak merungut.
Merungut macamlah kau tu cacat tak cukup anggota badan.

Lepas tu kau ketuk kepala kau bagi otak centre sikit.
Sambil bersoal jawab dengan diri sendiri.
Cubalah.
Atau kau dah biasa buat?
Good, then.

Oh, manusia memang tamak.
Dah bagi betis nak paha.
Dah bagi ayam goreng made in kedai mamak, demand nak KFC pulak.
*abaikan penyalahgunaan peribahasa ini. harap maklum.*

Oh manusia!
Kenapa kau tamak haloba?
Cuba sesekali.
Kau belajar bersyukur dengan nikmat kurniaan DIA.
Sebab tanpa kau sedar.
TERLAMPAU banyak nikmat DIA yang kau tak pernah hargai.

Dalam pada tu kau terus-menerus buat dosa.
Kau tak mahu ingat DIA.
Kau terus leka dalam dunia ciptaan kau sendiri.

Bila kau dah ditimpa malang.
Bila kau ditimpa ujian.
*Ujian tanda DIA masih sayangkan kau. Insha Allah. ^__^ *
Baru kau terhegeh-hegeh.
Terkial-kial ambil wuduk.
Baru kau terfikir.
Nak merangkak ke tikar sembahyang.
Bersihkan kopiah yang berhabuk.
Cari telekung yang dah berbau hapak.
Lantaran terlalu lama disimpan.
Lalu, kau tak malu untuk meminta-minta pada DIA.

Tapi ingatlah.
DIA Maha Pengampun.
Sebanyak mana pun kau buat dosa. 
Bila kau terhantuk dan kembali waras.
Kau jangan pernah putus asa dari rahmat DIA.
Bila mana Allah timbulkan kesedaran.
Bila DIA dah campakkan hidayah dalam hati kau.
Maka jangan berlengah.
Untuk bertemu DIA Yang Maha Esa.
Menebus dosa yang kau lakukan.


Nota kaki : Entry ini berbaur emosional. 
Normal things to happen tiap kali aku mengalami konflik dengan diri sendiri. 
Nway, just a piece of my mind.
Peringatan untuk kau. Dan diri aku sendiri. 
Thanks for your reading. May HE bless us! ^____^

19 January 2012

Aku Seorang Pembunuh!


Nota : Tulisan ini adalah berdasarkan kisah benar penulis.
Semoga dapat diambil iktibar.


Aku seorang pembunuh.
Ampunkan aku ya Allah!
Maafkan aku ayah!
Ibu, ampunkan anakmu ini.
Kerna aku sudah ternoda.

Angkara dia yang durjana.
Memuaskan nafsu serakah.
Nafsu BINATANG.
Tanpa pernah memikirkan aku yang kesakitan.
Aku yang menanggung.
Pedihya rasa ini.

Walau aku nekad.
Cuba untuk bangkit dan terus berlawan.
Namun aku hanya insan yang lemah.
Yang bernama seorang wanita.
Kudratku tidak sekuat mana.
Dibandingkan engkau.
Apatah lagi, bilanganmu banyak.

Kau durjana!
Kau rakus!
Hentikan kekejaman ini!

Titik-titik darah itu.
Ku sapu.
Ku usap.
Perlahan-lahan.
Ku hilangkan kesan merah pekat itu.
Dengan harapan semua ini akan berakhir.
Dengan harapan di sini titik noktahnya.

Tapi aku silap!
Aku salah!
Tragedi ini berulang.
Saban malam.
Kau terus menerus menghantui hidupku.
"Pergi!"
Jeritku dalam angan dan sedar.

Hanya satu pintaku.
Hanya satu doaku.
Semoga kau kembali.
Ke pangkal jalan.

Tapi benar.
Ibarat pepatah Melayu.
Malang tidak berbau.

Di balik tabir malam.
Sunyi.
Sepi.
Kelam.
Dalam sedar.
Aku mencemarkan tanganku.

Darah itu.
Mengalir deras.  
Aku membunuh engkau.
Maafkan aku!

Nadi kau terhenti.
Aku tersenyum.
Puas.
Sungguh aku puas.
Terima kasih ya Allah.

Yang benar,
Sang Pembunuh.
19 Jan 2012




Lol. Idea spontan.
Tah ape yg aku taip.
Tetibe jadi macam sajak yang tak puitis.
Maaf. Aku dah tinggalkan zaman ayat BM aku yang power2 sejak aku habis SPM.

Aku cuma nak cakap.
Tiap malam nyamuk2 tuh serang aku.
Sampai orang ingatkan aku kena denggi.
Sebab tangan kaki aku penuhhh dengan kesan gigitan nyamuk.
Dan bekas kena gigit tuh sangat gatal ok?
Fed-up gile! hoho. =.=


Dan point utama.
Jangan terlalu mudah judge sesuatu.
Bila kau tak tau pokok pangkal cerita tu.
Jangan menghukum sesuka hati ikut nafsu tak pakai akal.

Macam cerita ni.
Perception kau masa awal2 baca.
Lepas aku explain lain kan?
Hoho. People, be rational ok?

Itu je.
Sori kalau kau terkejut masa baca entry ni.
Bukan niat aku. Lol.
Stay cool.
Adios! ^___^

12 January 2012

Cheritera Mengungut dan Membembel..

Gambar hiasan semata-mata sahaja ye tuan2 dan puan2..

Assalamualaikum~ ^^

Hallo.Wie geht es dir?
(hello, how are you?)
Ehem, patik kat sini sihat2 belaka.
Err..sila abaikan mode merapu hari ni.

Nah, Alhamdulillah.
Hari ni aku masih hidup lagi kat atas muka bumi ni.
DIA bagi nikmat aku untuk bernafas lagi.
Cepat lafaz hamdalah. Tak baik kufur nikmat tau?

Mood aku sangat baik sebab akhirnya! Final exam is over.
Rasa bahagia sebab macam terlepas dari belenggu.
Seolah-olah leher aku baru terlepas dari rantai besi.
Rasa segar macam baru bangun tido sambil senyum lebar2..
Sambil meregangkan otot2 yg lenguh. 

Kemudian~
Kat sini jugak, aku nak ucapkan terima kasih kat salah sorang classmate aku.
Yg sudi jadi driver. Err.. yg tak bergaji.
Heh, yg sudi tumpangkan aku ke exam hall sepanjang exam week.
Dan masa balik jugak.
Secara tak langsung menjimatkan masa aku tak payah nak tunggu bas.
Tak payah nak bersesak2 kat bus stop.
Tak payah aku nak merungut macam2..
Vielen Dank! (tqvm!)

Kau tengok tajuk entry ni pelik?
Macam nak eja 'mengugut', tapi salah.
Actually ejaan yg sebenarnya ialah MERUNGUT.
MENGUNGUT itu ejaan versi baru.
MEMBEMBEL itu pulak ejaan baru untuk MEMBEBEL.
Macam kalau blaja dalam subjek linguistik;
Antara ciri2 bahasa manusia ialah, "produktif dan kreatif."
Aku tengah cuba nak aplikasikan. TADAAA..!!
Inilah hasilnya! (sekali lagi merapu tah hape2.. =.=')

Ade satu benda yg aku tengah nak halau jauh2.
Habit aku yg suka merungut.
Mungkin kau tak nampak aku merungut cakap kuat2 
kat depan kau sambil buat gaya yg sesuai.
Tapi, dalam hati aku ni kau nampak? Hoho..
 Disebabkan aku ni seorang yg pemalu, maka
aku takkan membebel dan merungut depan orang.  :D
Buruk ghupenye tau?? 

Inilah dia bahana exam. 
Hari ni baru nak basuh baju pakai Waschmachine. (washing machine)
Lepas tu baru masukkan seringgit, duit terus stuck. 
Tak boleh masuk.
Aku pun hentak dua tiga kali. 
Tak boleh jugak.
Aku pun membebel sorang2 terkumat kamit depan mesin tuh.
(sila jangan bayangkan)
Lepas tu aku tarik nafas dalam2 sebelum hentak tempat duit tu sepenuh hati.
(sekarang sila bayangkan.. )
Akhirnya berjaya jugak dia berfungsi balik.
Lepas tuh bila aku nak masukkan syiling terakhir, dia buat hal balik.
Maka, aku pun buat sesi ulang tayang babak2 seperti di atas itu tadi.

Then, pegi lunch kat kafe KK3.
masa nak basuh tangan air tak keluar.
Aku sangat3 faham dengan kondisi paip yg satu itu yg dah
tak stabil dah pun kalau kau pegang.
Maka, aku pun.. "PAAAPPP!"
Ketuk kuat2 kepala paip tu dan air paip pun 
mencurah-curah keluar ke ladang gandum.. ^^
Tiba2 masa nak bayar, itu pakcik jaga kaunter cakap kat meja,
"Ketuk paip tuh kuat2 lagi sampai tanggal tercabut semua."
Ohh..kantoi? Lalala~
Hobi aku memang buat vandalisme. XD

Lepas tu, since habis exam aku membusy bodykan diri aku duk copy movie macam2.
Lepas tu sampai satu tahap,
 "Oh tidak! Memory lappy dah penuh! Ottoke? Was muss ich machen?"
Hambik ni BM, Korea, German semua keluar. 
(kata aku sambil menaip dengan muka yg berkerut-kerut..)
Maka aku pun cakap sorang2 depan lappy.
Roomate aku pulak sibuk menggelakkan aku sambil geleng2 kepala 360 darjah. Lol.
Yang aku pun satu tamak sangat kan.. 

Lepas tuh sekarang ni tengah fikir nak kemas bilik.
Masa cuti nanti bilik ni bakal ade orang guna.
Nak suruh clearkan segala. ugh.
Ok, sila jangan merungut atau membebel.
Farhana. Jangan! XD 

Konklusi : Ade cadangan macam mana nak buang sikap aku yg suka 
membebel dalam hati sorang2? Adekah? Adekah atau tidak? haha.
Kalau ade sila share. kalau takde, oh tidak mengapa. ^^

07 January 2012

. . . Heart Broken




Assalamualaikum~

Apa khabar? Sihat? Dah makan? *soalan klise yg teramat membosankan. =.=
Today my health is in super fine condition.
Cuma sakit hati je.
Al-maklumlah orang baru putus chenta.
*kata kawan2 aku : amboooiii..diam2 ubi berisi ye kau ni! dengan sape? dengan sape?
dasar manusia yg gila gosip dan berita panas. =.=

Nope. Let me tell you the truth.
Aku baru je putus cinta dengan subjek Linguistik.
maka aku tengah mengalami broken heart yg tak berapa kronik sangat.
Jadi sila mengerti ye kalau entry ini terlampau banyak repekan.
Nahhh..terbongkar rahsia aku dah putus chenta. Shhh.. :P

Kau pun patut tahu aku tengah busy dengan Final Exam.
Dan pagi tadi paper ketiga. Pengantar Linguistik. Intro to Linguistik.
Aku punye exam straight 3 hari since rabu lepas tau?

Dan aku dah study. 
Aku dah pun study.
Study dah aku.
Tapi.. Linguistic paper dah stabbed aku dari depan, belakang dan setiap penjuru. Lol.
Sakit hati dan kepala otak aku bila ingat balik. T_T
Sepanjang masa menjawab tadi sambil fikir jawapan, sambil dalam hati bermonolog,
"Kenapa soalan macam ni? Why? Why? Why?!!"
Ohh..maaflah. Emosi tak stabil. Menaip ikut perasaan semata-mata. Haha.

Entah kenapa aku memang tak confident langsung.
Dua jam tu sangat singkat bagi aku.
Mungkin sebab aku terlampau lama berfikir sampai tak sempat 
habis jawab soalan yang last.
Kalau bagi aku 1 minit masa tambahan pun jadilah. T__T

Saat2 paling bahagia waktu pengawas peperiksaan announce, "Perhatian kepada semua calon. masa menjawab tinggal 15 minit." 
Masa tu aku duduk last row.
 Automatik tangan aku hentak meja sambil kepala
 ikut terkulai atas kertas2 exam tuh.
Dan tak kurang jugak dengan orang2 kat sekeliling aku yg menunjukkan
 ekspresi muka macam ayam berak kapur. ^^

Maka aku nak sampaikan satu ucapan untuk subjek 'itu'.
Subjek 'itu' yg aku dah tak mampu nak sebut namanya,
kesan dari frustrated yg melampau.
Dengan bahasa rojak and a lil bit of bahasa Inggeris 
aku yg tunggang terbalik.

AMARAN : ANDA DILARANG MEMBACA JIKA ANDA MENGHIDAPI SAKIT JANTUNG DAN LEMAH SEMANGAT. 

Dear 'that' subject,

U were once one of my dearest love before. But not anymore. 
How could you do this to me? Aku jaga kau macam menatang minyak yg penuh. 
Ini balasan kau.! Huh. Dengan ini aku isytiharkan, hari ni kita putus! Nyah jauh2..
Tapi, aku tak lupa untuk ucapkan terima kasih sebab kau dah jadi 
sebahagian dalam hidup aku. Thanks a lot.
I hope we can still be friends.
And maybe someday we can be a good and best friend
because i think we just need more time to know each other better. ^^

Standard tulisan budak darjah 1 je bila baca balik. =.=
Haha. Agak2 boleh tafsir tak maksud tersirat surat pendek ni? (: 
Anyway, aku dah redha. Tawakkal.
Sebab aku dah buat yg termampu.
Aku dah study. 
Tapi benda dah jadi, tak guna kalau aku meraung pun.
Doa banyak2.. Insya Allah semuanya baik2.. ^^

Sekarang, mood untuk study German pulak.
Orang2 kampung, sila doakan sya dapat menjawab dengan jayanya ok?
Tak sabar nak berperang lagi dengan exam.
My German exam would be on 9th and 11th.

And, kawan2 seangkatan yg nak berperang dengan subjek
German, French and Japanese.
Aku doakan korang semoga dipermudahkan time jawab soalan nanti.
Believe in yourself. 
All the best!


Till then. Tata. ^^

-------Man jadda wa jada-------