25 October 2011

Letter of The Year : Ke Hadapan My Future Wife..?



cr pic : https://www.facebook.com/rusydeeartz

 Ke hadapan my future wife,

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err..I...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.


So, wahai my future wife,

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. (note : Errr...is it really suit with me? rasa diri kekurangan something di situ. -__-')


I berharap bila I check facebook you nanti, you tak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.


Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh ke lantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono (ktau). Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan? (note : TAKNAK! ^^)

Lagi pun, you tahu, bukan semua lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi. Tak percaya?
Nanti you cubalah buat survey.. ^^

 
Again, wahai my future wife,

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you.
I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak berharta ni.
Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. (note : yang ni memang takleh blaaa~ lol~)
 

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stoking I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin. (note : ade berbaur ugutan di situ~ :P)


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang terlalu-lau-lalu lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best jugak kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je.. Malam-malam kita baik je. Kan? ^^ (note : perlu ke letak ayat macam nihhh.. -____-')


My future wife ,

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
(note : aiyokk..masak maggi ka, goreng telur ka, tumis-tumis sayur ka, yang gitu-gitu ja reti la. Pengakuan berani mati! :P)

 
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan? (note : sekali lagi ayat berbaur ugutan~)


I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakannya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them. (note : yes, i didn't.. )

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti,
you masak, I makan.
I imam, you makmum.
I baca doa, you 'amin'kan.
You merajuk, I pujuk. 
Perfect, kan? 
So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.? 

Sekian, wassalam.

# taken from Halaqah.net


cr pic: https://www.facebook.com/rusydeeartz


Nota jari jemari nan runcing : 
Dah edit sikit-sikit ayat yang tak cover-cover tuhh..
Tak boleh tahan.
Tersenyum kot time bace this letter.
Ada la terkena batang hidung barang satu dua point.. Errr..anda pulak..? ^__^
  

13 October 2011

Dahi Cecah ke Sejadah..



Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan





Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih



Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah



Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian



Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat




Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat


Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia


Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan


Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...





Note : i've been searching this poem everywhere as i listened it at IKIM.fm once upon a time.. ^^

...May Allah bless you...



Liebe;
Ana Farha
15 Zulkaedah 1432H


09 October 2011

Photos' Story Telling #2





Respect your beloved mom and dad since they are still in front of you! :)



“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia. 









“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” 
(Surah al-Isra': 23-24)


Nota-kaki-tangan-dan-bukulali  :
I love both of them even i never expressed it.   
Juga, saya sayang mak saya even dia dah tak ada..
Awak pulak macam mana ?
Show your love now before it's too late! ^__^    


21 August 2011

Bingkisan Ramadhan

Taken from somewhere. Untuk bacaan menjelang akhirnya Ramadan al-mubarak~




kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita
datangnya seperti selalu
dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya

Namun perhatikanlah umatku....
datangnya awal Ramadhan
ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal
ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal
resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv
lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang
bersama Ramadhan
bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat?
tapi mengapa otakmu ligat berfikir ttg baju
raya,kuih raya dan beraya?

perhatikanlah umatku itu...
dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun
dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain
namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain?
mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?

perhatikanlah umatku itu...
Dia tak pernah lupa untuk berpuasa
dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus
tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja
seperti kata Nabiku dulu
sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu
virus mengumpat,dengki,bohong,r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya
puasanya sia-sia disisi Yang Esa..

Ramadhan datang
umatku tahu dimana Syaitan Iblis diwaktu itu patutnya terasa mudah
senang dan ringan beribadat
kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu
tapi mengapa masih seperti biasa?
Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat....
mengapa?

perhatikanlah umatku itu...
gembira dia bila datangnya Ramadhan
seronok dia berpuasa..
rupanya Ramadhan adalah pesta makanan
baginya
dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan
membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti
seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn
sekali berbuka
rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah
banyak jualan murah
potongan harga disana,potongan disini..
dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya..
setahun sekali katanya..apa salahnya?
tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?


lihatlah umatku itu....
berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh
seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan
kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza
ada yang buat 8 ada yang buat 20...
namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu?
di manakah mereka semasa rukuk,sujud..
didalam tarawikh itu atau luar sana?
adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ?
tepuk dada,tanya iman...

lihatlah umatku itu....
Bila Ramadhan bertamu
bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu
solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid
hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja,
menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan
tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan?
Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali...
dimanakah kesan latihan diBulan Mulia itu?

lihat umatku itu....
Ramadhan ialah bulan yg Mulia dan dijanjikan banyak pahala..
katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran
azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan
setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu'
tapi.... bila berlalu Ramadhan..
al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan.
al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang
untuk Ramadhan sajakah al-Quran?
untuk kematian saja kah al-Quran?

lihat umatku itu
semakin hampir Ramadhan kepada Syawal,
semakin sedikit masa Ramadhan yg ada dengan mereka
semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal
Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak
lupakah umatku itu dimana Nabiku dan
sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan?
tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini?
cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga
malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?



Note : For those who just get a 'wake up call', you know what? It's better late than never. (:

19 August 2011

Ramadan Oh Ramadan!

 


Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.
Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca al-Quran.
Kalau malas buka al-Quran, boleh baca ayat al-Quran yang telah dihafal.
Kalau malas baca al-Quran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..
Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut.. la ila ha illallah.. la ila ha illallah.. la ila ha illallah..
Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. la ila ha illallah.. la ila ha illallah.. la ila ha illallah..
Kalau malas zikir panjang dalam hati.. la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. ALLAH, ALLAH, ALLAH ..
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal..
Note : bulan puasa taun ni la eden banyak sangat lagha. Astaghfirullah~ Ramadan dah nak habis. Marilah rebut berbuat amal kebajikan selagi peluang masih terbentang luas. InsyaAllah..

Seram Ke?

Assalamualaikum~






Yada~ yada~ usai bersahur pukul 4 lebih tadi terus menghadap lappy. Lagha betullah! Nway, just wanna inform you that right now, while typing this entry; i'm sitting on the bed and covering my whole head with blanket coz it is soooo cold.  *not my whole head..if not, how i'm gonna typing maaa...* Grrr..i want to throw that aircond into the sea. Can i??


Heyya.. I'm having a short vacation at Cherating, Pahang. Yes, right now. What? Errr...during this fasting month, what are you doing there, dude? Okay..i'll tell you later. Another entry. Nanti tak best la sebab belum habis lagi vacation. (:


Aku nak cerita pasal itu hari masa nak balik dari office with my sister. Hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum. Dengan guruh and kilat yg boleh menyerang jantung pemilik heart attack sebab shocked sangat kalau dengar. Selama ni aku relax je kan even gelap macam mana sekali pun. Hari yg sudah-sudah-sudah masa tu, elok je aku duduk sorang2 kat office at level 3 tuh time hujan yg terrrrrr-sangat lebat. Gelap gelita and aku tak switch on pun lampu. Tapi, keberanian aku mula tergugat woooo... Kenapa?








Inilah..masa da sampai bawah nak tutup pintu,kitorang terserempak dengan sorang woman non-muslim yg aku tak pasti berbangsa apa. nak kata chinese, bukan~ Dia ni la yg tuan punya ruang sewa kat level 2. Then, akak aku dengan dia sempat berbual sekejap. Merapu dalam english, aku translate je lah ye. Den tak larat nak menaip dalam english.. (:


W- that non-muslim woman.
S- my sister


W : hey, itu yg kat level 3 tu you punya tempat kan?


S: Yaa...kenapa?


W : Aaahhh.. Hari tu saya stay kat sini. Waktu malam tu saya dengar banyak bunyi bising kat atas. You buat apa? Malam2 ada orang kat atas?


S : Malam? Mana ada orang. Kitorang balik time petang. Eh, you tidur kat sini ke?


W : Yup..ada dua malam hari tu saya tidur sini.


S : Kuat sangat ke bunyi2 bising tu?


W : Emmm...mula2 tu saya dengar bunyi pintu (banged of the door) macam ditolak dengan kuat. Tak lama lepas tu, bunyi benda jatuh. And banyak la bunyi bising.


S : Pintu dengan tingkap semua dah bertutup. Pelik je~ You buat saya takut la. Ughhh..


W : Ehhh...you tak payah nak takut. Sebab sebelum ni saya dah pernah experienced benda macam ni kat sebelah rumah saya. Then, saya panggil orang suruh bersihkan.. *sambil tersenyum and relax*


S : Ohh..okay. Erm.. you buat apa ye kat bilik you tu?


W : Ohh..saya bukak kelas mengajar music. Sebelum ni saya duduk kat PJ. Ada sekolah music, but then saya jual and pindah ke sini. Sebab, saya rimas la kat tempat dulu suasana bising dan sibuk sepanjang masa.


----ada lagi beberapa scene perbualan tapi tak dapat dipublish kat sini------


Then, my sister dah buat muka cuak dia. Kalau dia cuak aku lagi la cuak. Uhuh. Dah la hujan lebat. Memang betul2 bagi effect keseraman la wei~ Pastu, kitorang blah dari situ sebab ada hal.


But then, terpaksa datang balik sebab akak aku tak switch off dia punye computer. Yg sebenarnya dia nak sambung buat kerja, sebab tu dia biar je. Tapi disebabkan ada cerita bukan2, dia paksa aku teman dia naik balik level 3 untuk tutup pc~ My sis cakap, "Eh, kau bukan selalu berani ke? Kat rumah pun tidur kat bilik belakang. Kan?" Hello,dengki la dia ni~ Aku ni manusia biasa. kalau langsung takde perasaan takut, tak ke pelik~


Otw nak turun lepas settle amik barang, lalu depan level 2. Akak aku sempat menghidu bau yg tak menyenangkan.


S : Na, ko bau tak??


Me : Bau ape?


S : Ada bau macam bakar2 colok. Yg orang non-muslim buat sembah2 tu~


Me : *sambil cepat2 nak turun* A'ah la kot..


S : Patut pun hantu datang. Dia yg panggil. Memanglah....


Me : *amboi mulut dia, tak reti cover ke~* =_='


S : Entah2 perasaan dia je kot. Bulan2 puasa mana ada setan..


Me : No comment. Wallahu a'lam bissowab~ (:




Note : Abaikan je 'benda2' yg pelik2 tu. Dia pun makhluk Allah. Tapi, eheh. Dah tersentap jugak nih. Nasib baik keje tinggal berapa hari je kan. Lepas raya aku da tak keje sini. Chow masuk uni. Babai akak! Keje la ekau sorang2 kat level 3! (:

02 August 2011

Just go, there is nothing wrong with this marriage..



Assalamualaikum w.b.k.t.

Just wanna share a story. (:

There was this beautiful woman, who wanted to get married, but she wanted a very pious husband, so she said that she’ll marry the man who recites the whole Quran every single day, fasts for the whole year and stays awake and worships Allah all throughout the night.

She was a very beautiful woman, and a lot of suitors wanted to marry her, but they knew they couldn’t fulfil the conditions she set. Until this one man stepped forward and said he could fulfil them. So the Imam got both of them married.

After the first night of the marriage, the wife sees that the husband doesn’t recite the whole of the Quran, nor does he fast, nor does he stay awake in the worship of Allah, she decided to let it roll on for a few weeks to see if there were any changes, there weren’t, so she filed a complaint and asked for a divorce.

They are both taken in front of the judge, and the judge asked, ‘What were the conditions of the marriage?’ the man replied ‘They were for me to recite the whole Quran daily, keep fast for the whole year and to worship Allah all throughout the night.’

The Judge asked, ‘ did you fulfil them? The man calmly answered, ‘…yes.’

The judge answers, ‘you lie, your wife has said that you don’t, that’s why she’s asking for a divorce’.

But the man insisted that he had fulfilled the conditions, so the judge asked, ‘did you recite the full Quran everyday?’ The man answered yes. The Judge, baffled asked, ‘how? How can you do that?’ The man coolly answered, ‘I recite Surah Ikhlas three times a day and according to Prophet Muhammad (saw), reciting Surah Ikhlas three times is equivalent to reciting the whole Quran.’ The Judge was intrigued, so he asked, ‘how did you fast the whole year?’ The man answered, ‘ I fasted for the whole month of Ramadan, then kept another six fasts in the month of Shawwal, according to Prophet Muhammad (saw), keeping all of the fast of Ramadan then keeping six fasts in the month of Shawwal, is as if you have fasted for the whole year.’

The Judge remained silent, he couldn’t give a reply saying the man was wrong, so finally he asked, ‘ how did you stay awake all night and worship Allah, when your wife saw you sleeping?’ The Judge thought the man wouldn’t be able to answer this one, but the man, cool as a cucumber answered, ‘I prayed Salatul Isha with jamaat, then the next day prayed Salatul Fajr with jamaat, according to Prophet Muhammad (saw), the one who prays Salatul Isha and Salatul Fajr with jamaat, it is as if he had stayed up all night worshipping Allah.’

The Judge sat there looking at the man; the final verdict was about to be released…

He said to the man and his wife, ‘…go, just go, there is nothing wrong with this marriage’…



Basically this story tell us that reading suratul ikhlas three times will give us the reward of reciting full al-Quran. Fasting for the whole month of Ramadan and kept another six fasts in the month of Syawal; it is as if you have fasted for the whole year. Lastly, when we pray  salatul Isya' with jamaat, then the next day pray salatul Fajr with jamaat (solat isya' dan diikuti solat subuh pada paginya) ; it is as if we had stayed up all night worshipping Allah.

Note : Islam is not a way of life that is complex or difficult.  And, it is the wisdom of Allah that the greater the importance He has attached to any act, the easier it is for everyone to accomplish it.



:: Spread the love of Islam ::


Regards;
Ana Farha

17 July 2011

My Extravaganza UPU's Result

Assalamualaikum.







Berakhirnya satu lagi debaran yg tak sudah2. Alhamdulillah. I'm going to pursue my study masa raya Aidilfitri nanti. Siapa lagi yg join aku masuk U bulan 9? T_T

Aku nak cerita. Tentang dua hari lepas, hari Jumaat. Duduk kat office kak aku sorang2. Dalam kegelapan sebab malas nak pasang lampu. Hujan lebat di luar. Kilat sabung menyabung. Ditambah dengan kesejukan kipas yg berpusing laju. Jam dah menunjukkan jam 12.00 tengahari. Nervous kian memuncak!

Nak check result upu online. Dah taip dah no I/C. Sejuk2 camtu la terlupa no matrik.. Menaip macam orang tak pernah jumpa keyboard pulak tu. Terkial-kial. Nak pegang mouse pun tangan dah menggigil-gigil. Macam nak tercabut jantung sebab takut to the power of infinity. I just wonder what's the result.


Dah tekan button send. Tutup mata sebab tak sanggup nak tengok. Bila bukak mata, skrin komputer putih je. Alahaiiii....tak dapat nak masuk pulak. 3-4 kali jugak. Then, last2 baca Bismillah banyak2 and try lagi. Tak sempat nak pejam mata result dah terpampang kat skrin. Then aku check kat the specific university. Result nye tetap sama. Ini dia.



Nak lagi clear sila klik image..


Perasaan bercampur-baur. Aku harapkan dapat course yg aku apply kat UPM.. Ada rasa sedih. Memang aku ada apply ni. Tapi aku cuma just nak cuba nasib org kata sebab pointer aku kat matrix tak ok sangat..


Tapi, frankly speaking, after that interview, aku rasa tak nak ambik course tu.
I don't expect to get this, you know? Kufur nikmat? Syukurlah wei. Say Alhamdulillah~

Tak minat-----mohon------dapat interview----pergi sebab nak cuba nasib-----the chance to succeed is not so 50-50------i get that offer to pursue my studies.


Btw, aku tak rancang lagi apa aku nak buat lepas ni. Just pray that everyhing akan berjalan dengan baik dan lancar. Tak ramai yg tahu aku dapat UM taking Bahasa German.

Wow, budak Science melompat ke bidang bahasa. It's not so weird these days. Afterall, we can't predict our future. HE arranged everything smoothly. In a way that you don't even know. So, be grateful on what you get ya.

Ini pulak kes kawan aku kena prank. Kesian dia. Hihi..





Sementara itu,kekecohan melanda di fb. Masing2 buat status pasal upu result. Message kat bawah berderet-deret. Masing2 menegur aku. Wow, dalam sejarah. Ramai betul. Dah tutup satu, muncul lagi lagi satu. Last2 aku pun offline kan kat chat to be invisible from people. Dapat result exam pun tak se'havoc ni kan?

Timbul jugak kerisauan, tak banyak peluang kerja yg boleh di apply.
"Selain translator, lecturer atau cikgu, apa dia yg lain?"
Kata kawan yg bijak pandai, " Kau kerja kat negara diorang je lah. Tak pun kau jadi cikgu tuisyen ajar bahasa tu anak aku esok2 nanti.."
Amboi....macam2 diorang ni.

Dalam pada tu, ada yg dapat course yg diorang mintak. Ada yg dapat course 'lelong'..Tak kurang juga yg gagal menempatkan diri dalam mana2 IPTA. So, kena buat rayuan. My advice, jangan give up. Rezeki Allah ada kat mana2. Yg penting usaha dan ikhtiar. Doa banyak2.

HE knows what's the best for you guys. Aku doakan korang semua; semoga berjaya selalu. All the best!


Sekian, wassalam.


Mood : Tengah pening kepala. T__T. Jom komen. Bagi cuci sikit otak aku nih.

11 July 2011

A Thought For Today #1

"Jangan bangga menayangkan gambar kamu dan pasangan berpegangan dan bersentuhan antara satu sama lain tanpa ikatan yang sah kerana setiap mata yang memandangnya akan menjadi saksi pendakwaan dosa kamu di akhirat.. Tak takutkah tangan dibakar api sehingga menyebabkan tubuhmu hancur sama sekali?"
 
Regards; 
Ana Farha 

03 July 2011

Banana's Secret!

Assalamualaikum.












Let us talk about banana today.. Erm..what do you know about banana? Tell me. Tell me.. Alright, since people said 'sharing is caring', let me share to you about what I've read recently.  


Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.


Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas."




Khasiat


Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi. Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.


Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.


Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.


Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.


Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.


Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.




Ini petikan yg diambil dan di edit daripada Kosmo! Online. Aku terbaca hari tu masa nak update buletin.. So, hari ni baru aku dapat cari balik and share la kat dalam blog ni.


Banyak sangat kebaikan dan khasiat makan pisang bagi yg tak tau. Lagipun ada orang yg memang tak suka makan pisang langsung. Anda pernah dengar tak, 'mencegah lebih baik daripada merawat'? Lebih kurang analogi makan pisang la juga. Disebabkan banyak khasiat dia, kita makan. Secara tak langsung, dapat juga la nak atasi beberapa masalah kesihatan walau tak banyak mana. Kan??


Dear readers, tak rugi pun sebarkan something yg bawa kebaikan untuk kita. So, jangan segan silu untuk sebarkan pisang, ok! Aiseyh, maaf. Bukan sebarkan pisang, tapi sebarkan khasiat pisang.  ^__^




Note : Lepas ni 24 jam makan pisang. Hidup pisang! Err..jangan2. Mau pengsan nanti... Berpada-pada sikit makan tu.  >__<

29 June 2011

Wordless Wednesday # 1

My first wordless wednesday. What is it? On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

 




Wordless;
Ana Farha..

27 June 2011

Photos' Story Telling : Part 1

Assalamualaikum..
I don't want to write and babble too much in this entry. This is new segment in this blog;
"Photos' Story Telling" . Maybe you have get used to see all sort of these photos.
Especially, i just 'take away' these photos from google. But then, do you usually love to 'look', 'see' or 'watch'? These three words have different meanings respectively.
look:

-to glance or gaze in a manner specified: to look questioningly at a person.
-to use one's sight or vision in seeking, searching, examining, watching, etc.: to look through the papers.
see:
to perceive with the eyes; look at. 
- to view; visit or attend as a spectator: to see a play.
watch:

- to be alertly on the lookout, look attentively, or observe, as to see what comes, is done, or happens:
- to watch while an experiment is performed.
(more definition at: http://dictionary.reference.com/)
Part 1 : Spring Season
Love to watch and feel the spring season? So do I.. ^_____^
But then, did you just looked at those thing and said, "Wow! Amazing! Such a beautiful!"
Or, have you ever said even just in your heart and your conscious mind, 
"Subhanallah..this is beautiful." But the creator of these things is MUCH MORE BEAUTIFUL. 
 








 
 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]
Note: You look, you see, you watch, you feel, you think!