26 January 2014

Jual Ikan


cc: google

Ahem. Serius.
Memang ada ke manusia lain yang seangkatan macam aku.
Idea aku.
Most of the time --- banyak mencurah-curah.
Tapi. Heh. Tiba masa nak menulis terus blur ---- blank.
Lesap hilang cenggitu je idea yang mencanak banyak tadi.

Okay.
Jual ikan.
Ataupun dalam bahasa canggihnya selfish.

Aku bukan nak cakap orang.
Aku tuding jari kat diri aku sendiri.
Sebab aku rasa aku selalu pentingkan diri sendiri.
Dalam waktu yang aku tak sedar.

Sebagai contoh.
Aku call family aku.
"Abang, bank in duit 4k boleh? Desperately nak guna untuk flight ticket. Nanti-nanti kalau aku dah ada duit adik ganti balik."
Walaupun tujuan aku mintak duit itu baik.
Means bukan aku nak guna untuk tujuan yang bukan-bukan, aku tetap rasa aku pentingkan diri.

Kenapa baru sekarang aku sedar, kot time aku mintak duit tu abang and akak aku tengah sibuk fikir duit nak bayar hutang bank.
Atau.
Kenapa aku tak fikir, mungkin time tu diorang ada kegunaan lain.
Belanja rumah, sekolah anak-anak.
Atau.
Tetibe anak-beranak jatuh sakit and nak pakai duit.
Atau.
Other possibilities yang aku tak pernah terfikir.

And aku.
In this situation;
tau-tau yang tak pernah call nak tanya khabar.
Tiba-tiba call mintak duit bebanyak sedebuk.
Baru sekarang aku fikir.

Betul.
Memang aku tak sangkal.
"Duit boleh dicari."
Tapi bila fikirkan balik, aku rasa aku kejam.
Sebab pentingkan diri sendiri berbanding orang lain.

Aku tak sedar.
Entah.
Memang keperluan dan kemahuan diri kita sendiri tu nak taknak kena dipenuhi tanpa fikirkan orang lain ke?

Kenapa?

Apa kata.
Bukan apa kata.
Let us begin.
Mulai hari ni.
Cuba.
Fikirkan hati dan perasaan orang lain yang kau sayang.
Bila melibatkan diri kau.

Sebab.
Jangan harap orang lain nak jaga hati dan perasaan kau.
Bilamana kau tak reti nak jaga hati dan perasaan orang lain.
What you give you will get back.
Kan?

Heh.
Till then.
Fana's rant.
Yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu adalah kelemahan aku sendiri.
:)

02 January 2014

Anthem


Novel Anthem written by Hlovate
Assalamualaikum.

err. hai.
curi masa study kejap.
korang dah baca novel Anthem?
kalau belum, mohon baca.
one of the best novel yang aku rasa best.
written by Hlovate.
kalau nak ikutkan semua novel dia best.
tapi yang this one the latest.
please baca :)

Anthem.
macam biasa-biasa je kan tajuk dia?
but.. believe me - best.
best yang bukan kosong punya.
bukannya yang sekadar kau cakap, "ahhhhh bestnye!"
tapi bila aku suruh kau cerita apa benda yang best sangat, kau diam.
best yang kosong - takde makna.

for me, Anthem ni best yang ada makna.
SYAHADAH.


“if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. don't curse those who calling you ignorant and stupid. find ways to prove them wrong. that, is satisfaction. much more satisfying than cursing them all the way to hell and back” 
― HlovateAnthem



“Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Jangan pernah 'judge' masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita.

Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor.

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu.

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung.

Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik 'je' sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. Minta dengan doa.” 
― HlovateAnthem



“Apabila buku tu cakap tentang kita meletak label dan stereotaip ke atas bab agama. 
Yang membuatkan orang bukan Muslim itu sendiri jauh daripada Islam. 
Bukan yang bukan Islam aje, yang Islam tapi tak berapa nak faham Islam pun terasa nak jauh daripada Islam. 
Sebab bab label-melabel dan stereotaip tu la. 
Dan ironi apabila kadang-kadang penyebab tu adalah yg namanya Muslim yang faham Islam itu sndiri.” 
― HlovateAnthem



“yes, life is a beautiful journey
no one knows what the future will be
death will befall us one day
the soul will depart one day
why worry about such things
who knows what the future will be” 

― HlovateAnthem



We are defined by what we believe in. Identity is shaped by what we believe is right. Culture is cultured, pun intended; by what we believe is right.'

Kita diertikan dengan apa yang kita percaya sebagai benda betul. Dan budaya serta nilai itu sendiri, memang dibentuk dengan benda yang sama juga, apa yang kita percaya sebagai benda yang betul baik. Cuma yang membezakan antara manusia tu ialah apa yang difahami sebagai benda yang betul dan benda yang baik.

Contoh, 'Westerners' percaya minum wain merah baik untuk kesihatan jantung. Tapi kalau untuk orang Islam, sah la benda tu haram.

Contoh lain, 'Englishmen are all about tea, and Americans are all about coffee.” 
― HlovateAnthem



No judging on one's past
because it might be YOUR future

Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future.


[Anthem] 


btw, esok my first paper for my 5th sem ; final exam.
doakan aku mudah menjawab.
Rabbi yassir wala tu'assir.
Ameen.
kepada yang tengah final exam, semoga Allah permudahkan urusan korang.
study, study jugak. 
solat jangan tinggal.
:)

01 January 2014

2014



sudah terang lagi bersuluh. 
orang kita ni lagi terkinja-kinja.
lagi suka nak sambut tahun baru 2014.
rather than sambut tahun baru Maal Hijrah.

dan aku juga.
dulu.
tak terkecuali.

tahun berganti. angka umur bertambah taubat tak lagi bila nak berubah?

2014.
sekadar angka.
yang cantik.
untuk kau berazam itu ini.

hakikatnya, setiap hari pun boleh berazam.
berazam untuk jadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik.
azam.
dan buat.
bukan sekadar azam.
hangat-hangat tahi ayam.


"Apa bezanya tahun 2013 dengan 2014 jika solat subuh masih kau langgar?" - Mono Poji, 2014


usia kita atas muka bumi semakin pendek.
tapi~ 
amal kita bertambah atau tak?

semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.
semoga Allah menerima taubat kita.
semoga Allah menerima segala amal ibadat kita.
semoga Allah sentiasa memberi hidayah, petunjuk dan bimbinganNya dalam kehidupan kita.
Insha Allah. 
Ameen.

Alhamdulillah atas segala nikmat dan limpah kurniaNya.

Allah masih panjangkan usia kita hingga ke hari ini.
peluang ini.
jangan siakan.
selagi nyawa dikandung badan.
menyesal sekarang.
jangan menyesal di hari kemudian.
"di sana" nanti.

:)