21 June 2011

Kembalinya ke Rahmatullah...

                                  



Assalamualaikum.


Entry ini terbiar dalam draft walaupun dah siap tulis. Berita ini aku terima dalam pukul 1 lebih waktu tengahari tanggal 19 Jun yg lalu. Saat ramai yg sibuk meraikan Hari Bapa di luar sana. Nenekku yg tinggal satu-satunya sudah pun kembali ke rahmatullah. Meninggalkan kami semua setelah kira2 4 bulan terlantar sakit.


Kali terakhir aku bertemunya pada cuti tahun baru cina pada bulan Februari lalu sewaktu hadir ke majlis persandingan sepupuku. Masih lagi arwah mampu berjalan walaupun dia ada mengadu tentang sakit kakinya.
Ya, aku sudah maklum keadaan itu memandangkan usianya yg sudah lanjut. Padahal sebelum itu arwah sangat cergas dan ligat berjalan ke sana ke mari melakukan tugas2 rutin seperti menyapu halaman dan sebagainya.


Kemudian, aku hanya dikhabarkan bahawa arwah sakit. Sakit yg bagaimana aku sendiri tidak pasti.Dan aku pulang ke kampung usai seminggu aku di rumah setelah habis pengajian Matrikulasi. Pada bulan May.


DAN AKU TIDAK KENAL PADA WANITA TUA ITU! Aku terkejut melihat fizikalnya yg sangat kurus. Melihat wajahnya yg sangat cengkung. Kasihan. Terlantar kaku di atas tilam. Makanannya hanya susu yg diberi melalui tube. Matanya kadang2 terbuka, Namun sudah langsung tidak mampu berbicara.
Masya 'Allah.. Berbeza sekali dengan keadaannya sebelum itu..


Beberapa hari kemudian arwah dimasukkan ke Hospital Batu Pahat. Sanak saudara datang mengunjungi arwah silih berganti. Aku hanya sempat melawatnya sekali sahaja di hospital. Dan, menurut doktor yg merawat, paru-parunya sudah terkena jangkitan.


Keadaannya agak kritikal menurut pandanganku lantaran lewat dibawa ke hospital. Kemudian, beberapa ketika kemudian arwah dibawa pulang semula dan dijaga oleh anak menantunya. Dan semalam, aku dikejutkan dengan khabar pemergiannya.
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un~


Aku teringat pinta arwah nenek suatu waktu itu ; agar aku sentiasa mendoakan kesihatannya tiap kali usai solat. supaya sihat walafiat selalu memandangkan kesihatannya yg semakin merosot.


Kini, arwah nenek pergi jua setelah arwah suaminya menemui Yg Maha Pencipta terlebih dahulu pada tahun 2007. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah..




"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?"      
                                                                  (Al Baqarah 28)



Note: Bila pula agaknya giliran kita 'bertemu' DIA?  

6 comments:

  1. takziah lg skli.. ak dgr pn drpd ayah ko, mmg t'kjut hbis la. sdih pn ye gak. yela, arwah mmg baik kot wlupn ak xknl sgt. ak tau rse khilangn atuk n nenek cm ne cz ak dh lme khilangn mreka + x prnh rse b'atuk n nnek.. T_T

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Tabah ye..

    ReplyDelete
  3. @hasibah : ye, memang dia baik. and dia nenek yg aku kenal satu2nya. kalau dulu, dia selalu cakap kat aku dia sedih bila anak dia, arwah mak pergi dulu sebelum dia. takpe, doakan untuk semuanya ok?

    ReplyDelete
  4. @alin marlini : ameen ya rabbal 'alamin..

    ReplyDelete
  5. takziah.. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang mendapat Rahmat Allah.

    ReplyDelete
  6. @asada ryutaro : insya'Allah..

    ReplyDelete