08 May 2017

Ujian Bertulis Penolong Pendaftar UiTM (N41)

Assalamualaikum.

dalam dewan time exam

Lama sangat tak bukak blog. Kali ni aku bukak blog sebab niat satu je. Nak tulis entry ni dan share pengalaman ambik exam. Aku harap sedikit sebanyak dapat la jugak membantu korang. Anyway, fyi kalau kat universiti je jawatan ni dikenali sebagai Penolong Pendaftar, tapi kalau kat tempat lain dikenali sebagai Pegawai Tadbir. Sama je la dua-dua ni setaraf jugak N41.

Aku dapat tahu kena ambik ujian ni seminggu yang lepas. Dapat sms from UiTM pastu diorang bagi sekali link untuk check status permohonan. Lepas dah bukak link tu jangan lupa print sekali surat kebenaran ujian bertulis. Kat surat tu dia dah tulis date and venue exam korang kat UiTM mana. Surat ni kena bawak time ujian, sekali dengan IC. Kalau takde, korang kena halau tak boleh ambik exam. Hiks.

Okay, aku saja la nak share. Aku punya la gigih menggoogle pasal ujian bertulis penolong pendaftar within seminggu sebelum ujian. Tapi tak banyak maklumat yang membantu. Aku macam " Weh, serious la nak study apa ni weh?"

Based on tahun-tahun yang sudah, ada yang kata soalannya esei je. In English and Malay. Lagi sorang bagitau, keluar objectif questions and essays form - formal letter inviting guest, proposal, etc. Skop soalan objektif katanya banyak pasal kerja kerajaan. So aku pun study la mana yang patut.

Aku punya ujian dapat kat UiTM Shah Alam. First time sampai sana. Gah bebebo Dewan Agung Tuanku Canselor korang ye nak dibandingkan dengan UM. Aku punya ujian start pukul 9 pagi. Aku duduk Johor ye anak-anak. Akak abang aku insist nak hantar aku so aku pun okay je la kan. Pukul 3.30 pagi dah gerak. In case sesat ada masa extra kan. Hehe.

Okay dipendekkan cerita, lagi setengah jam sebelum exam start korang boleh la ready kat depan pintu masuk tu. Check nama korang ada ke tidak kat list. Nama aku jatuh kat giliran 362 sebab dia susun ikut abjad. Nama aku start huruf F. Bawah nama aku ada beratus lagi nama okay.

Bagi yang first time nak ambik exam ni aku pesan awal-awal korang jangan terkejut eh. Memang akan ramai gila manusia yg ambik exam tu. Bukan puluh-puluh tapi beratus-ratus orang. Dari muka budak-budak umur 20-an sampai golongan bekerja umur 40-an semua ada. Bayangkan berapa ramai orang kau kena compete untuk dapatkan jawatan tu. Aku pulak tetiba rasa nak give up. Haha.

Andddd masa yang ditunggu telah tiba. Sadis betul korang nak tau. Esei apa semua tu tak keluar pun. Aku expect ada la keluar soalan esei sebab aku lebih konfiden part tu. Tapi nak buat cemana soalan ebjektif semua. 80 soalan kena jawab dalam 1 jam. Jangan lupa bawak pensel kayu 2B dengan pemadam. Aku nak pesan jugak, korang tak payah berangan nak bawak dadu. Masa tak cukup okay even nak baling dadu. Haha.

Soalan exam ni dia punya skop meluas. Sikit lagi la nak jadi macam soalan exam PTD tahun lepas part sejarah tu. Eh part Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, kandungan perlembagaan dengan kabinet apa semua tu aku harap korang tak kantoi. Kalau rasa macam ni kira pengetahuan yg wajib kot sebab aku rasa ada dalam belasan soalan jugak. Part Suruhanjaya Cobbolt, Reid tu aku tak baca pun.....sekali keluar. Apa lagi, aku main agak je la.

Part yang aku geram, sebab keluar pasal soalan UiTM banyak gilaaa. Dekat 20 soalan dan aku tak boleh jawab la for sure! Sebab aku tak study. Huhu. Aku baca la sikit-sikit tapi sekali lalu je and tak secara detail. Sebabnya aku tengok based on pengalaman yang orang share tahun lepas, diorang cakap korang just kena baca UiTM punya maklumat in details untuk interview, bukan exam bertulis. Jadinya, bila keluar soalan bilangan fakulti UiTM, bilangan UiTM, tarikh pecah tanah semua tu memang aku tak tau la. Sadis tak?

Aku malas nak taip banyak-banyak lagi sebab jari aku gemok banyak lemak. Harap maklum. Secara ringkasnya time aku punya exam, keluar soalan berkaitan penjawat awam (pelantikan, kenaikan gaji, etc). Aku fokus baca part ni je. Tapi tak banyak sangat soalan yang keluar pasal penjawat awam makanya aku sedikit kecewaaaa. Cuti penjawat awam, elaun, apa semua tu korang baca je la sebab keluar jugak. Bab kenaikan gaji aku tak paham sangat dan aku tak baca sangat pun. Luckily tak keluar.

Lagi...jangan lupa bawak kalkulator. Ada soalan pasal probability, dividen, apa tah lagi tak ingat. Aku tak bawak, so aku terkial-kial conteng kertas soalan dengan masa yang sangat suntuk. Pengawas exam tak bagi conteng kertas soalan tu sebab kena pulang balik tapi peduli apa aku. Dah tu takkan aku nak kira conteng kat meja kan? Dah jadi vandalisme pulak nanti. Ada jugak soalan basic akaun.

Kesimpulannya, aku rasa aku tak pass untuk ke next level - interview. Sebab banyak soalan yang aku tak tau jawapan tu satu, belum kira soalan yang confuse jawapan dia. Soalan dia meluas gila skop merangkumi pengetahuan am (korang kena rajin baca isu semasa), sejarah Malaysia, maths, accounting, dasar NKRA, maklumat berkaitan dengan kerja kerajaan, etc. Oh ye lagi satu baca la pasal UiTM tu. Kalau boleh hafal sekali lagu dia. Mana la tau nanti korang boleh acah-acah "saya kunci lirik lagu UiTM" dalam exam hall kan? Okay hambar.

Anyway, aku tak menyesal pun even tak pass to next level. At least aku tau la rupa soalan dia cemana kan. Cuma soalan ke-80 tu memang aku akan ingat sampai bila-bila. Sebab soalannya berbunyi lebih kurang cenggini, kat UiTM setiap hari khamis kena pakai baju batik. Tapi dalam bebanyak UiTM tu ada satu UiTM tak pakai baju batik hari khamis, dia tanya la hari apa. Sampai ke soalan yang last pun masih nak krik-krik kan aku. Bertabahlah.

Esok-esok kalau ada ujian cenggini lagi, aku berazam nak study dengan lebih kuat lagi. Hihi. Jangan stress sangat, usaha la mana yang mampu. Selebihnya, serahkan pada Allah. Sekuat mana pun korang usaha, kalau dah tertulis bukan rezeki korang, kena terima seadanya. InshaAllah ada la tu nanti yang lain. Yang penting kena usaha dan doa. Akhir kata, good luck untuk korang yang akan ambik ujian bertulis penolong pendaftar!

Yang gigih menaip,
Cik Farhana

38 comments:

  1. Hi Farhana, I went to that exam as well. Do you manage to go to next stage?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Fatamorgana. Unfortunately....not. What about you? Do you go to the next level? :)

      Delete
  2. Thank Farhana...
    Semoga perkongsian ni dapat bantu saya serba sedikit tentang exam ni... doakan saya semoga dapat pass exam ni dan exam seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Ct Zue. Semoga bermanfaat perkongsian saya ni. All the best!

      Delete
  3. Thanks farhana. May god bless u and may allah ease everything. Very good info. Thanks a lot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen terima kasih atas doanya.Semoga berjaya ye :)

      Delete
  4. Thanks farhana. May god bless u and may allah ease everything. Very good info. Thanks a lot.

    ReplyDelete
  5. thankyou. my exam this sunday..tp baru teragak nak search pasal ni today (thursday, 13Jul) So hopefully smpt la study..balik keje pun malam...semoga tk ngntok la in the next 3days

    ReplyDelete
    Replies
    1. u exam dekat mana? i puncak alam

      Delete
    2. Thank you Farhana byk membantu...sy dpt exam kt UiTM Shah Alam..hari ahad tue ujian bertulis jer kan..klu berjaya sesi temuduga lain hari plok kn?

      Delete
    3. saya tergerak hati menulis perkongsian ni sebab masa saya nak ambik ujian tu saya try google. tapi macam tak banyak info yg saya dapat. rasa macam taktau nak study apa. saya harap dengan penulisan ni boleh membantu ramai orang utk prepare ujian ni. :)

      Delete
  6. Thanks Farhana..tengah nervous nak tunggu ahad ni..sy dapat ujian kat UiTM Puncak Alam...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ct fairos, sama la sy exam kt uitm puncak.. result da keluar ke?

      Delete
    2. hai anonymous sama lah dengan saya result tak tau dah kuar belum tp tak dapat sebarang msg pun dari uitm..

      Delete
    3. sama2 cik ct fairos. semoga perkongsian saya bermanfaat :D

      Delete
  7. Ok ak da nmpak nasib ak mcm mna ahad nnti...Hahaha

    ReplyDelete
  8. Wahhh Tahniah Saudari Farhana, moga ada rezeki untuk ke IV pulak. BTW tme kasih atas perkongsian ujian bertulis ni. Saya akan menduduki ujian yg sama hari esok di UITM SHAH ALAM jugak. tp bagi jawatan Pegawai Psikologi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak dapat gi iv tu pun. hehe. Alhamdulillah rezeki saya dapat mengajar pulak kat tempat lain. lama tak buka blog tengok banyak pulak komen kat post ni >_<

      Delete
  9. salam cik farhana. sy nk tny ujian ni termasuk semua jawatan jwb soalan y sama kn?

    ReplyDelete
  10. Nice sharing..tq..😊😊 nak jawab exam penialaian ni hari rabu dekat utem..semoga dipermudahkan segala urusan..insya Allah..aminnπŸ˜‡

    ReplyDelete
  11. terima kasih banyak-banyak cik puan farhana. berdebar pula sebab macam tak tahu sangat. sekurang-kurangnya perkongsian ni bagi saya banyak maklumat tentang exam ni. moga murah rezeki ye ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk dpt exam utk ni jgk ke nnt... 26/9 ni jam 8mlm secara online??? smoga awk pun dipermudahkan exam

      Delete
    2. eh2 ,, sama la kita . camne korg ? boleh jawab ? lepas exam ni , next level apa ? terus iv ke ada ujian kecergasan macam spa ?

      Delete
    3. salam myra, lepas x exam online? isnin ni ada iv tapi die suh bwak alat tulis sendiri.

      Delete
    4. awk dh dpt pggilan iv ye?sy igtkan lps 3 bulan bru dpt result..huhu..smpai skrg xde ape2 berita pn

      Delete
  12. Thank you Cik Farhana for the information. Saya main hentam je baca regarding UiTM. Rupanya detailed and rumit juga ya.

    Moga Allah permudahkan lah jawab soalan esok. Exam 26 Sept 2019, 8.00pm. Rasanya start tahun ni, dah tak ada masuk exam hall. Online je semua.

    ReplyDelete
  13. saya pun dapat exam online tu.. malam ni. berdebar jugak lah. sejam je 80 soalan. goodluck semua..

    ReplyDelete
  14. Yang ambil exam online hari ni goodluck tau

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..nak tanya selalunya berapa lama keputusan exam online keluar ade tak smpai 1 bulan?

    ReplyDelete
  16. saya dapat gak test online 10 November 2021 (Rabu) 830 mlm.. tapi job skop dia mcam mana ye? macam engineering gak ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat test online tarikh dan waktu yang sama untuk jawatan Penolong Pendaftar N41. Nampaknya tak banyak soalan bocor yang boleh diperolehi. Kena pandai-pandai google la jawabnya.

      Muhammad

      Delete
    2. dh kuar ka result exam online tu?

      Delete
    3. Hari tu dapat jawab semua soalan. Sekarang ni masih tak dapat apa2 update lagi. Ada yang dah dapat update dari uitm ke?

      Muhammad

      Delete
    4. senyap ja.. xde dpt update lg.. x taw la dpt ke x.. dh ada org yg dpt ka?

      Delete
    5. Saya dah dapat keputusan peperiksaan Penolong Pendaftar N41. Keputusannya kandas. Tak ada rezeki.

      Muhammad

      Delete