23 August 2015

Resepi Sambal Tumbuk Jawa Johor

hola. here i am. pukul 04:30 pagi dan sedang menaip entri about sambal tumbuk. i slept early after Isya' and my cat woke me up in the middle of the night sebab dia kelaparan. bila dah jaga, celik mata since pukul 03:00 pagi, dengan aku sekali rasa lapar. sedapnya kalau dapat makan nasi putih lauk sayur bening, ikan goreng + sambal kicap dengan sambal tumbuk. heaven!

i don't really know about negeri lain. hehe. but for me, sebagai anak jati Jawa Johor (ceh, kekonon anak jati la sangat), i do love to eat sambal tumbuk. have you ever heard of sambal tumbuk? kalau ikut sebutan Jawa, iols panggil sambal ketuk/totok/tutuk. tak reti nak eja, but somehow lebih kurang camtu la bunyi dia. 

jangan tanya dari mana asal usul nama dia sebab nanti aku akan keluarkan hypothesis aku sendiri. 'tutuk' tu sendiri maksudnya 'ketuk/tumbuk'. sambal ni nak buat dia kena tumbuk dengan lesung batu, that's why kot nama dia centuu.

selain laksa (laksa is a big NO), aku tak suka makan sambal belacan. so, aku cuba elak makan makanan yg ada belacan. call me whatever you want. nama je Melayu tapi tak makan belacan, mengada. haha. okay fine. aku memang tak boleh makan sebab nanti muka naik jerawat dan gatal-gatal sebab tak tahan dengan udang kering T.T

kalau balik kampung pun (kampung in this context is my mak abah's home. literally is my home), most of my family tak berapa sangat makan sambal belacan. andd here comes budak manja anak bongsu yang tak suka masak tapi suka menyibuk, akan selalu disuruh buat sambal tumbuk. everytime :P

so, hari ni nak bagi resepi sambal tumbuk yang paling sedap dan paling senang sekali dalam dunia ni. hiks.



BAHAN-BAHAN :


  • segenggam ikan bilis
  • 6-7 tangkai cili padi (terpulang nak letak berapa banyak, kalau nak pedas lebih boleh letak banyak sikit, kalau tak mau pedas sangat letak sikit je)
  • 1 biji bawang besar (nak sedap guna bawang besar k, tak mau bawang merah kecik-kecik tu!)
  • 1 ulas bawang putih (seulas je. jangan banyak-banyak nanti rasa pahit. takyah letak pun takpe)
  • minyak utk menggoreng
  • ajinomoto dan gula secukup rasa 




CARA-CARA :


1. haa mudah je k anak-anak sekalian. mula-mula kita panaskan minyak. pastu goreng seketika bawang putih dengan bawang besar, kemudian angkat. 

2. dah siap goreng bawang, kita goreng pulak ikan bilis. takyah overcook, nanti pahit. agak-agak dah garing je. dah siap, angkat. 

3. lepas ni goreng apa pulak? haa, goreng cili padi tu. jaga-jaga ye mak enon, nanti cili tu meletup-letup, sediakan la penutup kuali letak kat muka. nanti minyak merecik habis la kena muka mak enon. hehe. tutup le kuali tu, takyah nak tutup muka sangat.

4. okay, dah siap goreng-menggoreng, masa untuk menumbuk. masukkan semua bahan yang dah digoreng tadi tu masuk lesung batu. nak masukkan bawang dulu, pastu bilis dan diikuti lada pon boleh. masa nak tumbuk cili tu jangan lupa bubuh gula. ni petua supaya biji lada tu tak melenting masuk biji mata mak enon. pastu letak aji sikit je (ikut la nak letak ke tak nak. terpulang. kalau suka guna aji letak le). tumbuk semua sekali sampai lumat. terpulang la nak bagi lumat terus atau tumbuk ala kadar je biar kasar-kasar sikit. ikut citarasa memasing naa. 

5. dah siap, sedia untuk dihidang!



gegambar boleh tengok kat google. malas pulak nak boh gambar kat sini. hihi. haa, yg ni aku punya resepi. kalau pi tengok kat google, macam-macam versi sambal tumbuk kau akan jumpa. ada yg letak belacan la, letak limau la. macam-macam. ikut la selera memasing kan. yang penting, pastikan bilis tu lagi banyak dari bawang, biar time makan rasa bilis tu. kalau tak, rasa bawang je lebih, tak uummpphh la orang kata.

untuk cadangan hidangan? sambal tumbuk ni sedap dimakan dengan lauk kampung yang simple. contohnya sayur bening (tak tau sayur bening sila google k). ataupun sayur apa-apa je yg masak sekali dengan air, bukan tumis kering. pastu ikan goreng ni wajib. sambal kicap? typical johor la kan, mesti nak ada sambal kicap kalau makan ikan goreng. haa makan la dengan nasi putih panas-panas. confirm tambah 2,3 pinggan la jawabnya.

kekadang kalau ada lebihan tak abis tu makan cicah ngan roti pon sedap je weh. layan. hmm k lapar dan mengantuk.

all in all, thank you for reading. selamat mencuba dan menjamu selera! :P


5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian resepi..saya sekeluarga ambil resepinya saja lain lain tiada. Dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  2. Sya ada menjual ikan bilis kopek/ putih gred A dan bilis sedang/bulat gred A..murah murah murah

    ReplyDelete
  3. Berminat boleh call/pm sya.0197475945 zul

    ReplyDelete