20 January 2012

Langweilig



People.
Kalau kau tengok tiba-tiba aku rajin update blog.
Tiba-tiba aku rajin taip panjang-panjang lebar without shortform.
Maka, kau perlu faham.
Aku kebosanan.
Boring atau 'langweilig' kalau kau bukak kamus German.
Aku blur tak tau nak buat apa selain keluar masuk dapur.
Selain bukak tutup lappy.

Lets move to the next session.
Tahukah kau?
Kadang-kadang kau rasa kau bagus.
Kau rasa kau pandai.
In fact, kau tak cukup bagus pon.
Nak kategorikan sebagai pandai pon belum tentu.

Kadang-kadang kau rasa kau baik.
Tapi, kau patut sedar there's still too many-many-many things you should improve.
Sebelum kau mengaku diri kau baik.
*tapi kan. orang yang baik pun takkan mengaku diri dia baik. So, kategori apakah orang yang mengaku dia baik dengan yakin dan bangga tu? *

Kadang-kadang kau rasa putus asa.
Masa tu kau baru nak cari DIA.
Masa senang kau selalu leka.
kau selalu lupa DIA.
Kenapa?
Pernah kau tanya diri kau sendiri?

Pergi depan cermin.
Pergi tatap muka kau yang lawa tu.
Yang dah sempurna.
Yang DIA dah bagi tapi kau masih nak merungut.
Merungut macamlah kau tu cacat tak cukup anggota badan.

Lepas tu kau ketuk kepala kau bagi otak centre sikit.
Sambil bersoal jawab dengan diri sendiri.
Cubalah.
Atau kau dah biasa buat?
Good, then.

Oh, manusia memang tamak.
Dah bagi betis nak paha.
Dah bagi ayam goreng made in kedai mamak, demand nak KFC pulak.
*abaikan penyalahgunaan peribahasa ini. harap maklum.*

Oh manusia!
Kenapa kau tamak haloba?
Cuba sesekali.
Kau belajar bersyukur dengan nikmat kurniaan DIA.
Sebab tanpa kau sedar.
TERLAMPAU banyak nikmat DIA yang kau tak pernah hargai.

Dalam pada tu kau terus-menerus buat dosa.
Kau tak mahu ingat DIA.
Kau terus leka dalam dunia ciptaan kau sendiri.

Bila kau dah ditimpa malang.
Bila kau ditimpa ujian.
*Ujian tanda DIA masih sayangkan kau. Insha Allah. ^__^ *
Baru kau terhegeh-hegeh.
Terkial-kial ambil wuduk.
Baru kau terfikir.
Nak merangkak ke tikar sembahyang.
Bersihkan kopiah yang berhabuk.
Cari telekung yang dah berbau hapak.
Lantaran terlalu lama disimpan.
Lalu, kau tak malu untuk meminta-minta pada DIA.

Tapi ingatlah.
DIA Maha Pengampun.
Sebanyak mana pun kau buat dosa. 
Bila kau terhantuk dan kembali waras.
Kau jangan pernah putus asa dari rahmat DIA.
Bila mana Allah timbulkan kesedaran.
Bila DIA dah campakkan hidayah dalam hati kau.
Maka jangan berlengah.
Untuk bertemu DIA Yang Maha Esa.
Menebus dosa yang kau lakukan.


Nota kaki : Entry ini berbaur emosional. 
Normal things to happen tiap kali aku mengalami konflik dengan diri sendiri. 
Nway, just a piece of my mind.
Peringatan untuk kau. Dan diri aku sendiri. 
Thanks for your reading. May HE bless us! ^____^

5 comments:

  1. yup,,, its true,,, terkadang hidup mmg berat, mmbuat kte hampir menyerah, namun aku pcaye Allah sbgai pelindung, penciptaku...

    sabarkan hatiku, kuatkan imanku
    berkati aku, keluargaku dgn rahmatmu
    Allah, kau lah cintaku

    errr ade kne mngene x? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. betul tuh.
      kadang2 kau rasa macam kau pikul beban sorang2.
      tapi kau slalu lupa DIA slalu ada.
      *ade la kaitan jugak kot.*
      and, Ameen atas doa kau Muez. ^___^

      Delete
  2. biasa lah 2 . manusia mudah lalai . tapi DIA tak pernah lalai .
    sentiasa ada perhatikan kita . tiap ujian nak bg hint pada kita yang DIA perhatikan kita .

    ReplyDelete
  3. baik buruk mesti ada sebabnya ... bersyukurlah kita semua

    ReplyDelete