12 January 2012

Cheritera Mengungut dan Membembel..

Gambar hiasan semata-mata sahaja ye tuan2 dan puan2..

Assalamualaikum~ ^^

Hallo.Wie geht es dir?
(hello, how are you?)
Ehem, patik kat sini sihat2 belaka.
Err..sila abaikan mode merapu hari ni.

Nah, Alhamdulillah.
Hari ni aku masih hidup lagi kat atas muka bumi ni.
DIA bagi nikmat aku untuk bernafas lagi.
Cepat lafaz hamdalah. Tak baik kufur nikmat tau?

Mood aku sangat baik sebab akhirnya! Final exam is over.
Rasa bahagia sebab macam terlepas dari belenggu.
Seolah-olah leher aku baru terlepas dari rantai besi.
Rasa segar macam baru bangun tido sambil senyum lebar2..
Sambil meregangkan otot2 yg lenguh. 

Kemudian~
Kat sini jugak, aku nak ucapkan terima kasih kat salah sorang classmate aku.
Yg sudi jadi driver. Err.. yg tak bergaji.
Heh, yg sudi tumpangkan aku ke exam hall sepanjang exam week.
Dan masa balik jugak.
Secara tak langsung menjimatkan masa aku tak payah nak tunggu bas.
Tak payah nak bersesak2 kat bus stop.
Tak payah aku nak merungut macam2..
Vielen Dank! (tqvm!)

Kau tengok tajuk entry ni pelik?
Macam nak eja 'mengugut', tapi salah.
Actually ejaan yg sebenarnya ialah MERUNGUT.
MENGUNGUT itu ejaan versi baru.
MEMBEMBEL itu pulak ejaan baru untuk MEMBEBEL.
Macam kalau blaja dalam subjek linguistik;
Antara ciri2 bahasa manusia ialah, "produktif dan kreatif."
Aku tengah cuba nak aplikasikan. TADAAA..!!
Inilah hasilnya! (sekali lagi merapu tah hape2.. =.=')

Ade satu benda yg aku tengah nak halau jauh2.
Habit aku yg suka merungut.
Mungkin kau tak nampak aku merungut cakap kuat2 
kat depan kau sambil buat gaya yg sesuai.
Tapi, dalam hati aku ni kau nampak? Hoho..
 Disebabkan aku ni seorang yg pemalu, maka
aku takkan membebel dan merungut depan orang.  :D
Buruk ghupenye tau?? 

Inilah dia bahana exam. 
Hari ni baru nak basuh baju pakai Waschmachine. (washing machine)
Lepas tu baru masukkan seringgit, duit terus stuck. 
Tak boleh masuk.
Aku pun hentak dua tiga kali. 
Tak boleh jugak.
Aku pun membebel sorang2 terkumat kamit depan mesin tuh.
(sila jangan bayangkan)
Lepas tu aku tarik nafas dalam2 sebelum hentak tempat duit tu sepenuh hati.
(sekarang sila bayangkan.. )
Akhirnya berjaya jugak dia berfungsi balik.
Lepas tuh bila aku nak masukkan syiling terakhir, dia buat hal balik.
Maka, aku pun buat sesi ulang tayang babak2 seperti di atas itu tadi.

Then, pegi lunch kat kafe KK3.
masa nak basuh tangan air tak keluar.
Aku sangat3 faham dengan kondisi paip yg satu itu yg dah
tak stabil dah pun kalau kau pegang.
Maka, aku pun.. "PAAAPPP!"
Ketuk kuat2 kepala paip tu dan air paip pun 
mencurah-curah keluar ke ladang gandum.. ^^
Tiba2 masa nak bayar, itu pakcik jaga kaunter cakap kat meja,
"Ketuk paip tuh kuat2 lagi sampai tanggal tercabut semua."
Ohh..kantoi? Lalala~
Hobi aku memang buat vandalisme. XD

Lepas tu, since habis exam aku membusy bodykan diri aku duk copy movie macam2.
Lepas tu sampai satu tahap,
 "Oh tidak! Memory lappy dah penuh! Ottoke? Was muss ich machen?"
Hambik ni BM, Korea, German semua keluar. 
(kata aku sambil menaip dengan muka yg berkerut-kerut..)
Maka aku pun cakap sorang2 depan lappy.
Roomate aku pulak sibuk menggelakkan aku sambil geleng2 kepala 360 darjah. Lol.
Yang aku pun satu tamak sangat kan.. 

Lepas tuh sekarang ni tengah fikir nak kemas bilik.
Masa cuti nanti bilik ni bakal ade orang guna.
Nak suruh clearkan segala. ugh.
Ok, sila jangan merungut atau membebel.
Farhana. Jangan! XD 

Konklusi : Ade cadangan macam mana nak buang sikap aku yg suka 
membebel dalam hati sorang2? Adekah? Adekah atau tidak? haha.
Kalau ade sila share. kalau takde, oh tidak mengapa. ^^

5 comments:

  1. engkau memang tak boleh berhenti merungut. like seriously

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @dcera ismail : err..dulu aku membebel + merungut depan orang.
    tak peduli langsung dgn sekeliling.
    sekarang more to membebel dalam hati.
    improve much though. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masih lagi..heheh, cuma antara nampak dan tidak je :D

      Delete
    2. At least it's not too obvious.. this is what we called as 'penambahbaikan.' :P

      Delete