24 June 2011

Belanda HARAM Sembelih Ikut Cara Islam

Assalamualaikum.


Well, i'm not sure whether all of you had read this. But, never mind. I just wanna share about this news.


THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan.

Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih, untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

“Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu,” kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai serangan ke atas kebebasan beragama.

“Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu membuktikan apa yang sudah lama kami yakini,” kata Ronnie Eisenmann daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman.– Agensi


The news is taken from Utusan Malaysia Online on 24/6/11. So, what do you think?


Sebab diusulkan cadangan pengharaman penyembelihan ikut cara Islam tu adalah atas alasan penyembelihan tidak dapat mengurangkan kesakitan: sekiranya ia diluluskan, itu satu rang undang-undang yg ternyata kurang bernas.

Yes, it's just a suggestion. Tapi, sekali pun tidak beragama Islam, bukankah sepatutnya mereka memahami tentang hak individu umat Islam di negara tersebut? Mungkin ada alternatif yg lebih baik.. In my thought, something is not right there regarding this issue.



Just saying;
Ana Farha

2 comments:

  1. hmmm org islam kt sne mesti dlm kesusahn nnt,,,
    kte mmg kne kmbalikn zamn kegemilangn Islam!!!
    Islam ap2 pun ad hikmhnya dan semua terbaek utk manusia,,, ^^

    ReplyDelete
  2. @muez: aku setuju dengan kau. Islam is the best way of life. tapi, mungkin ada agenda lain kot diorang nih. =_=

    ReplyDelete