16 May 2011

Selamat Hari Pendidik!

Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum..

Wahh..actually tengah malas nak mengupdate blog..sebab last entry aku kalau ada yg perasan, lain sikit dari yg asal..malasnya nak edit balik. Ade technical probs sendiri lepas yg time sehari tak boleh bukak blog tu..
Last2 aku biarkan je..

Nway,pejam celik, pejam-pejam..celik-celik.. terpejam dan tercelik..dah 16 Mei..
Di kesempatan ni aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI PENDIDIK' buat semua warga pendidik..







Kenapa pendidik pulak?? Yela..abis tu kalau cakap 'hari guru', nanti yg mengajar kat sekolah2 je la
dapat ucapan tu..
Yg pensyarah kat kolej, kat universiti tu, ape cer??
Amboiii...time skolah dulu bukan main rajin bagi hadiah..
Bagi kad and etc~

"Aku suka cikgu ni!! Best.. Nak bagi hadiah la.."
"Aku menyampah sangat cikgu XXX tu..tak nak aku wish kat dia.."
Ni antara situasi pilih kasih dalam kalangan student namanya. Pernah alami benda ni??
Sekarang ni da besau berlagak pula dengan cikgu/lecturer yg mengajar tu..
Toksah buat gitu ye..dop elok deh.. ^_^


"Eh?? Parents aku walaupun bukan cikgu tapi diorang tetap cikgu tau..
Cikgu yg dah banyak mengajar, mendidik aku sampai aku da besau ni.."
Nanti ada pulak yg cakap camtu..
Ok lah..tak kisah macam mana pun..
Silakan wish pada sesiapa yg layak dapat ucapan tu..pada kawan2 yg mengajar kita time kita stuck waktu tengah jawab soalan tutorial..
Kawan2 yg explain certain topic bagai nak rak time study week..pun boleh.. (:
Paling utama of course la cikgu2 yg mengajar kita dulu dan sekarang, ye KANAK-KANAK sekalian..


                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


"Awak la student perempuan first yg pecah rekod tak siapkan kerja saya! Memang layak dapat medal la ni!"

"Awak nak saya bentangkan karpet purple untuk awak baru awak nak jejakkan kaki kat unit tu ke?!"

Wah3..ni antara ayat yg paling aku ingat sampai sekarang..
Ayat yg memang ditujukan khas untuk budak nakal waktu form 4 : aku la.. (;
(from one of my ever fierce teachers..)
Aku rasa 3-4 buah kelas sebelah2 tu boleh dengar suara cikgu tu marah aku.. 
Padan muka aku!


Aduhh..bukan tak nak buat..
Tapi malasnya melampau-lampau..bila nak buat pulak, tibe2 je cikgu terjah masuk dalam kelas..
Dan memandangkan aku student 'baik' yg duduk kat seat depan, maka cikgu pun check handout aku dulu.. Haa..bagi lagi alasan banyak2 ye.
Malas cakap malas je la..


Dan sekelip mata aku jadi famous di mata cikgu tu dan juga dalam kelas..perasan.. ;p
Tapi, biasalah.. Garang2 dia, yg penting hati dia baik~ 
Bila cikgu tanya kenapa tak buat, senyap~ sunyi sepi~
Pandang cikgu pun tak nak..


"Awak takde mulut ke nak jawab??"
....
.......
..........
"Hah, saya tanya ada mulut ke tidak pun tak boleh nak cakap???"
 (tambahan : dengan effect suara seperti halilintar membelah bumi.. ^^)

Ahaha..bila ingat2 balik, rasa nak tergelak pun ada. Boleh pulak aku jadi patung time tu..
Itulah dia ye,, cikgu kimia waktu upper form dulu..
Aku sangat berterima kasih sebab dia garang..sebab dia marah aku..!!
Sebab, hasilnya adalah A dalam SPM..
Subjek tu je la..

Juga pada cikgu-cikgu lain yg mengajar aku dari sekolah rendah, cikgu sekolah menengah dan lecturer kat matriks..
Tak larat la nak mention nama satu-satu..

Ada  satu perkara nak pesan lagi ni..
INGAT!! SEBAGAI STUDENT KITA KENA HORMAT CIKGU!!
Haa...aku ingatkan diri aku jugak la ni..





Note: Tahun lepas ada org wish slamat hari guru kat aku,, taun ni takde.


















2 comments: