21 May 2011

Nikmat Makan Makanan Segera~



 

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Kurasakan seperti terdengar bunyi pelik lagi aneh..
Dari manakah datangnya??
Ohh...baru ku sedar. Bunyi perutku menyanyikan lagu Super Junior M-Perfection..
Alahai..banyak ragam betul perut aku ni sejak dua menjak ni..
Rasanya baru makan 2 keping roti bakar, tak cukup2 lagi agaknya.

Dengan perasaan riang gembira aku pun pergi ke ruangan dapur.
"yummy2..nak makan!" bebelku sendirian.
Tanpa diduga, bila ku angkat tudung saji rupanya lauk dah nak habis..
Tinggal sepotong tempe goreng dengan sepotong telur goreng..
Wahh..kuat makan rupanya orang dalam rumah ni.
"Ada sape belum makan lagi ke?" aku menjerit saja dari dapur.
"Mak suruh masak maggi!!" balas anak saudara aku pula.
Eh, lain yg ditanya lain yg dijawab?


Maka, aku pun dengan berat hatinya memulakan projek memasak maggi~
Disebabkan tak puas hati kena makan maggi, maka aku pun bereksperimen dengan maggi tu.
Yeah, masukkan semua perencah kari. Potong pula cili padi beberapa biji.
Campak semua dalam kuali dengan air yg dah mendidih bersama maggi..
Letak kicap sedikit sebagai penambah perisa..
Dan tidak lupa, tuang lebih2 sos cili sekali. Sayur? Takde la pulak. Abaikan..
Masa untuk merasa pula : "Brrrrrr...pedas!"
Kepedasannya meresap perlahan2 ke segenap urat nadi hingga ke ulu hatiku sebelum
menyerang cerebrum dan cerebellum.. takde kaitan ^_^
Bila habis makan je dah tak boleh bercakap. Guna bahasa isyarat je.. 
Dah lama tak makan makanan sepedas ni~


Ok.. Ada apa dengan maggi?? Maggi merupakan salah satu makanan segera yg sangat sinonim
especially student yg duduk hostel. Dan aku pun tidak terkecuali juga.. ;p
Walaupun diakui banyak keburukan makan maggi, tapi ada beberapa reasons yg menjadikan ia pilihan utama untuk diisi ke dalam perut. (:

Murah..
Convenient..
Senang nak masak..
Jimat masa, tak payah turun ke kafe.
Banyak perisa dan pilihan.


Cehh! Ada ke macam tu.. Jadi di kesempatan ini aku ingin berkongsi sedikit maklumat tentang keburukan makanan segera. Bukan maggi saja, termasuklah makanan lain seperti french fries, burger, KFC, dan yg sewaktu dengannya dicompile menjadi satu kategori.


Pengambilan satu hidangan makanan segera sudah cukup membekalkan kalori, sodium dan lemak untuk tempoh sehari dan beberapa hari selepas itu. Mengambilnya secara kerap mengakibatkan berlakunya bermacam masalah kesihatan, tidak kira sama ada fizikal dan psikologi.

Pengambilan sodium dan garam yang berlebihan dalam hidangan seharian boleh menyebabkan punca kepada penyakit kardiovaskular. Persatuan Jantung Amerika Syarikat (AS) menyarankan orang dewasa sepatutnya mengehadkan 1,500 miligram (mg) sodium setiap hari dan jangan melebihi 2,300mg.

Kajian Unit Kesihatan New York mendapati 6,580 hidangan yang dibeli di restoran makanan segera mendapati 57 peratus hidangannya melebihi 1,500mg tahap sodium harian. Namun, seberapa banyak pun maklumat disebarkan mengenai keburukan makanan segera ini, kita masih tewas dengan godaannya dan mahu atau tidak kaki pasti melangkah laju ke restoran-restoran itu tanpa mempedulikan kesannya pada tubuh untuk jangka masa panjang.


Walaupun bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.


Wahh...tengok2. Banyak kan keburukan!
Sedap di mulut saja tapi hakikatnya memberi effect pada kesihatan sendiri.
Haruslah diingati bahawa walaupun kesan negatifnya tidak timbul pada hari ini, namun kita akan dapat melihatnya di kemudian hari seiring dengan bertambahnya usia kita~
Salah satu yg paling ketara adalah obesiti.


Ok, untuk info tambahan bolehlah klik di sini.
Tapi, biasalah kan kalau dah namanya tu orang.. Kalau dinasihatkan ibarat masuk telinga kanan
keluar telinga kiri~
Tapi, ok la juga daripada masuk telinga kanan, keluar telinga kanan juga. Means, mantul..
Nway, ape2 pun pengguna bijak faedahnya banyak. Betul tak? (=

Sekian, wassalam~ 

2 comments:

  1. bkn ni menu utama kita ke? hahaah

    ReplyDelete
  2. @numeeqah : makanya,,sudah ku tulis di situ~ makanan utama yg menjadi pilihan budak hostel.. ;p

    ReplyDelete