01 May 2011

Jom Bina Rumah di Syurga..!


Assalamualaikum pembuka bicara~

Tak tau nak post ape untuk entry kali ni..
Just nak share sedikit ilmu yg aku dapat selepas sesi membaca balik buku-buku
dalam bilik ~ (=
Ok lah, tak payah nak celotah panjang sangat...
Selamat membaca... ^^



JOM BINA RUMAH DI SYURGA!


Setiap manusia berusaha keras untuk memiliki sebuah rumah di dunia, sanggup menyimpan dan menghabiskan wang simpanan demi sebuah kediaman idaman.. Namun hanya segelintir sahaja yg memiliki rumah di akhirat sana..
Siapakah mereka?
Bagaimanakah rupa rumah di sana?
Apakah bahan yg diperlukan bagi membina rumah di syurga?


1. Membina masjid
          
Diriwayatkan daripada Muslim bahawa Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg membina masjid kerana Allah di dunia, maka Allah akan membina untuknya seperti itu di akhirat."

          Almarhum Syeikh Dr. Walied al-Ani menjelaskan bahawa sesiapa yg berusaha membuat sumbangan untuk membina rumah Allah, atau apa sahaja yg membantu menghidupkan masjid seperti sumbangan untuk kelab anak-anak , kelab wanita masjid, perpustakaan, pusat komputer dan sebagainya adalah termasuk dalam pengertian hadis ini.




Apa sumbangan anda?




2. Amalkan membaca surah al-Ikhlas
          
Daripada Mu'az bin Anas, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yg membaca 'Qul huwallahu ahad' sepuluh kali, Allah binakan baginya sebuah rumah di syurga."
(Majma' al-Zawa'id no. 11535)





3. Mengucap lafaz hamdalah dan istirja' semasa ditimpa musibah kepada anak, dibina bagi golongan ini rumah yg dinamakan Bait al-Hamd.
(Riyad al-SAlihin, jil. 1, hal. 362)


4. Mereka yg memasuki pasar dan membaca doa berikut: 
 " La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahulmulku walahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa hayyulla yamutu biyadihil khoir. Wahuwa 'ala kulli syai 'in qadir."
(Riwayat al-Tirmizi no. 3428)




Jangan ghairah sangat nak pergi pasar~ Jangan lupa baca doa.. ^^




5. Merapatkan saf semasa solat.
(Sahih al-Jami' no. 1843)





6. Mengamalkan solat sunat rawatib secara konsisten menurut Sheikh al-Albani berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Ummu Habibah binti Abu Sufyan.  
(Riwayat al-Tirmizi no. 415 )


7. Meninggalkan pertengkaran, walaupun berada di pihak yg benar.
(Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 3/6)




Memaafkan itu lebih baik, bukan?





8. Tidak menipu walaupun sekadar untuk bergurau atau suka-suka.
(Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 3/6)



    Bukan itu sahaja, hiasilah jua rumah anda dengan pohon-pohon..
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :
" Sesiapa yg membaca 'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar',
Allah menanam bagi setiap satu daripadanya (zikir tersebut) pohon di syurga."
(Riwayat Ibn Majah no. 3087)



Sekadar gambar hiasan~ Hakikatnya, keindahan di syurga takkan mampu kita gambarkan...



(Dipetik dan diubahsuai drpd tulisan Isa bin Hasan al-Ziyab, Kaifa Yubna Laka Bait fi al-Jannah?)

Artikel ini dipetik daripada Majalah Solusi isu 21.






No comments:

Post a Comment