28 May 2011

GEMPAR! Misteri Dua Orang Guru Tidak Bertauliah.





Batu Pahat : Berita tergempar! Dua orang bekas pelajar perempuan MRSM Batu Pahat melaporkan bahawa maktab tersebut dikunjungi dua orang guru yg tidak bertauliah pada hari Khamis bersamaan 26 May 2011 sekitar jam 10.00 pagi hingga menjelang waktu tengah hari.. Difahamkan lagi, pada hari berkenaan, juga merupakan hari terakhir para pelajar menduduki peperiksaan akhir Semester Satu sebelum mula bercuti pada keesokan harinya.

Namun, ternyata kedatangan mereka disambut baik oleh para guru, staff serta para pelajar di situ. Ini disahkan sendiri oleh mereka apabila para pelajar Tingkatan Satu yg bertemu mereka di laluan kaki lima menyapa mereka dengan "Assalamualaikum cikgu.." beserta senyuman yg manis lagi menyejukkan hati dua orang 'guru' misteri itu.

Mereka menambah, sewaktu 'guru' tersebut singgah di kafe untuk meninjau suasana di situ, terdapat seorang lelaki yg mengatakan sesama mereka " Sape tu? Macam mak budak je.."
Namun, terdapat juga wanita disitu yg menyanggah kata-kata lelaki itu dengan mengatakan
" Ish, cikgu baru ni rasanya.."

Namun, apa yg lebih mengejutkan ialah, 'guru' MRSM terbabit salah seorang daripada mereka baru saja menamatkan pengajian dalam program matrikulasi manakala seorang lagi masih menuntut dalam asasi Sains Fizik di UIA. Mana mungkin mereka layak untuk mengajar di situ!








                            


















                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - -
                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - -












Jeng3...gempar tak?? Sangat2 kan?? Maafkan aku. Ini hanya gimik semata-mata.
Dua orang guru misteri itu adalah aku beserta kawan aku, cik Atiqah Ariffin yg datang ke sekolah untuk ambil sijil SPM sambil melepaskan rindu kat sekolah. (=
Ya...aku tak sangka ada budak panggil kami cikgu hanya dengan memakai baju kurung yg lengkap dengan beg segala. Thanks la ye adik2 tu.. hoho..
Tak kurang juga yg memanggil kami 'kakak' memandangkan wajah kami ni muda2 belaka.
perasan.



Maka, dipendekkan cerita rata2 yg menegur adalah budak2 form 5 yg kenal dengan kami sebelum kami tamat pengajian di maktab yg tercinta~ lol..
Tak termasuk berjumpa dengan cikgu2 yg mengajar dulu. Dari Jabatan Sains, Bahasa, Maths dengan Sains Sosial. Nasib baik cikgu2 ingat lagi kat kami kan.
Wahhh...rindunya dengan zaman sekolah dulu~


Paling best?? Berjalan2 di keliling maktab sambil mengimbau kenangan waktu dulu..cewah~ =.=  Then, kami singgah ke kooperasi yg dah nampak maju sikit. Benda first yg aku cari adalah air Justea dalam tin punye yg ade buah. Favourite waktu sekolah..


Lalu pula depan dobi yg penuh dengan bakul baju. Teringat waktu dulu selalu gaduh sape nak hantar and ambik bakul baju dari dobi. Sungguh aku rindu dengan roomate2 aku especially time form 5.
Termasuk junior yg sebilik time tu~
Sangat sporting semuanya~


Kemudian melayan pula cik Atiqah yg mengada-ngada nak lalu depan kelas budak2 form 1 and form 2 yg belum habis exam lagi sambil menayang muka beliau.. Aku jalan dah tak pandang kiri kanan. Segan la beb! Budak2 dalam kelas tu pandang kami macam pelawat yg tak kenal dengan maktab nih.. Meh le tegur senior ni adik2.. Busy sungguh jawab exam sampai tertidur2 gamaknya. Ustaz yg menjaga dua kelas sekali yg kat luar terpaksa masuk untuk kejut diorang~ ^_^


Lalu pula depan kelas 5 Begonia : kelas kami dulu.. Tapi sekarang dah jadi kelas form 1.
Budak2 yg bising dan kecoh tu senyap bila kami berdiri dekat dengan pintu masuk kelas.
Muka pula da pelik sambil tak kurang juga yg berbisik2 sesama sendiri. Agaknya ingat kami nak masuk kat kelas tu~


Rindu waktu sekolah!

"Cikgu, saya nak sekolah balik..sekolah lagi best banding sekarang. Dah la susah nak kena manage duit. Dulu kalau kat sini makan kat Dewan Selera tu. Free je~"

"Memang la, waktu kat sekolah semuanya nak cikgu yg fikir. Cikgu lagi penat! Awak cuma kena blajar je.."

Itu kata cikgu waktu kami meluahkan perasaan. Cehh..dulu masa sekolah tak sabar sangat nak cepat2 keluar sebab tension dengan peraturan kat hostel yg pelik2 dan terlalu banyak pantang larang tu. Tambah2 pula dengan warden yg aku memang tak sehaluan sangat. Sekarang?? ^_^



Disebabkan kami tak dapat support sapa2 untuk bawak kenderaan sendiri, kami terpaksa naik bas untuk datang ke maktab khamis lepas. Waktu nak balik tu sungguh sebal sebab lama betul tunggu bas Maju yg tak maju tu.. Last2, Cikgu Zaiton yg diambil oleh suaminya yg otw nak balik telah menumpangkan kami hingga ke bandar. Terima kasih!!

Kisah ini belum berakhir. Kami hampir saja dilanggar kereta sewaktu tergesa2 nak melintas jalan raya yg sesak. Gara2 ada orang kurang siuman yg entah dari mana yg cuba mendekati kami!  Ya Allah.. Bak kata Atiqah : " Aku lebih rela kena langgar kereta tu tadi daripada kena tangkap dengan orang gila.."  Errr...no comment~ Kau nak ke kena langgar and at the same time juga orang gila tu datang juga kat kau juga?


Eventually, sempat la juga kami menghabiskan masa bersama2 sambil makan KFC sambil bertukar2 cerita yg tak seberapa..
Bye cik Atiqah! Minggu depan dah nak balik UIA daaa dia nie... 
Lain kali kita terjah lagi maktab okay~






Homeroon Berlian 5~ lol.. budak2 nakal~




SPM week~ Saadiah terbang kegembiraan.. credit to Wanie~



Gambar hari graduasi~ Credit to wanie once again~



Photo : credit to qeyla zainal's fb album~





Sekian~ (=



4 comments: