28 December 2017

Di Sebalik Nama

Sejujurnya.

Aku tak pernah bercita-cita nak menjadi warga pendidik. Cikgu jauh sekali. Pensyarah, apatah lagi. Nak sambung belajaq pun dah malas. Cukup setakat ada degree ja. Dulu, lepas SPM dapat IPG, tapi aku tak pi pun ujian untuk masuk IPG tu (dapat TESL), sebab masa tu dah kat matrik. Aku jenis malas pikiaq and just go with the flow. Disebabkan perangai aku tu jugak la: elok-elok aku SPM sampai matrik ambik sains, akhirnya time degree ambik course Language and Linguistics in German. Huhu.

Tapi aku kira, bila aku menjadi warga pendidik, ini satu pencapaian yang sangat personal bagi aku. Kenapa? Sebab aku dah berjaya keluar daripada aku punya comfort zone. Dulu, aku seorang yang nervous nak mampuih bila disuruh bercakap depan orang. Aku rasa aku ni seorang yang tak cukup ilmu, tak berani, penakut, etc. Segala fikiran yang buruk-buruk tu ada dalam kepala otak ni. Siapa sangka hari ni aku mampu bercakap berjam-jam dalam kelas? Bermula daripada part time mengajaq diploma saja, sekarang dah pun dapat kontrak untuk mengajaq student diploma dan degree. Kerja tetap? Kalau ada rezeki, adalah. :)

Aku rasa, nama blog ni salah satu penyumbang jugak. Bertahun-tahun dah aku letak nama Frau Farhana. Frau in German bermaksud Mrs./Ms. Nampak macam takdak apa pun kan? Alahhh Miss je kot. Amoi jual sayur tepi jalan pun kita boleh je panggil Miss.Tapi bagi aku, tak semua orang aku boleh panggil Frau. Setakat ni, cuma lecturer aku ja yang aku panggil dengan Frau. Akhirnya la ni masuk kelas mengajaq pun student panggil Frau jugak. Sesungguhnya memang benar, bila orang berpesan supaya meletakkan nama yang baik-baik kat anak. Bukan setakat kat anak ja, haa aku siap bubuh kat blog. Nama yang baik tu boleh jadi doa. 

Mengajar. Bukanlah minat aku. Tapi aku tahu, mungkin ini jalan yang terbaik Allah dah atur untuk aku. Tak minat tu satu. Apatah lagi tekanan kat tempat kerja tersangatlah banyak (manusia berhasad dengki ada di mana-mana), sampai ada masa yang aku menangis rasa nak berhenti kerja. Tapi bila difikirkan balik, macam mana aku boleh ada kat sini..aku rasa aku kena kuatkan semangat.

Aku pernah terbaca, bila hang doa kat Allah mintak supaya hang mampu jadi orang yang sabar, maka Allah akan bagi lagi ujian macam-macam kat hang. Kenapa? Sebab ujian tu untuk menguji kesabaran hang. Bukan ka hang yang mintak diberi kesabaran tadi? Tipu la kalau takda rasa kecewa, marah. geram tu semua bila kadang-kadang selalu ditimpa ujian. Tapi, kena la belajaq untuk sabar dan redha.

Dalam masa yang sama, aku dapat rasakan sendiri pengalaman berhadapan dengan manusia bermacam ragam; daripada yang berpangkat tinggi tapi masih rendah hatinya, sampailah yang berpangkat tinggi dan sombong diri. Nasihat buat aku dan orang lain yang hari ini masih di bawah, semoga kita sentiasa ingat asal usul diri kita. Supaya esok-esok bila kita di atas, tidak ada istilah riak dan takbur dengan orang di bawah kita. Kuasa dan pangkat tak boleh bawak masuk kubur pun..

p/s : bila dah mengajaq..baru sedar banyak cabaran bila jadi warga pendidik. Teringat kat cikgu-cikgu dan pensyarah yang pernah mengajaq aku dulu. May Allah bless all of them! :)

08 May 2017

Ujian Bertulis Penolong Pendaftar UiTM (N41)

Assalamualaikum.

dalam dewan time exam

Lama sangat tak bukak blog. Kali ni aku bukak blog sebab niat satu je. Nak tulis entry ni dan share pengalaman ambik exam. Aku harap sedikit sebanyak dapat la jugak membantu korang. Anyway, fyi kalau kat universiti je jawatan ni dikenali sebagai Penolong Pendaftar, tapi kalau kat tempat lain dikenali sebagai Pegawai Tadbir. Sama je la dua-dua ni setaraf jugak N41.

Aku dapat tahu kena ambik ujian ni seminggu yang lepas. Dapat sms from UiTM pastu diorang bagi sekali link untuk check status permohonan. Lepas dah bukak link tu jangan lupa print sekali surat kebenaran ujian bertulis. Kat surat tu dia dah tulis date and venue exam korang kat UiTM mana. Surat ni kena bawak time ujian, sekali dengan IC. Kalau takde, korang kena halau tak boleh ambik exam. Hiks.

Okay, aku saja la nak share. Aku punya la gigih menggoogle pasal ujian bertulis penolong pendaftar within seminggu sebelum ujian. Tapi tak banyak maklumat yang membantu. Aku macam " Weh, serious la nak study apa ni weh?"

Based on tahun-tahun yang sudah, ada yang kata soalannya esei je. In English and Malay. Lagi sorang bagitau, keluar objectif questions and essays form - formal letter inviting guest, proposal, etc. Skop soalan objektif katanya banyak pasal kerja kerajaan. So aku pun study la mana yang patut.

Aku punya ujian dapat kat UiTM Shah Alam. First time sampai sana. Gah bebebo Dewan Agung Tuanku Canselor korang ye nak dibandingkan dengan UM. Aku punya ujian start pukul 9 pagi. Aku duduk Johor ye anak-anak. Akak abang aku insist nak hantar aku so aku pun okay je la kan. Pukul 3.30 pagi dah gerak. In case sesat ada masa extra kan. Hehe.

Okay dipendekkan cerita, lagi setengah jam sebelum exam start korang boleh la ready kat depan pintu masuk tu. Check nama korang ada ke tidak kat list. Nama aku jatuh kat giliran 362 sebab dia susun ikut abjad. Nama aku start huruf F. Bawah nama aku ada beratus lagi nama okay.

Bagi yang first time nak ambik exam ni aku pesan awal-awal korang jangan terkejut eh. Memang akan ramai gila manusia yg ambik exam tu. Bukan puluh-puluh tapi beratus-ratus orang. Dari muka budak-budak umur 20-an sampai golongan bekerja umur 40-an semua ada. Bayangkan berapa ramai orang kau kena compete untuk dapatkan jawatan tu. Aku pulak tetiba rasa nak give up. Haha.

Andddd masa yang ditunggu telah tiba. Sadis betul korang nak tau. Esei apa semua tu tak keluar pun. Aku expect ada la keluar soalan esei sebab aku lebih konfiden part tu. Tapi nak buat cemana soalan ebjektif semua. 80 soalan kena jawab dalam 1 jam. Jangan lupa bawak pensel kayu 2B dengan pemadam. Aku nak pesan jugak, korang tak payah berangan nak bawak dadu. Masa tak cukup okay even nak baling dadu. Haha.

Soalan exam ni dia punya skop meluas. Sikit lagi la nak jadi macam soalan exam PTD tahun lepas part sejarah tu. Eh part Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, kandungan perlembagaan dengan kabinet apa semua tu aku harap korang tak kantoi. Kalau rasa macam ni kira pengetahuan yg wajib kot sebab aku rasa ada dalam belasan soalan jugak. Part Suruhanjaya Cobbolt, Reid tu aku tak baca pun.....sekali keluar. Apa lagi, aku main agak je la.

Part yang aku geram, sebab keluar pasal soalan UiTM banyak gilaaa. Dekat 20 soalan dan aku tak boleh jawab la for sure! Sebab aku tak study. Huhu. Aku baca la sikit-sikit tapi sekali lalu je and tak secara detail. Sebabnya aku tengok based on pengalaman yang orang share tahun lepas, diorang cakap korang just kena baca UiTM punya maklumat in details untuk interview, bukan exam bertulis. Jadinya, bila keluar soalan bilangan fakulti UiTM, bilangan UiTM, tarikh pecah tanah semua tu memang aku tak tau la. Sadis tak?

Aku malas nak taip banyak-banyak lagi sebab jari aku gemok banyak lemak. Harap maklum. Secara ringkasnya time aku punya exam, keluar soalan berkaitan penjawat awam (pelantikan, kenaikan gaji, etc). Aku fokus baca part ni je. Tapi tak banyak sangat soalan yang keluar pasal penjawat awam makanya aku sedikit kecewaaaa. Cuti penjawat awam, elaun, apa semua tu korang baca je la sebab keluar jugak. Bab kenaikan gaji aku tak paham sangat dan aku tak baca sangat pun. Luckily tak keluar.

Lagi...jangan lupa bawak kalkulator. Ada soalan pasal probability, dividen, apa tah lagi tak ingat. Aku tak bawak, so aku terkial-kial conteng kertas soalan dengan masa yang sangat suntuk. Pengawas exam tak bagi conteng kertas soalan tu sebab kena pulang balik tapi peduli apa aku. Dah tu takkan aku nak kira conteng kat meja kan? Dah jadi vandalisme pulak nanti. Ada jugak soalan basic akaun.

Kesimpulannya, aku rasa aku tak pass untuk ke next level - interview. Sebab banyak soalan yang aku tak tau jawapan tu satu, belum kira soalan yang confuse jawapan dia. Soalan dia meluas gila skop merangkumi pengetahuan am (korang kena rajin baca isu semasa), sejarah Malaysia, maths, accounting, dasar NKRA, maklumat berkaitan dengan kerja kerajaan, etc. Oh ye lagi satu baca la pasal UiTM tu. Kalau boleh hafal sekali lagu dia. Mana la tau nanti korang boleh acah-acah "saya kunci lirik lagu UiTM" dalam exam hall kan? Okay hambar.

Anyway, aku tak menyesal pun even tak pass to next level. At least aku tau la rupa soalan dia cemana kan. Cuma soalan ke-80 tu memang aku akan ingat sampai bila-bila. Sebab soalannya berbunyi lebih kurang cenggini, kat UiTM setiap hari khamis kena pakai baju batik. Tapi dalam bebanyak UiTM tu ada satu UiTM tak pakai baju batik hari khamis, dia tanya la hari apa. Sampai ke soalan yang last pun masih nak krik-krik kan aku. Bertabahlah.

Esok-esok kalau ada ujian cenggini lagi, aku berazam nak study dengan lebih kuat lagi. Hihi. Jangan stress sangat, usaha la mana yang mampu. Selebihnya, serahkan pada Allah. Sekuat mana pun korang usaha, kalau dah tertulis bukan rezeki korang, kena terima seadanya. InshaAllah ada la tu nanti yang lain. Yang penting kena usaha dan doa. Akhir kata, good luck untuk korang yang akan ambik ujian bertulis penolong pendaftar!

Yang gigih menaip,
Cik Farhana

05 December 2016

Sharing is Caring : Panduan Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Assalamualaikum.

Hai. Lama tak bersua kan? Hiks. Saja nak bagitau, semalam hari Ahad kan. Tapi kat Johor hari bekerja. Waktu aku buat projek menggoreng kat dapur warung tetiba mai abang posmen. Cuak tak cuak la bila dia bagi surat Utusan Seri Paduka Baginda kan. Terpampang PTPTN besau gitu. Akak aku pun sambil membebel cakap, "Surat kutip hutang dah sampai, ayokk tak tau." 


Aku pun dengan nervous dupdapdupdap bukak envelope. "Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN........" Alhamdulillah lulus pun akhirnya. Muehehe. Selama aku dah abis belajo ni rasa terbeban betul tiap kali bukak tv ke radio ke fb ke pastu terdengar atau terbaca pasal PTPTN. Rasa macam, ehhh hutang tak bayorrr. Rasa terbeban tau. Tapi tu la kan, reti pinjam takkan tak reti bayar balik. Huhu.


Cita dia, aku lambat apply exemption bayar balik ni actually. Tambah lagi lepas eksiden haritu aku take time nak recover, since tu memang dah tak jejak KL dan I kept on delay and delay. Pendek kata tiap kali plan nak pi UM mesti ada halangan. Last-last aku call UM mintak surat pengesahan kelas pertama and depa suruh tulis e-mail rasmi. Surat tu siap few days camtu. After that, kena pi UM ambik surat tu by hand. Alang-alang la kan, aku pi ambik surat tu dan mintak cop pengesahan kat salinan degree. 

Tbh, aku pi UM tu lagi 2 minggu nak cukup setahun after aku konvo. Kalau ikutkan syarat kat website PT tu, permohonan kena kemukakan dalam masa kurang setahun selepas pengijazahan (konvokesyen). Aku congak-congak pastu depa nak proses dalam sebulan lebih camtu so aku cuak gak mana tau tak diluluskan. Mati la nak kena bayar hutang tu dengan yang tertunggak bagai.

Waktu aku pi pejabat PT kat UTC KL tu aku tanya la kat officer tu, pasal kegusaran aku takut permohonan tak lulus. Dia kata, takda due date pun nak apply, apply je. Aikkk, pulak dah. Tapi bagi korang yg layak apply aku nasihatkan apply la cepat ye. Officer tu baik hati la explain memacam pastu siap printkan penyata hutang tu. Masa tu dah tertunggak berapa ribu tah. Dia cakap kalau dah diluluskan, automatik yg tertunggak tu semua clear sekali tak payah bayar la kan. Okay, thats it. Pastu, dia suruh call terus PTPTN punya HQ after sebulan lebih untuk update balik. Tup tup semalam dapat surat dah. Tak dan nak call. Hehe.

So, ni sedikit panduan untuk yg malas nak check kat website PT. Syarat nak apply pengecualian bayaran balik PT tu cemana?

1) Korang kena mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.

2) Berjaya tamatkan pengajian dalam tempoh yg ditetapkan dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN. Let's say pengajian korang tu supposedly abis dalam masa 4 tahun, so 4 tahun la. Kalau ditakdirkan korang ada kantoi subjek fail and kena extend lagi satu sem, so kira tak grad pada masanya la kan. Dah takleh nak mohon :(

3) Pinjaman PTPTN tak bertindih dengan tajaan lain. Contoh, ada buat pinjaman kat Yayasan blablabla dan dalam masa sama pinjam PT jugak. Tak boleh k.

4) Perlu kemukakan permohonan yg lengkap kepada PTPTN dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen. Yg ni aku dah sebut kat atas tadi.

5) Bagi korang yg study kat IPTS, make sure kursus yg korang ambik tu dapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.


Okay tu baru syarat dia. Dokumen yg korang perlu kemukakan pulak apa dia?

1) Akuan peminjam yg dah lengkap diisi. Boleh download online. Google je nanti jumpa la. Yg ni personal details je tak banyak pun kena isi.

2) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau yg setaraf dengannya yg disahkan. Tak boleh mintak cop ketua kg ke guru besar sekolah rendah ke apa, tak boleh k. Jangan mengada. Wajib mintak cop pengesahan pegawai yg berkenaan kat tempat korang belajar. Bagi je salinan tu nanti depa tau ler sapa yg kena cop.

3) Salinan transkrip exam yg disahkan. Yg ni transkrip for every semester tau, nanti uni akan bagi yg official punya. Result tiap sem complete dengan pointer keseluruhan. Jangan lupa sahkan jugak.

4) Bagi peminjam IPTS, kena bagi salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA. Kena sahkan jugak, jangan lupa. IPTS je kena bagi. IPTA tak payah. Jangan mengada.

5) Surat pengesahan kelas pertama, in case dalam dalam ijazah korang takde tertulis kelas pertama. Macam aku punya, dia just tulis lulus dengan kepujian. So, kena la mintak surat ni kat uni tempat korang belajo tu ye.

Okay tu je la kot. Lepas dah complete dokumen tu semua korang hantar je kat kaunter pejabat PTPTN yg terdekat. Tapi kalau rasa boring, nak travel ke office PT yg jauh pun takde hal. Duduk Perak tapi nak submit kat kaunter PT Johor. Boleh je. Hiks.

Baiklah, aku harap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu korang. Yg tak mau bayor hutang tu pulun la sikit belajor, bagi dapat pointer tinggi. Kalau takde rezeki, em nak buat cemane, bayar ler balik. Kalau tak nanti tak boleh la nak acah-acah travel ke oversea. Ye dok? Hihi. Oh ye, sis tak rajin bukak blog ni. So kalau ada soalan boleh dm ke instagram @theana.closet . Ewah sempat promote pulak. Haha. Sebab yg tu rajin on. Tanya la nak tanya apa pun. Okay, till then.

Wassalam.